{"id":7127,"date":"2021-10-08T09:59:53","date_gmt":"2021-10-08T01:59:53","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=7127"},"modified":"2021-10-08T09:59:53","modified_gmt":"2021-10-08T01:59:53","slug":"berfikiran-positif-bantu-tangani-kesihatan-mental-pelajar-pada-era-pandemik-pakar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/10\/08\/berfikiran-positif-bantu-tangani-kesihatan-mental-pelajar-pada-era-pandemik-pakar\/","title":{"rendered":"Berfikiran positif, bantu tangani kesihatan mental pelajar pada era pandemik: Pakar"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU, 8 Oktober &#8211; Pemikiran, perasaan dan perlakuan merupakan komponen yang membantu dalam menangani stress dalam pembelajaran.<\/p>\n<p>Pakar Psikologi Belia dan Pembangunan Komuniti, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) UMS, Prof. Madya Dr Balan Rathakrishnan berkata, setiap orang perlu sentiasa berfikiran positif kerana tekanan negatif yang berpanjangan tidak memiliki faedah terhadap diri terutamanya dari segi kesihatan mental.  <\/p>\n<p>\u201cPemikiran yang positif akan mempengaruhi emosi dan seterusnya tingkah laku seseorang termasuk pelajar.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya seseorang itu dapat belajar mengamalkan pemikiran dan perasaan yang baik sudah pasti tindakan mereka juga akan menjadi lebih baik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Forum bertajuk \u2018Using STEM in Learning Mental Health Among Youth\u2019 anjuran Persatuan MySTEM Ambassador UMS, baru-baru ini.<\/p>\n<p>Menurut Balan, kesihatan mental adalah \u2018sains dan matematik\u2019 yang perlu difahami oleh anak muda.<\/p>\n<p>\u201cIa sangat penting dan seharusnya tidak dikendalikan secara bersendirian. Individu yang mempunyai gejala perlu mendapatkan intervensi dan rawatan yang sesuai agar gejala masalah kesihatan mental dapat dikurangkan. <\/p>\n<p>\u201cBerdasarkan kajian, seorang daripada tiga pelajar kolej berpotensi mengalami depresi berpanjangan.  <\/p>\n<p>\u201cSeorang daripada empat pelajar didapati berfikiran untuk membunuh diri, manakala  seorang daripada tujuh pelajar melibatkan diri dalam kegiatan tidak berfaedah akibat tekanan,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Ujar Balan, ada yang cuba menghilangkan tekanan dengan mengambil alkohol atau  menonton filem pornografi. <\/p>\n<p>\u201cBagi pelajar perempuan, ada yang mengurangkan tekanan dengan mengambil makanan yang banyak namun memuntahkannya semula (bulimia) kerana bimbang akan menjadi gemuk.<\/p>\n<p>\u201cTabiat ini tidak menyelesaikan masalah tekanan yang dihadapi, malah boleh memudaratkan dan menyebabkan mereka menjadi ketagih dengan sesuatu tingkah laku yang tidak berfaedah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau turut mengajak orang ramai termasuk para pelajar untuk  mengunjungi laman web c19psychcare.com sekiranya memerlukan bimbingan akibat tekanan disebabkan impak pandemik COVID-19.<\/p>\n<p>\u201cMelalui laman web ini, orang awam boleh mendapatkan rawatan yang efektif dalam menangani masalah mental seperti tekanan, depresi, kebimbangan, dan kurang keyakinan diri daripada pakar-pakar dalam bidang psikologi,\u201d tambah Balan.<\/p>\n<p>Bersiaran langsung melalui YouTube MySTEM Ambassador, forum secara dalam talian itu dianjurkan dengan kerjasama U-Science dan FPP UMS.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU, 8 Oktober &#8211; Pemikiran, perasaan dan perlakuan merupakan komponen yang membantu dalam menangani stress dalam pembelajaran. Pakar Psikologi Belia dan Pembangunan Komuniti, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) UMS, Prof. Madya Dr Balan Rathakrishnan berkata, setiap orang perlu sentiasa berfikiran positif kerana tekanan negatif yang berpanjangan tidak memiliki faedah terhadap diri terutamanya dari segi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":7128,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-7127","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7127","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7127"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7127\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7129,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7127\/revisions\/7129"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7128"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7127"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7127"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7127"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}