{"id":6266,"date":"2021-08-25T18:16:44","date_gmt":"2021-08-25T10:16:44","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=6266"},"modified":"2021-08-25T18:16:44","modified_gmt":"2021-08-25T10:16:44","slug":"ums-perkasa-keusahawanan-pelajar-menerusi-1f1k","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/08\/25\/ums-perkasa-keusahawanan-pelajar-menerusi-1f1k\/","title":{"rendered":"UMS Perkasa Keusahawanan Pelajar Menerusi 1F1K"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pelaksanaan program 1 Fakulti 1 Keusahawanan (1F1K) merupakan salah satu inisiatif Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai sokongan dan pemerkasaan aktiviti keusahawanan dalam kalangan pelajar.<\/p>\n<p>Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata, pelaksanaan program 1F1K merupakan usaha universiti di bawah Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) untuk memberikan pendedahan dan peluang kepada pelajar terlibat dalam keusahawanan khususnya perniagaan.<\/p>\n<p>\u201cProgram ini juga akan menjadi platform kepada para pelajar untuk mengetengahkan idea perniagaan yang kreatif dan berpeluang untuk menjana pendapatan pelajar sepanjang tempoh pengajian di UMS. <\/p>\n<p>\u201cMelalui program ini juga pihak PKPKP akan melantik Wakil Keusahawanan untuk setiap fakulti yang berperanan dalam membantu pemantauan aktiviti keusahawanan di peringkat fakulti sebagaimana peranan Penasihat Kerjaya yang bertanggungjawab dalam memantau aktiviti berteraskan pemantapan kerjaya bakal graduan,\u201d katanya. <\/p>\n<p>Beliau berkata demikian dalam ketika merasmikan pelancaran program tersebut secara dalam talian melalui platform Google Meet dan Laman Facebook rasmi PKPKP. <\/p>\n<p>Taufiq menambah, bidang keusahawanan memainkan peranan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara dan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada bakal graduan.<\/p>\n<p>\u201cMentaliti graduan yang memilih untuk bergantung kepada kerja makan gaji sahaja hendaklah diubah, dan saya percaya istilah \u2018Pencipta Pekerjaan\u2019 atau job creator bukanlah baru dalam era digital.<\/p>\n<p>\u201cHikmah pandemik yang melanda dunia membuka mata kita mengenai betapa mustahak untuk memiliki asas kemahiran dan pengetahuan dalam bidang berkaitan digital.<\/p>\n<p>\u201cPerkara ini seiring dengan hasrat negara untuk melahirkan usahawan digital yang lebih ramai dalam kalangan generasi muda seperti yang digariskan dalam Dasar Keusahawanan Nasional 2030 ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Keusahawanan Unggul menjelang tahun 2030,\u201d kata Taufiq. <\/p>\n<p>Terdahulu, Pengarah PKPKP, Dr. Soon Singh A\/L Bikar Singh memberitahu, pelaksanaan program-program berteraskan keusahawanan sememangnya telah rancak dan dibudayakan dalam kalangan pelajar.<\/p>\n<p>\u201cIni sama ada melalui program dalam kuliah seperti program Asas Pembudayaan Keusahawanan mahupun luar kuliah seperti aktiviti Kelab Keusahawanan. <\/p>\n<p>\u201cWalau bagaimanapun, program 1F1K ini diformulasikan sesuai dengan trend generasi muda di mana konsep \u2018learn and earn\u2019, digitalisasi perniagaan dan mentor di fakulti diharapkan dapat memberi nafas baru kepada usaha murni ini,\u201d katanya. <\/p>\n<p>Soon Singh turut menyampaikan penghargaan kepada para wakil industri yang telah bersama pihak UMS dalam merealisasikan program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kementerian Pengajian Tinggi &#8211; Program Peningkatan Kerjaya (KPT-CAP) sejak tahun 2020.<\/p>\n<p>\u201cTanpa gerak kerja yang sinergi  bersama pemain industri agaklah sukar untuk pihak universiti mencapai hasrat untuk memberi pendedahan alam usahawan dan kerjaya sebaiknya kepada bakal graduan dan alumni UMS,\u201d ujar beliau. <\/p>\n<p>Pada majlis tersebut, turut diumumkan pelantikan penyelaras keusahawanan bagi tempoh dua tahun, pelancaran Buku Ikon Keusahawanan dan penyampaian dana KPT-CAP kepada enam organisasi yang terlibat dalam projek PENJANA KPT-CAP UMS. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pelaksanaan program 1 Fakulti 1 Keusahawanan (1F1K) merupakan salah satu inisiatif Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai sokongan dan pemerkasaan aktiviti keusahawanan dalam kalangan pelajar. Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata, pelaksanaan program 1F1K merupakan usaha universiti di bawah Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) untuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":6267,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-6266","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6266","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6266"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6266\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6268,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6266\/revisions\/6268"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6267"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6266"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6266"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6266"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}