{"id":4827,"date":"2021-07-06T21:29:29","date_gmt":"2021-07-06T13:29:29","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=4827"},"modified":"2021-07-06T21:29:29","modified_gmt":"2021-07-06T13:29:29","slug":"zii-jia-ganti-khairul-anuar-sebagai-pembawa-jalur-gemilang-di-olimpik-tokyo-mom","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/07\/06\/zii-jia-ganti-khairul-anuar-sebagai-pembawa-jalur-gemilang-di-olimpik-tokyo-mom\/","title":{"rendered":"Zii Jia ganti Khairul Anuar sebagai pembawa Jalur Gemilang di Olimpik Tokyo &#8211; MOM"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan lelaki nombor satu negara\u00a0Lee Zii Jia akan menggantikan jaguh memanah Khairul Anuar Mohamad sebagai\u00a0pembawa bendera pada upacara pembukaan\u00a0Sukan Olimpik Tokyo, 23 Julai ini.<\/p>\n<p>Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM)\u00a0Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang mengesahkan penggantian itu berkata Khairul Anuar telah meminta untuk diberi pelepasan daripada menjadi pembawa bendera dalam\u00a0upacara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo kerana akan menyertai saingan pada 24 Julai.<\/p>\n<p>Mohamad Norza berkata Khairul Anuar dijangka beraksi pada pusingan kelayakan acara recurve berpasukan campuran bersama Syaqiera Mashayikh di Yumenoshima Park Archery Field.<\/p>\n<p>Penarikan diri Khairul Anuar itu menyaksikan Zii Jia kini akan bergandingan bersama seorang lagi pemain badminton beregu campuran Goh Liu Ying bagi membawa bendera Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cKeputusan mesyuarat MOM pagi tadi telah memutuskan untuk memilih kombinasi muka lama dan muka baharu.<\/p>\n<p>\u201cOleh sebab itu, Zii Jia dipilih kerana beliau merupakan antara atlet yang pertama kali ke Olimpik selain merupakan generasi masa depan Sukan Olimpik dan prospek pingat negara kali ini\u00a0manakala Liu Ying pula pernah beraksi pada temasya sukan berkenaan,\u201d katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.<\/p>\n<p>Mohamad Norza pada 3 Mei lepas mengumumkan MOM\u00a0memberikan penghormatan kepada\u00a0Liu Ying dan Khairul Anuar bagi menggalas tugas sebagai pembawa bendera.<br \/>\nLiu Ying, 32, dan pasangannya Chan Peng Soon, 33, yang berkedudukan ketujuh terbaik dunia merupakan\u00a0pemenang pingat perak ketika Sukan Olimpik di Rio pada 2016 selepas tewas 14-21, 12-21 kepada pasangan Indonesia Tontowi Ahmad\u00a0dan\u00a0Liliyana pada aksi final.<\/p>\n<p>Zii Jia, 23, pula dijangka bakal memberi cabaran\u00a0pingat di Tokyo berikutan kejayaan merangkul gelaran All England setelah mengalahkan pemain nombor dua dunia, Viktor Axelsen dari Denmark 30-29, 20-22, 21-9 di final di Birmingham pada Mac lepas.<\/p>\n<p>Kontinjen negara di Sukan Olimpik Tokyo bakal mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya Malaysia akan menampilkan dua pembawa bendera pada upacara pembukaan.<\/p>\n<p>Sementara itu, MOM dalam satu kenyataan memaklumkan mesyuarat turut menekankan persiapan atlet dan pegawai ke Sukan Olimpik Tokyo selain\u00a0kepentingan mengamalkan langkah mengelakkan penularan COVID-19 dalam kalangan kontinjen Malaysia iaitu sebelum, semasa dalam penerbangan dan setibanya di Tokyo.<\/p>\n<p>Seramai 30 orang atlet akan mewakili negara dan bertanding dalam 10 acara di Sukan Olimpik Tokyo, pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Zii Jia yang terkejut dengan berita\u00a0pemilihannya berkata penghargaan diberikan kepadanya oleh MOM\u00a0mampu melonjakkan semangat untuk mencapai keputusan terbaik dalam temasya sukan terbesar dunia itu\u00a0nanti.<\/p>\n<p>\u201cTerima kasih kepada MOM termasuk Presiden Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Majlis Sukan Negara serta Persatuan Badminton Malaysia (BAM) atas sokongan diberikan untuk memilih saya sebagai pembawa bendera di Tokyo,\u201d katanya dalam satu video dikongsi kepada media hari ini. &#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan lelaki nombor satu negara\u00a0Lee Zii Jia akan menggantikan jaguh memanah Khairul Anuar Mohamad sebagai\u00a0pembawa bendera pada upacara pembukaan\u00a0Sukan Olimpik Tokyo, 23 Julai ini. Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM)\u00a0Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang mengesahkan penggantian itu berkata Khairul Anuar telah meminta untuk diberi pelepasan daripada menjadi pembawa bendera dalam\u00a0upacara pembukaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":4828,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[34],"tags":[],"class_list":{"0":"post-4827","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-sukan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4827","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4827"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4827\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4829,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4827\/revisions\/4829"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4828"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4827"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4827"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4827"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}