{"id":4248,"date":"2021-06-17T01:36:01","date_gmt":"2021-06-16T17:36:01","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=4248"},"modified":"2021-06-17T01:36:01","modified_gmt":"2021-06-16T17:36:01","slug":"yang-di-pertuan-agong-zahir-pandangan-parlimen-bersidang-secepatnya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/06\/17\/yang-di-pertuan-agong-zahir-pandangan-parlimen-bersidang-secepatnya\/","title":{"rendered":"Yang di-Pertuan Agong zahir pandangan parlimen bersidang secepatnya"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin AlMustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa persidangan parlimen perlu diadakan secepat mungkin dan kerajaan perlu bertindak tegas mempercepat proses vaksinasi agar matlamat imuniti kelompok 80 peratus dicapai seawal mungkin.<\/p>\n<p>Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka\u00a0menzahirkan pandangan itu setelah memperhalusi semua pandangan pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat pakar dari agensi-agensi kerajaan.<br \/>\n\u201cSeri Paduka menzahirkan pandangan agar sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat,\u201d menurutnya dalam kenyataan hari ini.<br \/>\nPandangan itu dizahirkan Al-Sultan Abdullah selepas berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara\u00a0hari ini.<br \/>\nKatanya\u00a0Seri Paduka amat menyedari kepentingan peranan Parlimen sebagai satu platform untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak COVID-19.<br \/>\n\u201c Seri Paduka\u00a0menzahirkan pandangan Ahli-Ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ahmad Fadil berkata Seri Paduka turut menzahirkan harapan agar angka jangkitan wabak COVID-19 dapat dilandaikan dengan segera dan berpandangan vaksinasi merupakan satu-satunya \u2018jalan keluar\u2019\u00a0bagi mengawal penularan wabak itu di negara ini.<br \/>\n\u201cSeri Paduka menzahirkan pandangan bahawa kerajaan perlu bertindak tegas memudahkan birokrasi dan mempercepat\u00a0proses vaksinasi kepada rakyat agar matlamat imuniti kelompok 80 peratus dapat dicapai seawal mungkin,\u201d katanya.<br \/>\nBeliau juga berkata Seri Paduka turut menzahirkan pandangan bahawa perlu ada\u00a0pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.<br \/>\nKatanya\u00a0Al-Sultan Abdullah turut\u00a0menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan berterusan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang juga mencerminkan keprihatinan tinggi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu terhadap kemaslahatan negara dan kelangsungan hidup rakyat.<br \/>\nAhmad Fadil berkata Seri Paduka\u00a0turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan seluruh rakyat yang bertungkus-lumus mengorbankan masa serta penat lelah dalam usaha\u00a0memerangi penularan wabak itu\u00a0di negara ini.<br \/>\nKatanya\u00a0Seri Paduka turut mengajak rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar rakyat Malaysia dan negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi daripada sebarang musibah dan wabak COVID19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera.<br \/>\n&#8212;\u00a0BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin AlMustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa persidangan parlimen perlu diadakan secepat mungkin dan kerajaan perlu bertindak tegas mempercepat proses vaksinasi agar matlamat imuniti kelompok 80 peratus dicapai seawal mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka\u00a0menzahirkan pandangan itu setelah memperhalusi semua pandangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-4248","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4248","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4248"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4248\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4250,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4248\/revisions\/4250"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4248"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4248"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4248"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}