{"id":6394,"date":"2021-08-31T11:58:00","date_gmt":"2021-08-31T03:58:00","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=6394"},"modified":"2021-08-31T13:54:24","modified_gmt":"2021-08-31T05:54:24","slug":"sudah-tiba-masa-malaysia-merdeka-daripada-covid-19-salleh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/08\/31\/sudah-tiba-masa-malaysia-merdeka-daripada-covid-19-salleh\/","title":{"rendered":"Sudah Tiba Masa Malaysia Merdeka daripada Covid-19 &#8211; Salleh"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata sudah tiba masanya Malaysia merdeka daripada ancaman Covid-19.<\/p>\n<p>Oleh itu, beliau berharap kabinet baharu Persekutuan yang mengangkat sumpah jawatan semalam dapat merealisasikan harapan jutaan rakyat negara ini dengan memfokuskan usaha kepada menyelesaikan masalah pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi.<\/p>\n<p>&#8220;Kita harus menerima hakikat&#8230;kita dalam keadaan teruk sekarang (akibat pandemik Covid-19 dan kesan kepada ekonomi).<\/p>\n<p>&#8220;Dan kabinet baharu ini seharusnya dianggap kabinet krisis. Jangan kita terlalu berfikir benda yang jauh. Kita fokuskan usaha kepada soal mengatasi Covid-19 dan pemulihan ekonomi,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata demikian ketika menjadi tetamu ruangan bual bicara secara maya di Bernama TV Sempena Majlis Mengangkat Sumpah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan semalam.<\/p>\n<p>Beliau juga menyeru semua pihak supaya tidak &#8216;terlalu banyak bermain politik&#8217;.<\/p>\n<p>&#8220;Kurangkan bermain politik atau terlalu banyak publisiti. Rakyat sudah bosan&#8230;tetapi hasil tidak ada. Umpama mendung tetapi tiada hujan.<\/p>\n<p>&#8216;Sebaliknya kita perlu melaksanakan apa yang diputuskan. Saya lihat pada masa dahulu, terlalu ramai jurucakap tetapi pelaksanaan SOP &#8216;double standard&#8217;&#8230;rakyat kena, orang besar ada yang tidak kena (ambil tindakan). Rakyat melihat sesuatu yang tidak betul,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Salleh berharap perkara seumpama itu tidak berulang demi kebaikan bersama.<\/p>\n<p>Beliau juga menzahirkan keyakinan kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu mencapai sasaran imuniti kelompok .<\/p>\n<p>&#8220;Ini lah yang kita mahu&#8230;agar kita balik hidup seperti dahulu,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Katanya selepas menyelesaikan masalah Covid-19 dan ekonomi, &#8220;kita serah balik kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang mereka suka&#8221;.<\/p>\n<p>Ini selaras dengan amalan demokrasi yang dipraktikkan di negara ini, katanya.<\/p>\n<p>&#8220;Rakyat akan menilai tindakan yang kita ambil&#8230;.Perdana Menteri yang lalu pernah berkata selepas kita menyelesaikan masalah Covid-19, kita akan adakan pilihan raya,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Salleh menyambut baik pelantikan dua menteri dan empat timbalan menteri dari Sabah dalam barisan kabinet baharu Persekutuan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata sudah tiba masanya Malaysia merdeka daripada ancaman Covid-19. Oleh itu, beliau berharap kabinet baharu Persekutuan yang mengangkat sumpah jawatan semalam dapat merealisasikan harapan jutaan rakyat negara ini dengan memfokuskan usaha kepada menyelesaikan masalah pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi. &#8220;Kita harus menerima [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":6395,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-6394","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6394","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6394"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6394\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6402,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6394\/revisions\/6402"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6395"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6394"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6394"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6394"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}