{"id":4164,"date":"2021-06-11T11:01:27","date_gmt":"2021-06-11T03:01:27","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=4164"},"modified":"2021-06-11T11:01:27","modified_gmt":"2021-06-11T03:01:27","slug":"cabaran-berganda-esscom-tangani-covid-19-dan-keselamatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/06\/11\/cabaran-berganda-esscom-tangani-covid-19-dan-keselamatan\/","title":{"rendered":"Cabaran berganda ESSCom tangani COVID-19 dan keselamatan"},"content":{"rendered":"<p>Oleh Khatijah Jistoh<\/p>\n<p>LAHAD DATU: Sejak tahun lepas, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom),\u00a0berdepan \u2018cabaran berganda\u00a0yang luar daripada kebiasaannya\u2019 dalam usaha memastikan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) terus terjamin dan terlindung daripada pelbagai ancaman tidak diingini.<br \/>\nIni kerana, cabaran yang dihadapi ketika ini tidak lagi sekadar\u00a0mengawal, memantau ataupun menghalang mana-mana kehadiran\u00a0pendatang tanpa izin mahupun apa sahaja aktiviti haram seperti penyeludupan daripada memasuki perairan negara sepertimana kelaziman pada tahun-tahun sebelumnya.<br \/>\nAkan tetapi, mereka kini\u00a0perlu\u00a0menggembleng\u00a0lebih banyak tenaga mahupun bersekang mata siang dan malam dalam usaha\u00a0mengekang penyebaran wabak COVID-19\u00a0 terutama daripada warga asing sejak penularan virus maut itu\u00a0tahun lepas.<br \/>\nHakikatnya, ia bukanlah satu tugas yang mudah. Sebagai penguat kuasa keselamatan utama di\u00a0ESSZone,\u00a0ESSCom\u00a0bertanggungjawab menjaga\u00a0pesisir pantai sepanjang 1,457 kilometer dan kawasan perairan\u00a0 seluas 58,420 kilometer persegi serta kawasan daratan seluas 32,158 kilometer persegi.<br \/>\nDengan keluasan sebesar itu apatah lagi kedudukannya\u00a0yang bersempadan\u00a0dengan maritim\u00a0Filipina dan Indonesia serta\u00a0beberapa kawasan di Kalimantan Utara, Indonesia seperti Kampung Kandoangan serta Wilayah Simanggaris yang bersempadan daratan daerah Kalabakan\u00a0adalah dalam ESSZone, pastinya ia merupakan tugas sukar.<\/p>\n<p>Tambahan pula, faktor sempadan telah dikenal pasti antara punca yang\u00a0mendorong berlakunya peningkatan kemasukan pendatang negara jiran ke Sabah\u00a0sekali gus menimbulkan kebimbangan sekiranya kegiatan\u00a0haram ini\u00a0terus berlaku\u00a0akan\u00a0menyebabkan ia menjadi satu\u00a0daripada punca penularan pandemik COVID-19 di negeri ini.<br \/>\nJALAN TIKUS<\/p>\n<p>Dalam polemik ini, tidak\u00a0dinafikan bahawa pendatang haram dari negara jiran merupakan risiko terbesar dalam memerangi pandemik COVID-19\u00a0di\u00a0ESSZone. Malah, situasi ini telah\u00a0menimbulkan kebimbangan kerana beberapa kluster kalangan mereka telah tercetus sebelum ini\u00a0semasa ditahan di Pusat Tahanan Sementara di negeri ini.<br \/>\nKerana itulah, usaha pemantauan berganda dilakukan anggota keselamatan bagi mengekang kemasukan pendatang haram ini apatah lagi mereka semakin \u2018licik\u2019 mencari peluang untuk menerobos masuk ke negeri ini dengan menggunakan pelbagai\u00a0taktik serta\u00a0jalan tikus.<br \/>\nBentuk muka bumi kawasan sini yang diliputi hutan tebal serta memiliki banyak jalan tikus, menjadi \u2018lubang\u2019 yang sering digunakan mereka (pendatang haram) bagi mengelakkan daripada ditahan pasukan keselamatan, menurut\u00a0 Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman.<br \/>\n&#8220;Laluan tikus ini sering digunakan untuk memasuki Sabah. Apabila kami menjaga empat atau lima laluan tikus, mereka akan menggunakan pula laluan tikus\u00a0lain, tidak kira siang dan malam.