{"id":7124,"date":"2021-10-08T06:17:28","date_gmt":"2021-10-07T22:17:28","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=7124"},"modified":"2021-10-08T06:17:28","modified_gmt":"2021-10-07T22:17:28","slug":"peruntukan-sudah-diluluskan-projek-naik-taraf-jalan-berungis-mengkabong-pekan-tuaran-belum-dilaksanakan-madius","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/10\/08\/peruntukan-sudah-diluluskan-projek-naik-taraf-jalan-berungis-mengkabong-pekan-tuaran-belum-dilaksanakan-madius\/","title":{"rendered":"Peruntukan sudah diluluskan, projek naik taraf Jalan Berungis \u2013 Mengkabong \u2013 Pekan Tuaran belum dilaksanakan &#8211; Madius"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO \u2013 Tuaran) terus memperjuangkan Projek Menaik Taraf Jalan Bulatan Berungis ke Bulatan Mengkabong, dan ke Pekan Tuaran yang masih belum dilaksanakan walaupun sudah diberi peruntukan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).<\/p>\n<p>Berucap pada persidangan Kamar Khas dalam Persidangan Dewan Rakyat semalam, beliau  meminta  penjelasan berhubung kelewatan pelaksanaan projek tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSelaku Ahli Parlimen Tuaran, saya sudah berkali-kali bertanya tentang pelaksanaan cadangan projek ini, dan kali terakhir saya dimaklumkan bahawa sejurus agensi pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM45 Juta daripada RM100 juta siling kos projek ini maka pelaksanaannya akan dimulakan.<\/p>\n<p>\u201cNamun sehingga pada hari ini tanda-tanda pelaksanaan projek ini belum ada. Sebagai peringatan, cadangan projek ini telah dipohon untuk kelulusan Agensi Pusat dalam Rolling Plan ke-4 (2015) RMK-10. <\/p>\n<p>\u201cManakala skop projek ini melibatkan naik taraf jalan ada (2 lorong2 hala) kepada laluan 4 lorong 2 hala sepanjang 3.7km mengikut reka bentuk piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR),\u201d katanya di sini.<br \/>\nMenurut Madius, walaupun pada tahun 2021 telah memasuki Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), namun projek menaik taraf itu masih belum dilaksanakan. <\/p>\n<p>\u201cIni bererti bahawa tidak ada apa-apa berlaku sepanjang RMK-11 iaitu 2015-2020. Saya mohon penjelasan apakah sebenarnya yang telah berlaku. <\/p>\n<p>\u201cAdakah kerajaan sedar pelbagai kesulitan yang dihadapi oleh rakyat, para pengguna jalan raya yang melalui jajaran ini dimana, kesesakan jalan raya berlaku sepanjang hari. Pagi sesak, tengah hari sesak, petang sesak,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Ujar beliau, sekurang-kurangnya 18,000 buah kenderaan melalui Jalan Berungis &#8211; Kota Belud dalam tempoh masa 16 jam. <\/p>\n<p>\u201cLevel of Service (LOS) sedia ada adalah pada tahap LOS F pada waktu puncak. ni bermakna pergerakan trafik adalah dibawah 24km\/jam, kalau mengikut piawaian, laluan ini mengalami kesesakan trafik yang teruk.<\/p>\n<p>\u201cDan yang anehnya ialah, Jajaran Pan Borneo daripada Penampang, Manggatal akan berakhir di Bulatan Berungis. <\/p>\n<p>\u201cSelepas itu Jajaran Pan Borneo disambung bermula di Kampung Serusop menuju ke Kota Belud dan seterusnya ke Kudat. Ini bererti jajaran Lebuhraya Pan Borneo terputus dari Bulatan Berungis ke Serusop. <\/p>\n<p>\u201cPertanyaan Tuaran ialah apakah sebenarnya perancangan Kerajaan untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di Bulatan Mengkabong ke Bulatan Berungis,\u201d kata Madius.<\/p>\n<p>Sementara itu Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup memaklumkan projek itu telah diluluskan dalam Rolling Plan 3 (RP3), RMK11 namun tidak dapat diteruskan kerana skop naik taraf turut melibatkan kerja naik taraf jalan negeri iaitu Jalan Lama Tuaran.<\/p>\n<p>\u201cUnit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) telah meminta Kementerian ini meneliti semula projek ini kerana peruntukan Persekutuan hanya boleh digunakan untuk pelaksanaan naik taraf jalan Persekutuan sahaja.<\/p>\n<p>\u201cLanjutan daripada itu, Kementerian ini telah mengemukakan permohonan rayuan kepada UPE, JPM untuk mewujudkan semula butiran projek ini di bawah RMKe-11 dengan mengeluarkan skop jalan negeri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Arthur, UPE JPM dalam jawapan balasnya tidak meluluskan permohonan rayuan tersebut dan telah mencadangkan supaya projek ini dipohon semula di dalam Rolling Plan 2 (Tahun 2022), RMK12.<\/p>\n<p>\u201cSehubungan itu, Kementerian ini telah mengangkat semula permohonan Projek tersebut untuk kelulusan Agensi Pusat bagi Rolling Plan 2 (RP2), RMK12 dengan mengeluarkan skop naik taraf jalan Negeri. <\/p>\n<p>\u201cKelulusan bagi cadangan projek ini adalah tertakluk kepada pertimbangan Agensi Pusat yang dijangka akan diketahui selepas pembentangan bajet oleh Kementerian Kewangan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO \u2013 Tuaran) terus memperjuangkan Projek Menaik Taraf Jalan Bulatan Berungis ke Bulatan Mengkabong, dan ke Pekan Tuaran yang masih belum dilaksanakan walaupun sudah diberi peruntukan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11). Berucap pada persidangan Kamar Khas dalam Persidangan Dewan Rakyat semalam, beliau meminta penjelasan berhubung kelewatan pelaksanaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":7125,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-7124","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7124","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7124"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7124\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7126,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7124\/revisions\/7126"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7125"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7124"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7124"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7124"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}