{"id":4864,"date":"2021-07-08T08:31:27","date_gmt":"2021-07-08T00:31:27","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=4864"},"modified":"2021-07-08T08:31:27","modified_gmt":"2021-07-08T00:31:27","slug":"umno-tarik-balik-sokongan-kepada-pm-serta-merta-presiden-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/07\/08\/umno-tarik-balik-sokongan-kepada-pm-serta-merta-presiden-umno\/","title":{"rendered":"UMNO tarik balik sokongan kepada PM serta merta &#8211; Presiden UMNO"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: UMNO awal pagi ini memutuskan untuk menarik balik dan menamatkan sokongan serta-merta terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.<\/p>\n<p>Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini yang berlangsung secara maya selama lebih empat jam, bermula 8.30 malam tadi.<br \/>\nKatanya keputusan berkenaan\u00a0dicapai susulan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memenuhi tujuh pra syarat yang ditetapkan UMNO sewaktu Muhyiddin menjadi Perdana Menteri pada 1 Mac 2020.<br \/>\n\u201cMemenuhi mandat sebulat suara para perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan berpandukan kepada tujuh\u00a0kegagalan kerajaan memenuhi aspirasi rakyat yang digariskan, maka tempoh memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Perdana Menteri ditarik balik dan ditamatkan.<br \/>\n\u201cJusteru, UMNO mendesak agar Tan Sri Muhyiddin dapat berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad,\u201d katanya dalam sidang media yang diadakan secara maya dari Pusat Dagangan Kuala Lumpur.<br \/>\nAhmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata sepanjang tempoh berkenaan, perdana menteri baharu\u00a0itu\u00a0hanya akan memfokuskan kepada usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik COVID-19\u00a0dengan pendekatan inklusif, selain\u00a0memastikan proses vaksinasi dan imunisasi dapat disegerakan.<\/p>\n<p>\u201cSetelah berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok, perdana menteri baharu mestilah segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk diadakan Pilihan Raya\u00a0Umum ke-15.<br \/>\n\u201cIni penting bagi membolehkan sebuah kerajaan yang benar-benar stabil dan memperoleh mandat majoriti rakyat diwujudkan sebagaimana titah Yang di-Pertuan Agong,\u201d katanya.<br \/>\nKatanya Mesyuarat MKT turut mengulangi pendirian sepertimana\u00a0diputuskan\u00a0pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 untuk tidak menyokong sebarang usaha mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, atau pun kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-Pakatan Harapan.<br \/>\nMenurutnya mesyuarat juga turut mengabsahkan keputusan penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan selaras dengan Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: UMNO awal pagi ini memutuskan untuk menarik balik dan menamatkan sokongan serta-merta terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin. Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini yang berlangsung secara maya selama lebih empat jam, bermula 8.30 malam tadi. Katanya keputusan berkenaan\u00a0dicapai susulan kegagalan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":4862,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-4864","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4864","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4864"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4864\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4865,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4864\/revisions\/4865"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4862"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4864"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4864"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4864"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}