{"id":7548,"date":"2021-10-30T16:06:54","date_gmt":"2021-10-30T08:06:54","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=7548"},"modified":"2021-10-30T16:06:54","modified_gmt":"2021-10-30T08:06:54","slug":"pembangunan-industri-tenusu-dalam-rmk-12-selari-aspirasi-dasar-agromakanan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/10\/30\/pembangunan-industri-tenusu-dalam-rmk-12-selari-aspirasi-dasar-agromakanan\/","title":{"rendered":"Pembangunan Industri Tenusu Dalam RMK-12 Selari Aspirasi Dasar Agromakanan"},"content":{"rendered":"<p>&nbsp;<\/p>\n<p>ROMPIN (Pahang): Perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan industri tenusu negara dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) adalah selari dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0) ke arah jaminan sekuriti makanan negara. Subsektor industri ternakan juga antara yang menjadi kunci kepada sekuriti makanan negara dalam DAN 2.0.<br \/>\nPelbagai strategi akan mula dilaksanakan yang berkaitan dengan industri tenusu Negara antara lain, dalam meningkatkan tahap kebersihan, pencegahan penyakit, meningkatkan amalan penternakan yang baik, meningkatkan produktiviti dan hasil pengeluaran serta mengurangkan defisit perdagangan.<br \/>\nMenurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Pelan Strategik Pembangunan Industri Tenusu Negara 2021-2025 secara spesifik telah diwujudkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) bagi mencapai matlamat untuk meningkatkan SSL pengeluaran susu tempatan melalui strategi pelaksanaan terbaik untuk mengurangkan kebergantungan terhadap sumber import dengan mengambil kira isu serta cabaran yang dihadapi.<br \/>\n\u201cPelan strategik ini telah menggariskan 8 strategi dan 15 aktiviti. Antara usaha yang sedang dilakukan oleh DVS melalui pelan ini adalah untuk meningkatkan populasi ternakan melalui pembiakbakaan dan pemilihan baka yang mempunyai prestasi pengeluaran susu yang tinggi, pembangunan usahawan tenusu serta penyelidikan dan pembangunan (R&amp;D) dalam pembiakbakaan baka tempatan dan pemakanan haiwan,\u201d jelas beliau.<br \/>\nDr. Ronald berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke ladang dan kilang pemprosesan susu (Syarikat Farm Fresh Bhd), di sini hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha MAFI, Dato\u2019 Haslina Abdul Hamid, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veteriner, Dato&#8217; Dr. Norlizan Mohd Noor, Ahli Parlimen Rompin, YB Dato\u2019 Sri Hassan Arifin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam, YB Ir Razali Kassim.<br \/>\nKementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui DVS juga melaksanakan Program Pembangunan Industri Tenusu Negara untuk memperkasakan lagi industri tenusu dengan pembangunan secara berfasa Lembah Tenusu Utara, Lembah Tenusu Selatan, Lembah Tenusu Borneo dan Lembah Tenusu Pantai Timur. Program ini akan meningkatkan tahap SSL bagi susu segar kepada 100% dengan peningkatan pengeluaran susu segar sebanyak 20 juta liter.<br \/>\nDalam hal ini, Kerajaan turut menyediakan peruntukan dalam RMKe-12 yang secara langsung melibatkan pembangunan industri tenusu di Malaysia melalui Program Pembangunan Industri Tenusu Negara dengan peruntukan sebanyak RM42 juta, Program naiktaraf Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu dengan peruntukan sebanyak RM16.4 juta dan Program Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Ruminan (Tenusu) dengan peruntukan sebanyak RM48.88 juta.<br \/>\nUntuk rekod, penggunaan susu segar di Malaysia bagi tahun 2020 mencatatkan sejumlah 69.4 juta liter dan daripada jumlah tersebut, 43.3 juta liter dihasilkan dalam negara sementara baki 26.1 juta liter susu segar diimport dari Australia (83.4%), New Zealand (8.1%) dan lain-lain negara (8.5%). Berdasarkan perangkaan DVS bagi tahun 2020, Tahap Sara Diri atau Self Sufficiency Level (SSL) bagi susu segar dalam negara adalah sebanyak 62.4 %. Nilai susu di ladang pada tahun 2019 pula menunjukkan peningkatan kepada RM108.23 juta berbanding RM101.47 juta tahun sebelumnya. Manakala nilai import susu dan produk berasaskan tenusu negara pada tahun 2019 adalah sebanyak RM4.09 bilion.<br \/>\nSyarikat Farm Fresh Bhd merupakan penyumbang terbesar pengeluaran susu segar tempatan dengan menghasilkan 9.6 juta liter susu pada tahun 2020 iaitu menyumbang 22 % kepada keseluruhan pengeluaran susu segar negara. Pemain industri tersebut berjaya menginovasi sistem pemasaran yang inklusif bersesuaian dengan aspirasi \u2018Keluarga Malaysia\u2019 dengan mewujudkan 45 \u2018stockist\u2019 dan 832 \u2018home dealers\u2019 untuk tujuan pemasaran susu keluaran syarikat. Ini merupakan satu business model yang baharu bagi memberi peluang kepada lebih ramai usahawan menceburkan diri dalam perniagaan susu dan seterusnya menjana pendapatan yang lumayan. \u2018Stockist\u2019 mampu menjana pendapatan antara RM10,000 hingga RM25,000 sebulan, manakala \u2018Home Dealers\u2019 boleh mencapai pendapatan antara RM1,000 hingga RM3,500 sebulan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&nbsp; ROMPIN (Pahang): Perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan industri tenusu negara dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) adalah selari dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0) ke arah jaminan sekuriti makanan negara. Subsektor industri ternakan juga antara yang menjadi kunci kepada sekuriti makanan negara dalam DAN 2.0. Pelbagai strategi akan mula dilaksanakan yang berkaitan dengan industri tenusu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":7549,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"class_list":{"0":"post-7548","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-ekonomi-bm"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7548","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7548"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7548\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7550,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7548\/revisions\/7550"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7549"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7548"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7548"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7548"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}