{"id":7162,"date":"2021-10-11T13:10:15","date_gmt":"2021-10-11T05:10:15","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=7162"},"modified":"2021-10-11T13:10:15","modified_gmt":"2021-10-11T05:10:15","slug":"madius-redah-hutan-hampir-dua-jam-ke-sumber-mata-air-masalah-tiga-kampung-bakal-selesai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/10\/11\/madius-redah-hutan-hampir-dua-jam-ke-sumber-mata-air-masalah-tiga-kampung-bakal-selesai\/","title":{"rendered":"Madius redah hutan hampir dua jam ke sumber mata air, masalah tiga kampung bakal selesai"},"content":{"rendered":"<p>TUARAN: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau turun padang meninjau masalah air yang dihadapi tiga buah kampung di Kiulu baru-baru ini.<\/p>\n<p>Kampung tersebut terdiri daripada Kampung Longkou Baru, Kampung Logub dan Kampung Kotunuan Baru.<\/p>\n<p>Kunjungan itu turut disertai jurutera untuk melihat dan memberi nasihat cadangan bagi menyelesaikan masalah air yang dihadapi penduduk.<\/p>\n<p>Bercakap ketika ditemui pemberita, Madius memaklumkan antara cadangan penyelesaian yang akan dibuat ialah menaiktaraf sumber air graviti agar mampu menampung keperluan setiap penduduk kampung.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah melawat ke sumber air graviti masing-masing ketiga-tiga kampung ini. Dan didapati sumber yang sedia ada, tidak mampu menampung keperluan terutama pada musim kemarau.<\/p>\n<p>\u201cIni menyebabkan mereka terpaksa bergantung terhadap air terawat daripada jabatan air yang mana juga tidak mencukupi.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga mendapat tahu bahawa kawasan ini, dalam perancangan untuk penyaluran bekalan air terawat, tapi seperti yang kita sedia maklum, selagi Loji Rawatan Telibong 2 belum siap dibina, bekalan air akan menjadi masalah utama seperti yang dihadapi di beberapa perumahan di sekitar bandar dan pinggir bandar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Madius memaklumkan penaiktarafan adalah melalui proses gotong royong dalam kalangan penduduk kampung atas nasihat jurutera.<\/p>\n<p>\u201cKita mahu penduduk terlibat langsung kerana mereka lebih tahu apa yang diperlukan untuk kampung masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan menggunakan sedikit peruntukkan yang ada untuk menyediakan kelengkapan yang diperlukan. Kuncinya di sini, semua penduduk membina sumber air graviti mengikut apa yang dirasakan terbaik untuk mereka dengan bimbingan jurutera yang telah saya bawa bersama hari ini,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Pada tinjauan itu, Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran turut berjalan kaki hampir dua jam untuk melihat sendiri sumber mata air bagi tujuan bekalan air graviti.<\/p>\n<p>Sementara itu, wakil penduduk kampung Longkou Baru, Janius Japar, 50 mengucapkan terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan Madius.<\/p>\n<p>Katanya, apabila siap nanti bekalan air itu mampu menampung keperluan kira-kira 500 pennduduk di kampung tersebut.<\/p>\n<p>Bagi Crispin Tanggaron, 60, usaha Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu menunjukkan kewibawaan seorang pemimpin berjiwa rakyat.<br \/>\nWakil penduduk Kampung Logub itu memaklumkan selama ini tiada wakil rakyat yang naik sendiri melihat sumber air graviti.<\/p>\n<p>\u201cHanya dia saja sampai di mata air untuk mengatasi masalah kami tetang air, saya harap semua penduduk kampung berterima kasih kepada datuk.<\/p>\n<p>\u201cSebelum ini Datuk Madius pernah memberikan kami tangki di setiap rumah tapi masalah air yang dihadapi masih belum dapat diselesaikan. Kami berterima kasih dengan lawatan ini, masalah bekalan air kami akan bakal diatasi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Wakil penduduk Kampung Kotunuan Baru turut senada dengan Crispin dan Janius.<br \/>\nJaimis @ Charles Muyat, 70, berkata, beliau sangat bersyukur dan berterima kasih kerana Madius hadir sendiri melihat masalah yang dihadapi penduduk kampung.<\/p>\n<p>\u201cSebelum ini, Datuk Seri sudah memberikan peruntukkan untuk sumber air graviti ini tapi masih belum dapat menampung keperluang penduduk. Diharap dengan langkah penyelesaian yang diambil kali ini, saya fikir masalah ini akan mampu diatasi,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TUARAN: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau turun padang meninjau masalah air yang dihadapi tiga buah kampung di Kiulu baru-baru ini. Kampung tersebut terdiri daripada Kampung Longkou Baru, Kampung Logub dan Kampung Kotunuan Baru. Kunjungan itu turut disertai jurutera untuk melihat dan memberi nasihat cadangan bagi menyelesaikan masalah air yang dihadapi penduduk. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":7163,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-7162","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7162","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7162"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7162\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7164,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7162\/revisions\/7164"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7163"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7162"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7162"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7162"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}