{"id":5861,"date":"2021-08-09T13:51:35","date_gmt":"2021-08-09T05:51:35","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=5861"},"modified":"2021-08-09T13:58:16","modified_gmt":"2021-08-09T05:58:16","slug":"hentikan-amalan-tipu-sukatan-bungkusan-beras-david","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/08\/09\/hentikan-amalan-tipu-sukatan-bungkusan-beras-david\/","title":{"rendered":"Hentikan Amalan Tipu Sukatan Bungkusan Beras &#8211; David"},"content":{"rendered":"<p>&nbsp;<\/p>\n<p>KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Sabah meminta pihak pembekal beras agar tidak sesekali cuba menipu sukatan pada bungkusan barangan tersebut sebelum dijual di kedai-kedai.<\/p>\n<p>Presidennya, David Chan berkata tindakan tidak beretika itu bukan sahaja menggambarkan betapa rendahnya integriti peniaga yang tamak mengejar keuntungan semata-mata, malah amat mementingkan diri terutama pada saat getir seperti sekarang, ketika rakyat berdepan tekanan hidup semasa wabak Covid-19 melanda negara.<\/p>\n<p>Katanya, pihak persatuan pengguna ada menerima aduan daripada pengguna bahawa mereka membeli beras atau barangan keperluan lain kurang timbangan berbanding yang tertera di atas beg atau bungkusan jualan.<\/p>\n<p>&#8220;Sehubungan itu kita menggesa pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar segera bertindak dan membuat pemeriksaan ke atas premis-premis jualan serta gudang pembekal.<\/p>\n<p>&#8220;Kita tidak mahu ada pihak mengambil kesempatan mengaut keuntungan ketika rakyat berdepan tekanan hidup akibat wabak Covid-19,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Baru-baru ini media melaporkan sebuah kilang di Jitra, Kedah diserbu KPDNHEP kerana melakukan timbangan bagi kampit beras lima kilogram (kg) tidak mencukupi.<\/p>\n<p>Berikutan serbuan itu, penguat kuasa kemudian merampas sebanyak 100 kampit beras yang dianggarkan bernilai RM1,200.<\/p>\n<p>Laporan menyebut setiap kampit beras lima kilogtam yang ditimbang oleh pegawai penguat kuasa KPDNHEP mendapati berat kampit itu seberat 4.96 kg iaitu kurang 40 gram bagi setiap kampit.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, David berkata, orang ramai diminta berhati-hati dan memeriksa setiap barangan yang dibeli supaya tidak mudah menjadi mangsa penipuan.<\/p>\n<p>Beliau turut menasihatkan pengguna agar segera membuat laporan kepada pihak berkuasa atau Persatuan Pengguna Bijak jika mempunyai maklumat mengenai kejadian seperti itu.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&nbsp; KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Sabah meminta pihak pembekal beras agar tidak sesekali cuba menipu sukatan pada bungkusan barangan tersebut sebelum dijual di kedai-kedai. Presidennya, David Chan berkata tindakan tidak beretika itu bukan sahaja menggambarkan betapa rendahnya integriti peniaga yang tamak mengejar keuntungan semata-mata, malah amat mementingkan diri terutama pada saat getir seperti sekarang, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":5862,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-5861","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5861","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5861"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5861\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5864,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5861\/revisions\/5864"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5862"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5861"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5861"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5861"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}