{"id":6871,"date":"2021-09-23T14:34:51","date_gmt":"2021-09-23T06:34:51","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=6871"},"modified":"2021-09-23T14:34:51","modified_gmt":"2021-09-23T06:34:51","slug":"kerajaan-negeri-tegas-dan-transparen-mengenai-data-pendatang-asing-yang-diberi-vaksin-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/09\/23\/kerajaan-negeri-tegas-dan-transparen-mengenai-data-pendatang-asing-yang-diberi-vaksin-ewon\/","title":{"rendered":"Kerajaan Negeri Tegas Dan Transparen Mengenai Data Pendatang Asing Yang Diberi Vaksin &#8211; Ewon"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick menggesa Kerajaan Negeri supaya lebih tegas dan transparen mengenai data-data melibatkan pendatang asing yang telah diberikan vaksin di Sabah.<\/p>\n<p>\u201cRakyat Sabah telah menyuarakan kebimbangan, kemarahan dan kekeliruan berikutan jawapan lisan Timbalan Menteri Dalam Negeri di Parlimen baru-baru ini mengenai rancangan kementerian untuk mempertimbangkan memberi kad pengenalan atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin di Sabah dan Sarawak yang belum mempunyai identiti diri, apatah lagi Program Pemberian Vaksin (PPV) di Sabah juga melibatkan penduduk bukan warganegara.<\/p>\n<p>\u201cSaya menghargai jawapan lisan Ketua Menteri mengenai perkara ini di Dewan Undangan Negeri hari ini bahawa Kerajaan tidak bercadang memberikan kad pengenalan atau kewarganegaraan kepada pendatang asing atau bukan warganegara yang telah diberikan vaksin, tetapi hanya kepada penduduk asal yang belum mempunyai identiti diri.<\/p>\n<p>\u201cSaya mahu Kerajaan bertegas dan harus lebih transparen mengenai perkara ini. Kita sudah 58 tahun menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia tetapi seolah-seolah masih wujud ribuan penduduk asal yang belum ada dokumen atau kad pengenalan? Apa yang dibuat selama ini untuk memastikan Orang Asal mendapat dokumen dan kad pengenalan? Saya khuatir ini akan membuka ruang kepada manipulasi dan salahguna dalam proses pemberian kad pengenalan tersebut,\u201d kata Ewon.<\/p>\n<p>Beliau menyatakan demikian kepada media susulan jawapan lisan yang diberikan oleh Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor ke atas soalan lisan beliau berkaitan dengan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah bertanyakan soalan tambahan berapakah jumlah bukan warganegara yang telah diberikan vaksin di Sabah setakat hari ini? Tetapi menteri yang berkenaan tidak dapat menjawab soalan ini.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga bertanyakan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri selepas mendapat data-data daripada bukan wargenegara ini semasa program pemberian vaksin. Ini juga tidak dapat dijawab. Hanya Ketua Menteri bangkit berdiri membantu menteri menjawab dan menyatakan pendirian berkaitan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri tersebut,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ewon yang juga merupakan Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menyatakan pendirian yang dinyatakan oleh Ketua Menteri tersebut tidak mencukupi.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan Negeri tidak boleh biarkan masalah kebanjiran pendatang asing dan bukan warganegara di Sabah begitu sahaja? Data-data telah diperolehi semasa PPV, maka kita mahu tahu apakah rancangan dan tindakan Kerajaan Negeri yang seterusnya selepas memperolehi data-data mereka ini. Tidak boleh biarkan begitu sahaja.<\/p>\n<p>\u201cAdakah Kerajaan akan menggunakan data-data ini untuk menjejaki mereka dan mengenakan tindakan perundangan imigresen yang berkaitan termasuk untuk penghantaran balik? Atau adakah rancangan dan tindakan lain selepas ini?<\/p>\n<p>\u201cJika dibiarkan senyap begitu sahaja, ia akan mengujudkan persepsi bahawa rancangan sepertimana dinyatakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri memang akan dilaksanakan. <\/p>\n<p>\u201cPemberian kad pengenalan kepada pendatang asing telah dibuktikan di dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Pendatang Asing Di Sabah, melalui petisyen pilihanraya DUN Likas pada tahun 1999 dan juga direkodkan melalui pengakuan orang yang terlibat semasa pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti. Dan ianya akan terus menghantui rakyat Sabah apatah lagi dengan kenyataan terbaru daripada Timbalan Ketua Menteri Dalam Negeri tersebut. <\/p>\n<p>\u201cSaya berharap Kerajaan Negeri akan lebih bertegas dan lebih transparen mengenai perkara ini kerana inilah isu besar di Sabah yang memerlukan penyelesaian dan tindakan konkrit daripada Kerajaan,\u201d kata Ewon.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick menggesa Kerajaan Negeri supaya lebih tegas dan transparen mengenai data-data melibatkan pendatang asing yang telah diberikan vaksin di Sabah. \u201cRakyat Sabah telah menyuarakan kebimbangan, kemarahan dan kekeliruan berikutan jawapan lisan Timbalan Menteri Dalam Negeri di Parlimen baru-baru ini mengenai rancangan kementerian untuk mempertimbangkan memberi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":6872,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-6871","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6871","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6871"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6871\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6873,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6871\/revisions\/6873"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6872"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6871"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6871"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6871"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}