{"id":6425,"date":"2021-09-01T18:45:22","date_gmt":"2021-09-01T10:45:22","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=6425"},"modified":"2021-09-01T18:45:22","modified_gmt":"2021-09-01T10:45:22","slug":"agles-geyog-kuasai-teknologi-ar-muncul-juara-pertandingan-mewarna-mystem-ums","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/09\/01\/agles-geyog-kuasai-teknologi-ar-muncul-juara-pertandingan-mewarna-mystem-ums\/","title":{"rendered":"Agles Geyog kuasai teknologi AR, muncul Juara Pertandingan Mewarna MySTEM UMS"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Murid Prasekolah Cerdik Nahaba Kota Belud, Sabah, Agles Geyog, 5, dinobatkan sebagai juara pertandingan mewarna menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) anjuran Program Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 9-25 Ogos 2021.<\/p>\n<p>Pertandingan seumpama itu yang buat julung kalinya diadakan di Malaysia menyaksikan adik Agles berjaya menyaingi peserta lain melalui teknik dan penggunaan warna yang mencuri perhatian para juri sekali gus muncul sebagai penerima hadiah utama RM300.<\/p>\n<p>Naib juara pula disandang Damia Alisha Mohd Ezwan Shah, 5, dari Tabika Kemas Desa Warisan Muar, Johor dengan hadiah kemenangan RM250.<\/p>\n<p>Sementara itu, Chiew Yan Yik, 6 (Tadika Phor Tay Pulau Pinang) dan Giselle Tan Hui Lin, 6 (P.I.T.H Kindergarten Ipoh Perak) muncul sebagai pemenang tempat ketiga dan keempat. Mereka masing-masing meraih hadiah wang RM200 dan RM150.<\/p>\n<p>Dengan hadiah RM100, tempat kelima menjadi milik murid Tadika Merpati Kota Kinabalu, Sabah, Jack Yong Leong Yuan. <\/p>\n<p>Kesemua pemenang diumumkan Ketua Program Pendidikan Awal Kanak-kanak, FPP UMS, Dr. Connie Cassy Ompok dalam satu kenyataan di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya,  pertandingan mewarna secara dalam talian sempena hari kebangsaan itu mendapat penyertaan 180 murid prasekolah dari seluruh Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cDaripada jumlah ini, sebanyak 88 kanak-kanak berjaya menghasilkan karya yang memenuhi syarat, manakala selebihnya tidak. <\/p>\n<p>\u201cHal ini menunjukkan bahawa pendedahan teknologi AR ini sangat diperlukan bukan sahaja kepada kanak-kanak, tetapi juga kepada ibu bapa,\u201d katanya sambil memaklumkan para peserta turut diberi sijil penyertaan digital (e-Certificate).<\/p>\n<p>Bertemakan \u201cCintai Alam Kita: Dunia Cendawan\u201d, pertandingan itu diadakan dengan Kerjasama Pusat E-Pembelajaran UMS, MySTEM Ambassador UMS, Industri Cendawan Cerah Sdn. Bhd dan Sabah Institute of Arts (SIA).<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Connie merakamkan penghargaan kepada ibu bapa dan semua kanak-kanak yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan.<\/p>\n<p>\u201cSememangnya agak susah untuk membuat pemilihan pemenang kerana setiap kanak-kanak menghasilkan karya yang menarik.<\/p>\n<p>\u201cTerima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa yang telah memberikan perhatian, kasih sayang serta galakan kepada anak-anak bagi menjayakan pertandingan ini.<\/p>\n<p>\u201cTidak lupa juga, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jawatankuasa Juri Pemilihan pemenang. <\/p>\n<p>\u201cSelain saya sendiri, juri pemilih ialah Pengarah Pusat E-Pembelajaran UMS, Prof. Madya Ts. Dr. Edmund Ng; Setiausaha Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr. Nur Suhaidah Sukor; dan Alley Emison.<\/p>\n<p>\u201cHarapan saya agar penganjuran program seumpama ini akan berkesinambungan bagi membolehkan lebih ramai dapat mendalami teknologi AR, seterusnya mengaplikasikan ia dalam pendidikan awal kanak-kanak di seluruh Malaysia,\u201d ujar Connie. <\/p>\n<p>Beliau turut mengumumkan 20 penerima sagu hati yang akan menerima wang RM50 seperti berikut:<\/p>\n<p>1.\tAldrad Arthur (6 tahun, Tadika Lohan Skim 2 Ranau, Sabah).<br \/>\n2.\tChong Cayin (6 tahun, Prasekolah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kulai 1, Johor).<br \/>\n3.\tDynal Eadric Dynastie (6 tahun, Prasekolah SRK Don Bosco Bundu Tuhan, Sabah).<br \/>\n4.\tLooi Wai Ni (6 tahun, Qdees, Selangor).<br \/>\n5.\tEldora Corwayne Baker (6 Tahun, Tadika St. Theresa Tuaran, Sabah).<br \/>\n6.\tAngelababy Leong Enn Qi (6 tahun, Tadika Lagenda Merpati Kota Kinabalu, Sabah).<br \/>\n7.\tAhmad Kamil Fikri (6 tahun, Prasekolah SK. Merampong Keningau, Sabah).<br \/>\n8.\tMay Glorie Denis Gissong (6 tahun, Tadika St Peter Telipok Kota Kinabalu, Sabah).<br \/>\n9.\tEdriel Nathaniel Elihofni (5 tahun, Prasekolah Kebangsaan Kebayau Kota Belud, Sabah).<br \/>\n10.\tDarlene Ixandra Fazika (6 tahun, Tabika Kemas Sri Lanang 2, Johor Bahru).<br \/>\n11.\tRaneyla Binti Cryistol (5 tahun, Prasekolah SK. Tuarid Taud Keningau, Sabah).<br \/>\n12.\tTan Ying Yi (5 tahun, Tadika Merpati Kota Kinabalu, Sabah).<br \/>\n13.\tOliver Ostern Fredoline (6 tahun, Prasekolah SRK Don Bosco Bundu Tuhan, Sabah).<br \/>\n14.\tAmmar Arief B. Mohammad Airil Yusran (6 tahun, SK. Kampung Keningau, Sabah)<br \/>\n15.\tJoshua Joy Riging Jenny (5 tahun, Tadika Kasih Sejati Kota Belud, Sabah).<br \/>\n16.\tOlive Leandra Olidang Frankie (4 tahun, Tadika Pelita Taginambur Kota Belud, Sabah).<br \/>\n17.\tRabiatul Adawiyah (5 tahun, Tabika Kemas Kg. Serusup Tuaran, Sabah).<br \/>\n18.\tAcacio Rai Jesny Glorin (6 tahun, Prasekolah Budiman SK. Pekan Telupid, Sabah).<br \/>\n19.\tLeonnex Alexander Anak Lucas (5 tahun, Tadika S.C.A Keningau, Sabah).<br \/>\n20.\tAiman Syahmi Bin Khairil Azri (6 tahun, Tabika Kemas Kg. Narapan Sipitang, Sabah).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Murid Prasekolah Cerdik Nahaba Kota Belud, Sabah, Agles Geyog, 5, dinobatkan sebagai juara pertandingan mewarna menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) anjuran Program Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 9-25 Ogos 2021. Pertandingan seumpama itu yang buat julung kalinya diadakan di Malaysia menyaksikan adik Agles berjaya menyaingi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":6426,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-6425","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6425","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6425"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6425\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6427,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6425\/revisions\/6427"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6426"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6425"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6425"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6425"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}