{"id":6629,"date":"2021-09-11T13:02:43","date_gmt":"2021-09-11T05:02:43","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=6629"},"modified":"2021-09-11T13:02:43","modified_gmt":"2021-09-11T05:02:43","slug":"mositun-zahir-harapan-undang-undang-anti-lompat-parti-benar-benar-diperkenalkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/09\/11\/mositun-zahir-harapan-undang-undang-anti-lompat-parti-benar-benar-diperkenalkan\/","title":{"rendered":"Mositun Zahir Harapan Undang-Undang Anti Lompat Parti Benar-Benar Diperkenalkan"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Bekas Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun menzahirkan harapan agar kerajaan Persekutuan kali ini benar-benar serius memperkenalkan Undang-Undang Anti-Lompat Parti di negara ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata ini kerana rang undang-undang yang sama telah dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah dahulu dan kemudiannya diluluskan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Mositun berkata undang-undang anti lompat parti yang diperkenalkan semasa pemerintahaan PBS di Sabah itu telah dicabar di Mahkamah dan kemudiannya diputuskan tidak sah kerana bertentangan peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>&#8220;Inilah perjuangan PBS dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan selaku Presiden dahulu.. sudah menjadi kenyataan bahawa perlunya anti lompat untuk menstabilkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat,&#8221; katanya kepada Jesselton Times.<\/p>\n<p>Mositun berkata amalan melompat parti merupakan budaya yang tidak sihat dan boleh menghuru-harakan keadaan politik negara atau negeri khususnya kerajaan yang dipilih rakyat.<\/p>\n<p>Beliau juga berharap blok pembangkang akan menyokong penuh rang Undang-Undang Anti Lompat Parti apabila dibentangkan di Dewan Rakyat nanti.<\/p>\n<p>Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipetik sebagai berkata bahawa<br \/>\nRang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen selepas Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju dan komited untuk melaksanakan transformasi dalam pentadbiran kerajaan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, trasformasi tersebut dibuat untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.<br \/>\nSelain itu kata beliau, Undi18 dalam tempoh terdekat juga akan dilaksanakan dan satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Bekas Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun menzahirkan harapan agar kerajaan Persekutuan kali ini benar-benar serius memperkenalkan Undang-Undang Anti-Lompat Parti di negara ini. Beliau berkata ini kerana rang undang-undang yang sama telah dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah dahulu dan kemudiannya diluluskan. Bagaimanapun, Mositun berkata undang-undang anti lompat parti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":6630,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-6629","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6629","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6629"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6629\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6631,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6629\/revisions\/6631"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6630"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6629"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6629"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6629"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}