{"id":6815,"date":"2021-09-21T23:14:08","date_gmt":"2021-09-21T15:14:08","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=6815"},"modified":"2021-09-21T23:14:08","modified_gmt":"2021-09-21T15:14:08","slug":"ums-anjur-program-pengurusan-acara-karnnival-dan-jualan-di-bawah-pelan-penjana-kpt-cap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/09\/21\/ums-anjur-program-pengurusan-acara-karnnival-dan-jualan-di-bawah-pelan-penjana-kpt-cap\/","title":{"rendered":"UMS anjur Program Pengurusan Acara Karnnival dan Jualan di bawah Pelan PENJANA KPT-CAP"},"content":{"rendered":"<div dir=\"auto\">KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) menganjurkan Program Pengurusan Acara Karnnival dan Jualan baru-baru ini.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Pengarah PKPKP UMS, Dr. Soon Singh Bikar Singh berkata, penganjuran program itu diadakan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">\u201cProgram yang berlangsung secara dalam talian ini menerima seramai 50 penyertaan terdiri daripada graduan lepasan ijazah sarjana muda pelbagai bidang.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">\u201cPenganjurannya antara lain bertujuan meningkatkan taraf hidup para peserta, mewujudkan tenaga kerja teknikal yang mahir serta proaktif, serta mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja buruh asing.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">\u201cDi samping itu, ia bagi mengurangkan kadar pengangguran serta gejala sosial yang kurang<\/div>\n<div dir=\"auto\">sihat dalam kalangan masyarakat,\u201d katanya.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Menurut Soon, program tersebut yang berlangsung selama sebulan sehingga penghujung Ogos lalu dilaksanakan dengan kerjasama KK Event House Sdn Bhd.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">\u201cSepanjang program dilaksanakan, pelajar diberi pendedahan secara nyata berkaitan pengurusan acara karnival dan jualan yang sebenar dalam pelbagai keadaan.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">\u201cBeberapa penceramah dijemput untuk menyampaikan sesi perkongsian dan taklimat kepada peserta yang bertujuan memberi gambaran yang jelas dan juga perkongsian umum kepada peserta.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">\u201cSecara keseluruhannya boleh dikatakan program ini memberikan impak yang positif di kalangan peserta yang telah mengatakan hampir keseluruhan slot yang mereka hadiri telah menarik minat dan membangkitkan semangat mereka untuk menceburi bidang event management ini,\u201d jelasnya.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Soon turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">\u201cSaya ingin merakamkan setinggi ucapan khususnya kepada PENJANA KPT-CAP, UMS dan KK Event House Sdn Bhd atas kerjasama dan komitmen yang jitu sehingga terlaksananya Program Pengurusan Acara Karnival dan Jualan ini.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">\u201cDiharapkan agar kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang agar graduan-graduan tempatan mampu bersaing di alam pekerjaan sekali gus mengatasi masalah pengangguran di negara ini,\u201d ujarnya.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Untuk rekod, PENJANA KPT-CAP merupakan inisiatif kerajaan dalam menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran akibat wabak COVID-19.<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) menganjurkan Program Pengurusan Acara Karnnival dan Jualan baru-baru ini. Pengarah PKPKP UMS, Dr. Soon Singh Bikar Singh berkata, penganjuran program itu diadakan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). \u201cProgram yang berlangsung secara dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":6816,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-6815","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6815","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6815"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6815\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6817,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6815\/revisions\/6817"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6816"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6815"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6815"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6815"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}