{"id":6821,"date":"2021-09-21T23:16:41","date_gmt":"2021-09-21T15:16:41","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=6821"},"modified":"2021-09-21T23:16:41","modified_gmt":"2021-09-21T15:16:41","slug":"ronald-terima-kunjung-hormat-ahli-jemaah-pengarah-nafas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/09\/21\/ronald-terima-kunjung-hormat-ahli-jemaah-pengarah-nafas\/","title":{"rendered":"Ronald Terima Kunjung Hormat Ahli Jemaah Pengarah NAFAS"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan telah menerima kunjungan hormat YBhg. Dato\u2019 Zambri bin Yaakob, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang baharu.<br \/>\nDalam sesi pertemuan tersebut, Dr. Ronald telah merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Dato\u2019 Zambri Bin Yaakob atas pelantikan sebagai Pengerusi NAFAS berkuatkuasa pada 13 September 2021 baru-baru ini.<br \/>\n\u201cSaya yakin dan percaya, berbekalkan pengalaman beliau yang amat luas khususnya dalam hal ehwal pertubuhan peladang, beliau akan dapat memberikan sumbangan yang terbaik untuk meningkatkan lagi prestasi NAFAS ke arah yang lebih cemerlang,\u201d katanya.<br \/>\nTurut hadir, YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, YBhg. Dato\u2019 Azulita binti Salim, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang dan YBrs. Tuan Haji Abu Sujak bin Sahuji, Pengurus Besar NAFAS.<br \/>\nYBhg. Dato\u2019 Zambri bin Yaakob telah menjadi ahli peladang yang aktif di Pertubuhan Peladang Kawasan Pulau Tawar seawal tahun 1985. Sepanjang tempoh sebagai Ahli, beliau diberi kepercayaan untuk menjadi Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Pulau Tawar sejak tahun 1996 sehingga kini. Beliau turut memegang jawatan Pengerusi AJP Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) mulai 21 Mei 2020 di mana sehingga kini PASFA telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam aktiviti ekonomi dan sosial yang memanfaatkan ahli peladang di Negeri Pahang.<br \/>\nPelantikan YBhg. Dato\u2019 Zambri Bin Yaakob sebagai Pengerusi NAFAS telah dibuat selaras dengan Peraturan 35(6) Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2021 yang mana beliau telah dipilih melalui undian majoriti dalam kalangan Ahli-Ahli Jemaah Pengarah. Mesyuarat secara maya yang dipengerusikan oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang pada 13 September 2021, yang dihadiri oleh 11 orang Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, telah secara sebulat suara bersetuju memilih YBhg. Dato\u2019 Zambri bin Yaakob sebagai Pengerusi AJP NAFAS yang baharu melalui pengudian sulit yang dijalankan secara atas talian.<br \/>\nMenurut Dr. Ronald, pelantikan ini turut membuktikan kuasa memilih Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah telah dikembalikan semula kepada kepimpinan peladang sendiri dan pemilihan telah dibuat secara demokrasi. Ini adalah berikutan pindaan peraturan yang dilaksanakan Kerajaan bagi memastikan hak memilih dikembalikan kepada ahli peladang sendiri sepertimana Peraturan yang terdahulu sebelum dipinda pada tahun 2019.<br \/>\nMelalui pindaan ini juga, semua Ahli Jemaah Pengarah di semua peringkat hanya layak memegang jawatan untuk 3 penggal sahaja dan kemudian perlu rehat selama 1 penggal sebelum layak dipilih semula. Ini adalah antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan bagi memastikan tadbir urus baik di semua peringkat.<br \/>\nPemilihan Ahli Jemaah Pengarah di semua peringkat Pertubuhan Peladang yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat akan menggunapakai Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2020 yang telah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2021. Pemilihan kepimpinan di semua peringkat pergerakan peladang melalui Mesyuarat Agung kini sedang berjalan dengan baik berasaskan pindaan baru ini.<br \/>\nDalam kesempatan yang sama, Dr. Ronald turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Pengerusi NAFAS, YBrs. Dr. Anis bin Mahmud di atas sumbangan dan komitmen sepanjang tempoh beliau berkhidmat di NAFAS.<br \/>\nDalam pada itu, Dr. Ronald juga berkata Peranan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai Pendaftar amatlah penting bagi memastikan pergerakan Pertubuhan Peladang (PP) di semua peringkat berjalan baik dan diperkasa agar telus, berintegriti dan profesional.<br \/>\n\u201cPenyemakan semula keseluruhan perundangan LPP dan PP juga perlu disegerakan bagi membolehkan pindaan-pindaan sesuai mengikut kehendak semasa dapat dilaksanakan. Tadbir urus baik akan dijadikan asas dan panduan utama agar kepentingan peladang dan pesawah sentiasa dijaga,\u201d katanya.<br \/>\nDalam kunjung hormat ini, beberapa perkara lain turut dibincang antaranya peranan NAFAS yang perlu terus diperkasakan menjadi sebuah institusi yang menerajui pengerakan PP sebagai badan perniagaan yang berdaya maju sekaligus membina pergerakan PP yang kompeten dan berdaya saing di setiap peringkat. Dalam hal ini, tranformasi struktur perniagaan yang efektif, teratur dan terancang dengan mempelbagaikan perniagaan NAFAS adalah penting bagi mewujudkan model perniagaan yang lebih lestari bagi memberi pulangan lebih baik kepada golongan sasar. Ini juga selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk membangunkan PP yang \u2018self-reliant\u2019 atau mampu berdiri sendiri.<br \/>\n\u201cSaya sememangnya sentiasa mengikut prestasi PP dari semasa ke semasa dan berharap, model perniagaan projek-projek berjaya di PP mestilah diteruskan malah perlu direplikasikan di lain-lain PP yang berpotensi,\u201d kata Dr. Ronald.<br \/>\nDr. Ronald juga menyeru semua pihak berkepentingan termasuk pengurusan tertinggi LPP mahupun NAFAS untuk terus berganding bahu bersama-sama dengan keluarga peladang untuk membangunkan semua PP supaya terus berjaya dan maju agar peladang akan terus mendapat manfaat.<br \/>\nLPP dan PP akan terus memainkan peranan masing-masing dengan cemerlang ke arah memberdayakan dan memperkasakan warga tani seterusnya merancakkan usaha untuk memajukan sektor agromakanan negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan telah menerima kunjungan hormat YBhg. Dato\u2019 Zambri bin Yaakob, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang baharu. Dalam sesi pertemuan tersebut, Dr. Ronald telah merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Dato\u2019 Zambri Bin Yaakob atas pelantikan sebagai Pengerusi NAFAS berkuatkuasa pada 13 September 2021 baru-baru [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":6822,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-6821","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6821","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6821"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6821\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6823,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6821\/revisions\/6823"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6822"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6821"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6821"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6821"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}