{"id":7209,"date":"2021-10-14T11:31:47","date_gmt":"2021-10-14T03:31:47","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=7209"},"modified":"2021-10-14T11:31:47","modified_gmt":"2021-10-14T03:31:47","slug":"ahli-parlimen-labuan-didakwa-guna-kedudukan-dapatkan-kontrak-pekerjaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/10\/14\/ahli-parlimen-labuan-didakwa-guna-kedudukan-dapatkan-kontrak-pekerjaan\/","title":{"rendered":"Ahli Parlimen Labuan didakwa guna kedudukan dapatkan kontrak pekerjaan"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, tiga tahun lepas.<br \/>\nRozman, 57, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.<br \/>\nMengikut pertuduhan, Rozman didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan, telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd yang\u00a0bapa dan adik lelaki tertuduh mempunyai kepentingan\u00a0dalam syarikat tersebut.<\/p>\n<p>Perbuatan itu didakwa dilakukan di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya, antara 2.30 petang dan 5.30 petang, 21 Mac 2018.<br \/>\nPendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan tersebut dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.<br \/>\nSebaik sahaja pertuduhan dibacakan, Rozman\u00a0yang memakai sut biru gelap berkata:\u00a0&#8220;Saya sama sekali tidak bersalah dan minta dibicarakan\u201d.<br \/>\nTerdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan dan pembelaan yang diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali telah bersetuju jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin diberikan kepada Rozman.<br \/>\nAhmad Akram turut memohon supaya pasport Rozman\u00a0diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.<br \/>\nMuhammad Rafique, yang mewakili Rozman mengesahkan\u00a0jumlah jaminan yang telah dipersetujui.<br \/>\nRozina kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya\u00a0diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.<br \/>\nKetika membenarkan tertuduh diikat jamin, Rozina berkata jika boleh penjamin berkenaan adalah individu yang tinggal di Semenanjung.<br \/>\n&#8220;Kita tidak mahu sekiranya berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)\u00a0di sana (Labuan) atau apa sahaja, ia menjadi kesukaran&#8230;jadi, mahkamah mahu penjamin yang tinggal di Kuala Lumpur atau Selangor,&#8221; kata Rozina.<br \/>\nMahkamah turut menetapkan 19 Nov ini untuk sebutan semula kes.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, tiga tahun lepas. Rozman, 57, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob. Mengikut pertuduhan, Rozman didakwa sebagai seorang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":7210,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-7209","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7209","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7209"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7209\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7211,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7209\/revisions\/7211"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7210"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7209"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7209"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7209"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}