{"id":6283,"date":"2021-08-26T18:22:12","date_gmt":"2021-08-26T10:22:12","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=6283"},"modified":"2021-08-26T18:22:12","modified_gmt":"2021-08-26T10:22:12","slug":"kolaborasi-ums-industri-bantu-bakal-graduan-persiap-hadapi-alam-pekerjaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/08\/26\/kolaborasi-ums-industri-bantu-bakal-graduan-persiap-hadapi-alam-pekerjaan\/","title":{"rendered":"Kolaborasi UMS-Industri bantu bakal graduan persiap hadapi alam pekerjaan"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kelab Kejuruteraan Awam (CEC) Fakulti Kejuruteraan (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama pihak industri baru-baru ini menganjurkan ceramah bagi mempersiapkan bakal graduan Kejuruteraan Awam dalam menghadapi alam pekerjaan.<\/p>\n<p>Pensyarah FKJ UMS, Ts. Sr. Dr. Asmawan Mohd Sarman berkata, ceramah itu antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pilihan kerjaya dalam bidang kejuruteraan. <\/p>\n<p>\u201cPada masa sama ia juga bagi memberi memberi gambaran lebih jelas bahawa peluang pekerjaan bagi graduan kejuruteraan awam tidak terhad kepada sesuatu bidang tertentu sahaja.<\/p>\n<p>\u201cKita mahu pelajar memahami segala ilmu yang dipelajari juga boleh diaplikasi dalam bidang yang lain,\u201d katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Asmawan berkata, untuk itu dua alumni Program Kejuruteraan Awam UMS dijemput sebagai ahli panel bagi berkongsi kisah dan pengalaman sepanjang perjalanan dalam kerjaya masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cPenceramah ini ialah Ts. Allifah Jamal yang kini memegang jawatan sebagai Production Surveillance Engineer di Petronas Carigali Sarawak Operation Sdn. Bhd. <\/p>\n<p>\u201cSeorang lagi ahli panel ialah Fatin Suraya Suhaili yang kini berkhidmat sebagai Construction Executive di Petronas Carigali Sdn. Bhd. Sabah Assets,\u201d katanya yang juga moderator sepanjang ceramah berlangsung.  <\/p>\n<p>Dalam ceramah mereka, Allifah dan Fatin turut memaklumkan selok belok pekerjaan mereka yang biasanya didominasi oleh golongan lelaki.<\/p>\n<p>\u201cKami dahulu juga tidak pernah menjangkakan untuk memegang jawatan yang ada pada hari ini. <\/p>\n<p>\u201cOleh itu, saya mendorong agar semua pelajar untuk sentiasa terbuka hati mencuba sesuatu yang baharu sebaik sahaja menamatkan pengajian,\u201d jelas Fatin.<\/p>\n<p>Kedua-dua mereka turut memuji usaha FKJ atas inisiatif menganjurkan ceramah industri tersebut.<\/p>\n<p>\u201cPenganjuran ceramah seperti ini amat bertepatan bagi membantu bakal graduan bersiap sedia menghadapi alam pekerjaan kelak.<\/p>\n<p>\u201cIa sekali gus membuka mata mereka terhadap gambaran perjalanan karier yang bakal ditempuh,\u201d kata Allifah. <\/p>\n<p>Berlangsung secara dalam talian, ceramah itu disertai 57 pelajar tahun akhir program Kejuruteraan Awam, FKJ UMS.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kelab Kejuruteraan Awam (CEC) Fakulti Kejuruteraan (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama pihak industri baru-baru ini menganjurkan ceramah bagi mempersiapkan bakal graduan Kejuruteraan Awam dalam menghadapi alam pekerjaan. Pensyarah FKJ UMS, Ts. Sr. Dr. Asmawan Mohd Sarman berkata, ceramah itu antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pilihan kerjaya dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":6284,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-6283","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6283","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6283"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6283\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6285,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6283\/revisions\/6285"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6284"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6283"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6283"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6283"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}