{"id":7462,"date":"2021-10-28T13:12:38","date_gmt":"2021-10-28T05:12:38","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=7462"},"modified":"2021-10-28T13:12:38","modified_gmt":"2021-10-28T05:12:38","slug":"sabah-disyor-wujudkan-enakmen-bagi-kawal-selia-industri-bekalan-air","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/10\/28\/sabah-disyor-wujudkan-enakmen-bagi-kawal-selia-industri-bekalan-air\/","title":{"rendered":"Sabah disyor wujudkan enakmen bagi kawal selia industri bekalan air"},"content":{"rendered":"<p>&nbsp;<\/p>\n<p>KUALA LUMPUR: Sabah dicadang\u00a0mewujudkan satu enakmen\u00a0mengawal selia industri bekalan air di negeri itu untuk memastikan fungsi kawal selia dan operasi diasingkan.<br \/>\nMenteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia juga bagi membolehkan satu badan kawal selia diwujudkan supaya industri bekalan air di Sabah beroperasi secara lebih efektif.<br \/>\n\u201cDi peringkat Persekutuan, Akta Industri Perkhidmatan Air dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara telah diwujudkan bagi melaksana\u00a0fungsi kawal selia industri bekalan air di Semenanjung dan\u00a0Labuan. Bagaimanapun, kedua-dua akta ini tidak terpakai di Sabah,\u201d\u00a0katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.<br \/>\nBeliau menjawab soalan Datuk Seri Madius Tangau (UPKO-Tuaran) yang mahu Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyatakan peranan kerajaan Persekutuan dalam mengatasi masalah bekalan air di Sabah meliputi sumber dan rawatan air serta air tidak berhasil (NRW).<br \/>\nTuan Ibrahim berkata kerajaan Persekutuan melalui KASA bertanggungjawab menyediakan pembiayaan secara pinjaman bagi pelaksanaan projek-projek bekalan air di kawasan bandar di Sabah.<br \/>\nBeliau berkata sebanyak\u00a0RM2.5 bilion pinjaman telah diluluskan sejak Rancangan Malaysia kelapan (RMK8) hingga RMK10, selain RM2.2 bilion pinjaman bagi RMK12.<br \/>\n\u201cManakala, peruntukan secara geran diberikan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi projek-projek bekalan air luar bandar,\u201d katanya.<br \/>\nBeliau menambah\u00a0urusan operasi dan pembangunan infrastruktur bekalan air di Sabah adalah di bawah tanggungjawab Menteri Kerja Raya Sabah melalui dasar-dasar yang ditetapkan Kementerian Kerja Raya Sabah.<br \/>\nJabatan Air Negeri Sabah (JANS) pula katanya merupakan pihak berkuasa air negeri yang diberi kuasa sejajar dengan Enakmen Bekalan Air Sabah 2003.<br \/>\n\u201cDalam hal ini, ingin saya tegaskan bahawa sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan bekalan air di negeri Sabah, peranan JANS\u00a0adalah kritikal dalam memastikan perancangan, pembangunan dan pengoperasian sistem bekalan air termasuklah perancangan berkaitan NRW di Sabah dilaksanakan sebaik mungkin,\u201d katanya.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&nbsp; KUALA LUMPUR: Sabah dicadang\u00a0mewujudkan satu enakmen\u00a0mengawal selia industri bekalan air di negeri itu untuk memastikan fungsi kawal selia dan operasi diasingkan. Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia juga bagi membolehkan satu badan kawal selia diwujudkan supaya industri bekalan air di Sabah beroperasi secara lebih efektif. \u201cDi peringkat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":7463,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-7462","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7462","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7462"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7462\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7464,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7462\/revisions\/7464"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7463"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7462"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7462"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7462"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}