{"id":7185,"date":"2021-10-12T19:27:28","date_gmt":"2021-10-12T11:27:28","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=7185"},"modified":"2021-10-12T19:27:28","modified_gmt":"2021-10-12T11:27:28","slug":"madius-kecam-azmin-selepas-guna-istilah-termasuk-sabah-dan-sarawak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/10\/12\/madius-kecam-azmin-selepas-guna-istilah-termasuk-sabah-dan-sarawak\/","title":{"rendered":"Madius kecam Azmin selepas guna istilah \u2018termasuk Sabah dan Sarawak\u2019"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO \u2013 Tuaran) mengecam kenyataan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali selepas menggunakan istilah \u2018termasuk Sabah dan Sarawak\u2019 dalam ucapan penggulungan di Persidangan Dewan Rakyat, di sini pada Isnin.<\/p>\n<p>Dalam hantaran facebooknya, Madius mempersoalkan Azmin dan menyatakan ketidakwajaran penggunaan istilah tersebut.<\/p>\n<p>\u201cBaca betul-betul kenyataan Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini. Pernahkah kita tanya kenapa perlu disebut \u201ctermasuk Sabah dan Sarawak?\u201d <\/p>\n<p>\u201cBukankah kenyataan ini cerminan kepada pola pemikiran ataupun mindset penulis dan pengucap?\u201d<\/p>\n<p>\u201cPada saya sebutan \u2018termasuk Sabah dan Sarawak\u2019 itu berbangkit kerana pola pemikiran penulis melihat Malaysia itu samalah ataupun merujuk kepada Semenanjung Malaysia. Semenanjung Malaysia itu adalah Malaysia, dan Malaysia itu adalah Semenanjung Malaysia. <\/p>\n<p>\u201cAkhirnya Pembangunan Semenanjung Malaysia itu diambil sebagai Pembangunan Malaysia. Sebab itu Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak difikirkan setakat \u201ctermasuk\u201d dalam Pelan Pembangunan atau bukan sebagai keutamaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata,  harus disedari Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak itu dengan jumlah keluasan 60 peratus keseluruhan tanah Malaysia merupakan \u201cTanah Besar Malaysia\u201d yang sebenar. <\/p>\n<p>\u201cTetapi kenapa setakat \u2018termasuk\u2019 dalam perancangan pembangunan dan bukannya \u2018Keutamaan\u2019 ataupun \u2018Rujukan Utama\u2019 dalam perancangan pembangunan Malaysia,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Perkongsian Ahli Parlimen Tuaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.<\/p>\n<p>\u201cKenapa nda (tidak) cakap seluruh negara saja kan. Kalau si bapa ada 10 anak terus dia bilang (kata), saya akan bagi hadiah semua anak-anak termasuk yang anak numbur 5 sama 9. Aik..maksdnya sebelum tu mungkin tidak dibagi? Jarang-jarang kena bagi?,\u201d kata Bryan Midir dalam ruangan komen. <\/p>\n<p>\u201cIa menggambarkan bahawa, Sabah &#038; Sarawak ini bukan sebahagian Malaysia seolah-olah tanah jajahan.<\/p>\n<p>\u201cBagi yang berfikiran rasional, ia sepatutnya ditulis dan disebut sebagai:- &#8220;memastikan pembangunan industri dipertingkatkan di Malaysia TERUTAMA di wilayah Sabah dan Sarawak,\u201d ujar Conrad Wong.<\/p>\n<p>\u201cMungkin sudah tiba masa nya kembalikan status Negara Sabah DSP. Biar suara rakyat menyalak untuk menuntut hak Sabah,\u201d kata Julian Jim.<\/p>\n<p>Seorang lagi netizen, Hardilius Sibun menyuarakan pandangan bahawa aspek Pendidikan telah menyebabkan perkara ini berlaku.<\/p>\n<p>\u201cPelajar-pelajar di sekolah Sabah diajar mengenai siapa itu Malaysia dalam konteks Malaya, Sabah dan Sarawak, taaaapi (tetapi) percaya atau tdk (tidak), di Malaya pelajar-pelajar sekolah diajar mengenai siapa itu Malaysia dlm (dalam) konteks lain, dimana Malaysia itu Malaya; bukan Malaya, Sabah dan Sarawak.<\/p>\n<p>\u201cSbb (sebab) itu jgn (jangan) hairan klu (kalau) kebanyakan statement news atau apa-apa juga statement jika penulis dia dari Malaya, bila bercakap pasal Malaysia, dia akan cakap seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. <\/p>\n<p>\u201cDan jgn (jangan) juga hairan kalau majoriti pelajar sekolah maupun penduduk Malaya tidak tahu bahawa Sabah &#038; Sarawak itu adalah Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, istilah tersebut telah digunakan Azmin dalam ucapan pernggulungan berkaitan kelestarian pembangunan kawasan perindustrian.<\/p>\n<p>Katanya,  bagi memastikan kelestarian pembangunan kawasan perindustrian termasuk di Sabah dan Sarawak, MIDA akan meneruskan inisiatif menaiktaraf dan memperbaiki infrastruktur asas kawasan perindustrian sedia ada.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO \u2013 Tuaran) mengecam kenyataan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali selepas menggunakan istilah \u2018termasuk Sabah dan Sarawak\u2019 dalam ucapan penggulungan di Persidangan Dewan Rakyat, di sini pada Isnin. Dalam hantaran facebooknya, Madius mempersoalkan Azmin dan menyatakan ketidakwajaran penggunaan istilah tersebut. \u201cBaca betul-betul kenyataan Menteri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":7003,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-7185","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7185","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7185"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7185\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7186,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7185\/revisions\/7186"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7003"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7185"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7185"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7185"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}