{"id":5470,"date":"2021-07-27T13:26:18","date_gmt":"2021-07-27T05:26:18","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=5470"},"modified":"2021-07-27T13:26:18","modified_gmt":"2021-07-27T05:26:18","slug":"liu-ying-tidak-mahu-terlalu-fikir-komen-negatif-di-media-sosial","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/07\/27\/liu-ying-tidak-mahu-terlalu-fikir-komen-negatif-di-media-sosial\/","title":{"rendered":"Liu Ying tidak mahu terlalu fikir komen negatif di media sosial"},"content":{"rendered":"<p>Daripada Elmi Rizal Elias<\/p>\n<p>TOKYO: Sekali pun dilemparkan komen negatif di medial sosial susulan prestasi mengecewakan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, pemain beregu campuran negara\u00a0Goh Liu Ying tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu sehingga boleh menjejaskan prestasinya pada kejohanan akan datang.<br \/>\nPemain berusia 32 tahun itu berkata seperti mana peminat sukan tanah air,\u00a0beliau dan gandingannya Chan Peng Soon juga\u00a0terkesan\u00a0kerana gagal merealisasikan harapan memberikan impak cemerlang\u00a0pada temasya Olimpik kali ini walaupun sudah berusaha sebaik mungkin.<br \/>\n\u201cSaya faham, mereka (netizen) meletakkan harapan tinggi kepada kami, sebab itu mereka kritik prestasi kami (di Sukan\u00a0Olimpik Tokyo). Tetapi bagi saya yang paling penting sebagai atlet kita sudah melakukan apa yang terbaik.<br \/>\n\u201cKita bermain untuk menang, bagi diri sendiri dan negara. Sekiranya komen mereka (netizen) positif, kita akan terima tetapi jika komen mereka negatif sehingga menjejaskan prestasi kami di gelanggang, saya tidak mahu ambil kisah,\u201d katanya ketika ditemui di Musashino Forest Sport Plaza.<br \/>\nPada temasya Sukan Olimpik Tokyo, pasangan\u00a0Peng Soon-Liu Ying yang meraih pingat perak pada edisi Rio 2016, gagal meraih sebarang kemenangan dalam tiga aksi peringkat kumpulan sehingga menyebabkan netizen melontarkan komen negatif terhadap gandingan itu\u00a0di media sosial.<br \/>\nPada aksi pembukaan, beregu campuran utama negara itu tumpas kepada\u00a0pasangan Hong Kong Tang Chun Man-Tse Ying Suet 18-21, 21-10, 16-21,\u00a0sebelum tewas kepada gandingan Jerman Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich pada aksi 12-21, 15-21.<br \/>\nDalam aksi terakhir peringkat kumpulan semalam,\u00a0Peng Soon-Liu Ying yang berada di ranking ketujuh dunia,\u00a0tumpas di tangan\u00a0pasangan nombor tiga dunia dari China, Wang Yilyu-Huang Dong Ping 13-21, 19-21.<br \/>\nMengulas lanjut,\u00a0\u00a0Liu Ying berkata beliau mengambil pendekatan untuk hanya mendengar komen atau teguran daripada jurulatih yang dapat memperbaiki prestasi beliau dan\u00a0Peng Soon di gelanggang.<br \/>\n\u201cSaya rasa tidak perlu ambil kisah komen daripada mereka (netizen), saya hanya akan dengar\u00a0komen daripada jurulatih,\u00a0sebab dia (jurulatih) orang yang penting dalam corak permainan saya.<br \/>\n\u201cSaya\u00a0tahu rakyat meletakkan harapan tinggi kepada kami, tetapi kalau komen yang diberikan itu tidak boleh memperbaiki prestasi, kami tidak pedulikan,\u201d katanya yang menghargai\u00a0sokongan berterusan daripada pelbagai pihak terutama\u00a0keluarga dalam mengharungi situasi mencabar ini.<br \/>\nLiu Ying yang mengalami kecederaan pada kakinya pada temasya kali ini,\u00a0berkata tumpuan beliau kini adalah untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia dan\u00a0Kejohanan Akhir\u00a0Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia\u00a0(BWF) pada akhir tahun ini.<br \/>\nBukan mahu memberi alasan,\u00a0Liu Ying berkata seperti mana atlet lain, mereka juga tidak terlepas daripada pelbagai\u00a0cabaran dan rintangan susulan penularan pandemik COVID-19 yang sedikit sebanyak menjejaskan prestasi mereka pada Sukan Olimpik Tokyo.<br \/>\n\u201cMereka (netizen) mungkin ambil masa lima saat di\u00a0keyboard,\u00a0tetapi kami telah buat persediaan selama dua, tiga tahun untuk menghadapi Sukan Olimpik ini. Tetapi kami tidak mampu menjelaskan apa yang telah kami lakukan..bukan senang untuk layak ke Olimpik.<br \/>\n\u201cNamun bagi saya, selagi saya buat yang terbaik dan tidak buat salah kepada sesiapa, itu sudah cukup. Kita telah berusaha demi negara, malah sudah 12 tahun dan tiga kali Olimpik kami sudah beraksi untuk negara, itu cukup bermakna,\u201d katanya.<br \/>\nSementara itu, Peng Soon menghargai sokongan berterusan yang diberikan pelbagai pihak termasuk peminat sukan tanah air\u00a0walaupun mereka gagal memberikan keputusan positif di Tokyo.<br \/>\n\u201cKita\u00a0tidak boleh halang sesiapa pun untuk memberikan komen. Kita sekarang seperti artis tidak boleh lari daripada menerima komen<br \/>\n\u201cTetapi banyak juga peminat menyokong kami, dalam 10 orang hanya satu atau dua yang beri komen tidak baik tetapi lapan lagi masih sokong kita,\u201d katanya sambil mengakui mereka tidak berada di prestasi terbaik di Tokyo.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Daripada Elmi Rizal Elias TOKYO: Sekali pun dilemparkan komen negatif di medial sosial susulan prestasi mengecewakan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, pemain beregu campuran negara\u00a0Goh Liu Ying tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu sehingga boleh menjejaskan prestasinya pada kejohanan akan datang. Pemain berusia 32 tahun itu berkata seperti mana peminat sukan tanah air,\u00a0beliau dan gandingannya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":5471,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[34],"tags":[],"class_list":{"0":"post-5470","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-sukan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5470","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5470"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5470\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5472,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5470\/revisions\/5472"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5471"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5470"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5470"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5470"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}