{"id":6026,"date":"2021-08-15T17:35:14","date_gmt":"2021-08-15T09:35:14","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=6026"},"modified":"2021-08-15T17:35:14","modified_gmt":"2021-08-15T09:35:14","slug":"mid-komited-perkasakan-industri-dan-usahawan-kecil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/08\/15\/mid-komited-perkasakan-industri-dan-usahawan-kecil\/","title":{"rendered":"MID komited perkasakan Industri dan usahawan kecil"},"content":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) terus komited dalam memperkasakan industri usahawan kecil di negeri ini. <\/p>\n<p>Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke sebuah kilang pemprosesan minuman terkemuka di negeri ni, K2. <\/p>\n<p>K2 mempunyai dua kilang di negeri ini iaitu di sini (Sandakan) dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP). Manakala sebuah Kilang baharu di Keningau dijangka akan mulai beroperasi dalam tahun ini. <\/p>\n<p>Dalam pada itu,  K2 mempunyai lima pusat edaran di seluruh Sabah iaitu di Sandakan, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Tawau dan Kudat. <\/p>\n<p>Dr. Joachim memuji K2 kerana pada masa pandemik ini, ia terus menjaga kebajikan pekerja dan menunaikan tanggungjawab korporat sosial, menjadikan K2 sebagai contoh korporat yang bertanggungjawab. <\/p>\n<p>\u201cK2 bukan sahaja menghasilkan air minum yang berkualiti tinggi, tetapi juga menyumbangkan air minum kepada barisan hadapan, hospital dan kawasan yang terjejas akibat pandemik Covid-19,\u201d kata Dr, Joachim. <\/p>\n<p>\u201cBahagian logistik K2 bukan sahaja membawa air minum yang disumbangkan kepada barisan hadapan, malah pasukan pengangkutannya bekerjasama sepenuhnya untuk menyampaikan air minum dengan selamat kepada orang-orang yang memerlukannya.<\/p>\n<p>\u201cIni untuk memastikan setiap individu masyarakat dapat menikmati air minuman yang bersih dan selamat digunakan,\u201d katanya lagi. <\/p>\n<p>Dr. Joachim juga kagum pencapaian kilang ini yang telah mendapat pensijilan antarabangsa iaitu ISO 22000 dan Food Safety System Certification (FSSC). <\/p>\n<p>\u201cSyabas dan tahniah saya ucapkan kerana syarikat ni sudah tiga kali berjaya memenangi Anugerah dalam Sabah Industry Excellence Award pada Tahun 2011, 2015 dan 2017,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata K2 juga akan terus mengedar produk mereka kepada pelanggan kedai dan pasaraya di seluruh Sabah, Labuan dan Sarawak.<\/p>\n<p>Katanya, antara produk yang  dikeluarkan ialah air minuman K2 dan Sasa, minuman berperisa buah-buahan, 2More dan minuman Isotonik, Tritonic. <\/p>\n<p>Dr. Joachim mengucapkan tahniah kepada K2 kerana menjadi pengilang air pertama yang menggunakan bahan kitar semula plastik untuk dijadikan botol minuman yang dikitar semula. <\/p>\n<p>\u201cBotol plastik bukanlah punca pencemaran dinegara ini kalau di kitar semula. Namun, individu yang membuang plastik merata-rata tempat ini adalah golongan yang mecemarkan alam sekitar kita. Tahniah kepada K2 kerana mengambil inisiatif untuk kitar semula. <\/p>\n<p>Turut bersama Dr. Joachim semasa lawatan ke kilang tersebut ialah  Pengurus Besar dan Pengurus Eksekutif  K2, Liaw Hen Kong dan  Chin Lee Ling, serta Presiden Persekutuan Industri Sabah (FSI), Richard Lim. <\/p>\n<p>Dalam program yang berlainan dibawah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), Dr. Joachim juga melawat beberapa industri kecil di sini. <\/p>\n<p>Beliau berharap pengusaha kecil akan terus berusaha meningkatkan kualiti produk masing-masing dan akan berkembang serta menembusi pasaran tempatan dan juga di peringkat antarabangsa.<\/p>\n<p>\u201cSecara tidak langsung, lawatan ini memberikan motivasi dan galakan kepada para usahawan. <\/p>\n<p>\u201cSaya juga mengalakkan usahawan untuk membuat permohonan BAIKS yang disediakan oleh DIDR,\u201d kata Dr. Joachim. <\/p>\n<p>Dr. Joachim turut diiringi Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, YB Mohd Tamin Zainal, Setiausaha Tetap Kementerian, Thomas Logijin, Pengarah DIDR, Tseu Kei Yue dan Pegawai Protokol Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Suffian Ag. Basrih. <\/p>\n<p>Beliau juga turut dibawa meninjau premis perniagaan di Bangunan Sedco Light Industri yang menghimpunkan perusahaan kecil produk tempatan termasuk Arkab Enterprise, Sarina Enterprise dan Premier Food.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) terus komited dalam memperkasakan industri usahawan kecil di negeri ini. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke sebuah kilang pemprosesan minuman terkemuka di negeri ni, K2. K2 mempunyai dua kilang di negeri ini iaitu di sini (Sandakan) dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":6027,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-6026","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6026","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6026"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6026\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6028,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6026\/revisions\/6028"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6027"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6026"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6026"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6026"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}