{"id":6549,"date":"2021-09-08T16:28:26","date_gmt":"2021-09-08T08:28:26","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=6549"},"modified":"2021-09-08T16:28:26","modified_gmt":"2021-09-08T08:28:26","slug":"ruu-kawalan-dan-sekatan-pengembangan-agama-bukan-islam-perlu-ambil-kira-sensitiviti-agama-lain-kdca","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/09\/08\/ruu-kawalan-dan-sekatan-pengembangan-agama-bukan-islam-perlu-ambil-kira-sensitiviti-agama-lain-kdca\/","title":{"rendered":"RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Perlu Ambil Kira Sensitiviti Agama Lain &#8211; KDCA"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam perlu mengambil kira sensitiviti agama lain, kata Majlis Belia Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA).<\/p>\n<p>Pengerusinya, Steve Johnny Mositun turut berpandangan kerajaan tidak seharusnya \u201cmemulakan isu baharu, terutama dalam keadaan semasa.\u201d<\/p>\n<p>\u201cLebih baik sekiranya kerajaan sekarang berfikir cara untuk mengekalkan keharmonian Keluarga Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama,\u201d katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa. <\/p>\n<p>Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary, dilaporkan sebagai berkata pada Selasa, RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam adalah antara empat akta baharu yang digubal untuk memperkasa perundangan syariah.<\/p>\n<p>Marzuk dipetik sebagai berkata, RUU bersabit pengembangan agama bukan Islam itu adalah sebahagian daripada Pelan Pemerkasaan Undang-Undang Syariah selama lima tahun (2020-2025).<\/p>\n<p>Dalam pelan pemerkasaan ini, katanya, kerajaan bercadang menggubal 11 undang-undang Syarikah utama \u2013 termasuk penggubalan undang-undang baharu dan pindaan undang-undang sedia ada, dan lapan undang-undang Syariah subsidiari.<\/p>\n<p>Steve bertegas menyatakan selama ini, penduduk Malaysia, khususnya di Sabah boleh hidup harmoni tanpa mengira agama.<\/p>\n<p>\u201cDan dalam kebanyakan keluarga di Sabah, tidak menghairankan jika ada ahli keluarga yang tinggal sebumbung walaupun berbeza agama\u2026dan ini tidak menjadi masalah bagi kami di Sabah.<\/p>\n<p>\u201cKita sedar agama Islam adalah agama Persekutuan dan mereka harus memartabatkannya, namun, langkah drastik seperti ini bukanlah sesuatu yang bijak pada masa ini.<\/p>\n<p>\u201cIni adalah isu sensitif, terutama bagi kami di Sabah yang sudah hidup dalam harmoni dengan perpaduan yang kuat dan pengamalan kebebasan beragama.<\/p>\n<p>\u201cSaya rasakan jiran kami di Sarawak juga sependapat dengan kami.<\/p>\n<p>\u201cPerlu diingatkan, Sabah dan Sarawak adalah rakan kongsi yang membentuk Malaysia dan hal berkaitan kebebasan beragama adalah salah satu perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan telah dipersetujui,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam perlu mengambil kira sensitiviti agama lain, kata Majlis Belia Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA). Pengerusinya, Steve Johnny Mositun turut berpandangan kerajaan tidak seharusnya \u201cmemulakan isu baharu, terutama dalam keadaan semasa.\u201d \u201cLebih baik sekiranya kerajaan sekarang berfikir cara untuk mengekalkan keharmonian Keluarga Malaysia tanpa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":6550,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-6549","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6549","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6549"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6549\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6551,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6549\/revisions\/6551"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6550"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6549"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6549"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6549"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}