{"id":7502,"date":"2021-10-29T19:52:31","date_gmt":"2021-10-29T11:52:31","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=7502"},"modified":"2021-10-29T19:52:31","modified_gmt":"2021-10-29T11:52:31","slug":"inti-pati-ekonomi-bagi-bajet-2022","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/10\/29\/inti-pati-ekonomi-bagi-bajet-2022\/","title":{"rendered":"Inti pati ekonomi bagi Bajet 2022"},"content":{"rendered":"<p>&nbsp;<\/p>\n<p>KUALA LUMPUR: Berikut ialah inti pati ekonomi Bajet 2022 bertemakan \u2018Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera\u2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Parlimen hari ini.<\/p>\n<p>* Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM332.1 bilion untuk Bajet 2022, nilai tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini<br \/>\n* Hasil kerajaan dijangka meningkat kepada RM234 bilion pada\u00a02022<br \/>\n* Sebanyak RM233.5 bilion diperuntukkan\u00a0bagi belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan dan RM23 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19<br \/>\n* RM2 bilion disediakan sebagai simpanan luar jangka<br \/>\n* Defisit fiskal 2022 diunjurkan\u00a0berkurangan kepada 6.0 peratus daripada KDNK berbanding 6.5 peratus pada 2021<br \/>\n* Kerajaan bercadang memberi pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri.<br \/>\n* Tempoh pengurangan cukai caruman minimum KSWP akan dilanjutkan kepada sembilan\u00a0peratus daripada 11 peratus sehingga Jun 2022 yang mellibatkan anggaran nilai RM2 bilion.<br \/>\n* Pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus akan dilanjutkan ke atas kenderaan penumpang CKD dan 50 peratus ke atas CBU termasuk MPV dan SUV selama enam bulan sehingga 30 Jun 2022.<br \/>\n* Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada pekerja gig, pengusaha kecil dan petani membeli rumah<br \/>\n* Pakej pembiayaan bernilai RM40 bilion disediakan di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia<br \/>\n* Pembiayaan kredit mikro bernilai RM1.8 bilion disediakan<br \/>\n* Pinjaman sehingga RM10,000 pada kadar faedah sifar peratus berserta 12 bulan moratorium ditawarkan dibawah Skim Pembiayaan Informal dan Mikro<br \/>\n* BSN dan Agrobank akan menawarkan pinjaman mikro sehingga RM75,000 pada kadar sifar peratus dengan kemudahan moratorium sehingga enam bulan<br \/>\n* Kerajaan akan meneruskan Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (TRANSFER) dengan peruntukan RM10 juta bagi memulihkan aktiviti koperasi yang terjejas.<br \/>\n* Dana RM30 juta akan disediakan untuk Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi<br \/>\n* Kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi menyokong perluasan program I-TEKAD<br \/>\n* Sejumlah RM80 juta diperuntukkan secara geran padanan untuk Malaysia Coinvestment Fund dan tambahan RM100 juta kepada pelaburan oleh BPMB, bagi terus menyokong pembiayaan alternatif<br \/>\n* Kaedah pendanaan bernilai RM2.1 bilion melalui pelaburan ekuiti dan kuasi-ekuiti akan diperkenalkan bagi membantu syarikat yang berdepan masalah menguruskan hutang atau leveraj<br \/>\n* BPMB akan menawarkan Skim RESET dan BNM akan menyediakan Dana Permodalan Semula Perniagaan bernilai RM1 bilion<br \/>\n* Sejumlah RM14.2 bilion dana keseluruhan tersedia untuk PKS<br \/>\n* Dana khas BNM terutamanya Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar\u00a0ditingkatkan sebanyak RM2 bilion<br \/>\n* Syarikat berdaya maju tersenarai di Bursa Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 akan mendapat suntikan dana tambahan melalui sebuah syarikat tujuan khas milik kerajaan dalam bentuk instrumen\u00a0ekuiti atau instrumen\u00a0lain yang berkaitan<br \/>\n* Khazanah Nasional akan diberi mandat membantu kerajaan menyediakan infrastruktur untuk mentadbir dana bersaiz sekurang-kurangnya RM3 bilion<br \/>\n* Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan akan ditambah baik dengan menyediakan jaminan untuk pembiayaan yang dijadual dan distrukturkan\u00a0semula dengan tambahan had jaminan sebanyak RM10 bilion<br \/>\n* Kerajaan bercadang melanjutkan potongan cukai ke atas kos pengubahsuaian dan pembaharuan premis sehingga RM300,000 sehingga 31 Dis, 2022<br \/>\n* Potongan cukai tambahan sehingga RM50,000 bagi syarikat yang berdaftar di bawah Safe@Work ke atas perbelanjaan sewaan premis penginapan pekerja dilanjutkan untuk satu tahun lagi<br \/>\n* &#8216;Business Travellers Center&#8217; akan disediakan di Johor untuk Pelawat Perniagaan Jangka Pendek dari Singapura dengan kos RM10 juta<br \/>\n* Penangguhan bayaran ansuran cukai pendapatan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana selama enam bulan sehingga 30 Jun 2022<br \/>\n* Semua perniagaan dibenarkan membuat pindaan