{"id":4526,"date":"2021-06-30T23:39:01","date_gmt":"2021-06-30T15:39:01","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=4526"},"modified":"2021-06-30T23:39:01","modified_gmt":"2021-06-30T15:39:01","slug":"rakyat-perlu-bersatu-untuk-pulihkan-ekonomi-sabah-david","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/06\/30\/rakyat-perlu-bersatu-untuk-pulihkan-ekonomi-sabah-david\/","title":{"rendered":"Rakyat Perlu Bersatu untuk pulihkan ekonomi Sabah &#8211; David"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Pengguna Bijak pantai Barat Sabah David Chan meminta semua pengguna dan peniaga di seluruh negeri Sabah supaya terus menyokong usaha Kerajaan Negeri Sabah dalam memulihkan ekonomi negeri ini setelah merudum susulan penularan pandemik COVID19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).<\/p>\n<p>Katanya, usaha Kerajaan Negeri membuka semula sektor-sektor dan industri misalnya jualan makanan termasuk membolehkan dine-in, bertujuan memastikan perniagaan rakyat Sabah terus kekal dan mampu bertahan.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor buat keputusan begitu pastinya setelah meneliti semua aspek dan perbincangan bersama Jemaah Menteri Kabinet, bukan suka-suka membuat keputusan, dan semua ini dilakukan demi untuk kepentingan kita semua, rakyat Sabah.<\/p>\n<p>\u201cRakyat biasa macam kita semua perlu bekerja untuk menyara keluarga dan jika kita sudah mula mencatatkan corak penurunan kes, bahkan ada kawasan yang sudah tiada kes COVID19, jadi tidak salah kita beri ruang sedikit rakyat kembali bekerja mencari rezeki,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini.<\/p>\n<p>Menurut David, isu sebenar yang perlu difokuskan adalah tentang vaksinasi untuk semua penduduk di seluruh negara dan kejayaan memerangi COVID19 akan berjaya hanya jika semua rakyat berjaya diberikan suntikan vaksin secepatnya.<\/p>\n<p>\u201cJika Kerajaan Persekutuan bertindak lebih cepat, lebih pantas, melipat gandakan usaha berkaitan vaksinasi di seluruh pelusuk negara, pasti usaha menentang pandemik ini akan direalisasikan secepat mungkin.<\/p>\n<p>\u201cSekadar PKP, PKP dan berterusan dengan PKP, masalah ini tidak mungkin akan selesai, usaha vaksinasi itu yang perlu lebih dijalankan dengan agresif,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, David turut memberitahu bahawa Kerajaan Persekutuan perlu mempertimbang keputusan Kerajaan Negeri melaksanakan pelonggaran SOP kerana segala aspek perlu dinilai dengan terperinci dan tidak bersifat terlalu menghukum dan memperlihatkan seolah-seolah Kerajaan Negeri Sabah tidak menjaga SOP dan tidak mementingkan nyawa rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan Persekutuan perlu ada timbang rasa dan fleksibel, kerana masa kini adalah masa untuk kita bersatu dan berganding bahu bersama, tidak kira kerajaan atau rakyat, dan bukannya hanya mengeluarkan arahan dan tidak melihat sudut pandang dari kaca mata pihak lain.<\/p>\n<p>\u201cApa pun, semoga usaha kita semua melawan COVID19 akan mencapai kejayaan tidak lama lagi,mudah-mudahan,\u201d ujar beliau lagi.<\/p>\n<p>CAPTION:<br \/>\nDavid.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Pengguna Bijak pantai Barat Sabah David Chan meminta semua pengguna dan peniaga di seluruh negeri Sabah supaya terus menyokong usaha Kerajaan Negeri Sabah dalam memulihkan ekonomi negeri ini setelah merudum susulan penularan pandemik COVID19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Katanya, usaha Kerajaan Negeri membuka semula sektor-sektor dan industri misalnya jualan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":4527,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-4526","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4526","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4526"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4526\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4528,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4526\/revisions\/4528"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4527"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4526"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4526"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4526"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}