{"id":4221,"date":"2021-06-15T08:31:39","date_gmt":"2021-06-15T00:31:39","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=4221"},"modified":"2021-06-15T08:31:39","modified_gmt":"2021-06-15T00:31:39","slug":"upko-cadang-tempoh-darurat-ditamatkan-parlimen-dibuka-segera","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/06\/15\/upko-cadang-tempoh-darurat-ditamatkan-parlimen-dibuka-segera\/","title":{"rendered":"Upko Cadang Tempoh Darurat Ditamatkan, Parlimen dibuka segera"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mencadangkan agar tempoh darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini tidak disambung dan meminta supaya Parlimen dibuka segera bagi membolehkan sistem demokrasi negara dipertahankan.<\/p>\n<p>Cadangan itu disuarakan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah secara atas talian hari ini.<\/p>\n<p>&#8220;Proklamasi Darurat tidak memberikan nilai tambah kepada usaha membendung pandemik Covid-19, malah terbukti gagal sepenuhnya apabila kes melonjak naik sehingga 9,020 berbanding 2,232 kes pada 12 Januari, tarikh bermulanya Darurat,&#8221; katanya pada sidang media secara atas talian selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n<p>Menggulas lanjut, beliau berkata Upko turut memaklumkan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang mencukupi.<\/p>\n<p>Ini memastikan kesemua Ahli Parlimen daripada Penyokong Kerajaan serta Pembangkang, diberikan tanggungjawab dalam pembuatan keputusan agar politik negara menjadi profesional dan stabil, katanya.<\/p>\n<p>Madius berkata kerajaan seharusnya memeterai Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan dengan parti-parti Pembangkang dan memberi jaminan bahawa pembuatan dasar secara menyeluruh akan dilaksanakan menerusi Parlimen.<\/p>\n<p>Beliau berkata Upko juga menolak cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).<\/p>\n<p>Madius berkata parti itu turut menyarankan agar inisiatif vaksinasi disegerakan dan dilakukan secara inklusif.<\/p>\n<p>&#8220;Kebajikan rakyat perlu menjadi keutamaan. Moratorium pinjaman kepada yang golongan yang memerlukan perlu disegerakan dan diperkemas.<\/p>\n<p>&#8220;Moratorium seharusnya dilaksana secara menyeluruh dan bukannya secara bersasar atau bersyarat bagi pinjaman bank untuk syarikat dan individu perlu dilaksanakan semula,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Madius berkata pemberian peranti komputer riba perlu dipercepatkan dan capaian jalur lebar diperluaskan terutama di kawasan pedalaman.<\/p>\n<p>Katanya kesemua cadangan itu diusulkan demi kepentingan rakyat jelata, berpandukan kepada prinsip-prinisp Rukun Negara dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mencadangkan agar tempoh darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini tidak disambung dan meminta supaya Parlimen dibuka segera bagi membolehkan sistem demokrasi negara dipertahankan. Cadangan itu disuarakan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah secara atas talian hari ini. &#8220;Proklamasi Darurat tidak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":4222,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-4221","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4221","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4221"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4221\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4223,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4221\/revisions\/4223"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4222"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4221"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4221"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4221"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}