anggaran cukai pendapatan yang kena dibayar dalam bulan ke-11 sebelum 31 Okt, 2022<br \/>\n* RM25 juta diperuntukkan untuk meneroka pelaburan berimpak tinggi dan pasaran eksport melalui Misi Perdagangan dan Pelaburan<br \/>\n* Dana khas pelaburan strategik sehingga RM2 bilion disediakan bagi menarik pelaburan asing strategik dalam kalangan syarikat multinasional<br \/>\n* Sejumlah RM80 juta akan disediakan melalui MITI bagi melatih 20,000 pekerja yang menyokong kluster industri seperti MRO di Subang, elektrik dan elektronik di Kulim, dan kimia di Gebeng<br \/>\n* RM50 juta disediakan melalui pusat pembangunan kemahiran negeri bagi meningkatkan kemahiran TVET<br \/>\n* Geran padanan bernilai RM100 juta disediakan untuk syarikat PKS bumiputera meneroka peluang perniagaan dalam bidang aeroangkasa<br \/>\n* RM25 juta diperuntukkan kepada Halal Development Corporation bagi melahirkan lebih ramai PMKS Halal<br \/>\n* RM30 juta akan disediakan bagi melaksanakan Hab Inovasi: Revolusi Industri Keempat<br \/>\n* RM20 juta diperuntuk kepada Cradle Fund untuk mempergiat usaha memulih dan membina daya tahan ekonomi startup<br \/>\n* RM45 juta diperuntukkan sebagai galakan transformasi teknologi ke arah Revolusi Industri Keempat<br \/>\n* Dana kolektif bernilai RM500 juta diperuntuk menerusi inisiatif Jalinan GLC: Memperkasa PMKS bagi membantu usahawan melalui khidmat nasihat dan sokongan kewangan<br \/>\n* Sekurang-kurangnya RM30 bilion akan diperuntukkan untuk perbelanjaan modal dan pelaburan tahun hadapan<br \/>\n* Kerajaan akan menerbitkan Sukuk Kelestarian dalam ringgit sehingga RM10 bilion untuk disalurkan kepada projek sosial atau mesra alam yang layak<br \/>\n* Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur negara bernilai RM3.5 bilion antaranya pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dan Central Spine Road<br \/>\n* Dana permulaan RM200 juta diperuntukkan menerusi pewujudan Dana Mudah Cara Infrastruktur Ketiga bagi merancakkan lagi aktiviti pembangunan infrastruktur berimpak tinggi secara kerjasama awam swasta<br \/>\n* Kerajaan berhasrat memperkenalkan Akta Tanggungjawab Fiskal bagi meningkatkan tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan dalam pengurusan fiskal negara<br \/>\n* Kerajaan sedang melaksanakan \u2018Public Expenditure Review\u2019 dengan kerjasama Bank Dunia bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan perbelanjaan awam tanpa menjejaskan sistem penyampaian awam<br \/>\n* Kadar duti setem kontrak dinaikkan kepada 0.15 peratus dan had duti setem RM200 setiap nota kontrak dimansuhkan, manakala aktiviti pembrokeran dagangan saham tersenarai tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan<br \/>\n* Cukai pendapatan dikenakan kepada pemastautin di Malaysia ke atas pendapatan yang terbit daripada sumber luar negara dan diterima di Malaysia mulai 1 Jan, 2022<br \/>\n* Cukai jualan dikenakan ke atas barang bernilai rendah dari luar negara yang dijual oleh peniaga dalam talian dan dihantar kepada pengguna di Malaysia melalui perkhidmatan kurier udara<br \/>\n* Kerajaan bercadang memperkenalkan cukai khas secara one-off, iaitu \u2018cukai makmur\u2019\u00a0kepada syarikat yang menjana pendapatan tinggi<br \/>\n* Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas platform e-dagang kecuali penghantaran makanan dan minuman serta logistik<br \/>\n* Penggunaan nombor pengenalan cukai akan dilaksanakan mulai 2022 bagi meluaskan asas cukai pendapatan<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&nbsp; KUALA LUMPUR: Berikut ialah inti pati ekonomi Bajet 2022 bertemakan \u2018Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera\u2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Parlimen hari ini. * Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM332.1 bilion untuk Bajet 2022, nilai tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini * Hasil kerajaan dijangka meningkat kepada RM234 bilion pada\u00a02022 * [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":7503,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"class_list":{"0":"post-7502","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-ekonomi-bm"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7502","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7502"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7502\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7504,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7502\/revisions\/7504"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7503"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7502"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7502"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7502"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}