<br \/>\n&#8220;(Antara sebabnya) Jarak sempadan maritim yang dekat membolehkan pendatang ini menyeludup masuk dalam tempoh 20 hingga 40 minit sahaja,&#8221; katanya kepada Bernama.<br \/>\nUntuk tahun ini sahaja, dalam tempoh lima bulan,\u00a0seramai 3,358 pendatang haram dari\u00a0Filipina dan Indonesia yang telah menjalani hukuman di Sabah,\u00a0dihantar pulang ke negara asal mereka melalui pelabuhan di Sandakan dan Tawau.<br \/>\nJusteru, bagi mengekang penularan COVID-19 di ESSZone khususnya dalam kalangan pasukan keselamatan, setiap bot pendatang asing tanpa izin\u00a0yang dikesan memasuki perairan negara akan diusir kembali ke sempadan.<br \/>\nTindakan ini adalah selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan\u00a0wujudnya pelbagai kluster daripada pendatang haram yang ditahan di perairan\u00a0ESSZone sehingga telah menimbulkan kebimbangan kerana turut\u00a0menjangkiti beberapa anggota pasukan keselamatan negara.<br \/>\n&#8220;Awal tahun ini sehingga 23 Mei lalu, 104 buah bot membabitkan 347 pendatang haram dikesan memasuki perairan negara\u00a0telah diusir ke sempadan.<br \/>\n\u201cNamun, pasukan keselamatan akan menangkap pendatang haram ini sekiranya mereka dikesan berada di kawasan daratan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>OCP,\u00a0 KERJASAMA RISIKAN<\/p>\n<p>Selain itu,\u00a0pelbagai operasi\u00a0telah dilaksanakan di ESSZone dalam menangani jenayah rentas sempadan dan penularan COVID-19 dan ini termasuklah Op Cegah Pati (OCP) di laut dan daratan yang meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Beluran, Kinabatangan\u00a0dan juga Sandakan.<br \/>\nSejak awal tahun sehingga 23 Mei lepas, sebanyak 22,726 pemeriksaan bot OCP Laut telah dilakukan\u00a0dengan rampasan\u00a047 bot serta penahanan\u00a0141 individu.<br \/>\nBagi OCP Daratan pula, seramai\u00a069 individu\u00a0telah ditahan selain turut merampas 11 kenderaan\u00a0hasil daripada pemeriksaan ke atas 141,145 buah kenderaan serta 97,553 individu di kawasan\u00a0ESSZone.<br \/>\n&#8220;ESSCom melaksanakan OCP Laut sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)\u00a0 dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 bagi menghalang kemasukan pendatang haram serta penyeludupan. Pelaksanaan OCP Daratan pula\u00a0sebagai lapisan kedua keselamatan yang telah berhasil melalui banyak tangkapan dan rampasan,&#8221; jelasnya.<br \/>\nDalam melaksanakan kewajipan mengawal perairan negara,\u00a0ESSCom\u00a0turut mendapat kerjasama serta\u00a0menyelaras tanggungjawab tersebut bersama\u00a0Polis\u00a0Diraja Malaysia\u00a0(PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).<br \/>\nSelain pada masa sama\u00a0turut menjalinkan kerjasama perisikan dengan Pihak Berkuasa Filipina dalam memerangi jenayah rentas sempadan terutamanya yang melibatkan penculikan\u00a0untuk\u00a0wang tebusan (KFR) dan kumpulan pengganas Abu Sayyaf.<br \/>\nHasil kerjasama ini telah banyak membantu\u00a0dalam operasi khas yang dijalankan selama ini dan ia termasuklah\u00a0empat daripada 21 pengganas yang dikehendaki ESSCom bagi tahun 2021 telah berjaya ditembak mati di Selatan Filipina.<br \/>\nMereka ini terlibat\u00a0dalam jenayah berkaitan penculikan dan aktiviti jenayah rentas sempadan di ESSZone, kata Ahmad Fuad.<\/p>\n<p>SEL ABU SAYYAF<\/p>\n<p>Sementara itu, ESSCom dan pasukan polis dalam satu operasi khas di Taman Sri Arjuna, Beaufort bulan lepas telah berjaya melumpuhkan sel Abu Sayyaf\u00a0yang diwujudkan warga Filipina.<br \/>\nSeramai lapan lelaki ahli kumpulan Abu Sayyaf yang berbaiah dengan militan Daesh telah\u00a0ditangkap dalam operasi tersebut manakala\u00a0lima lelaki ahli kumpulan itu ditembak mati.<br \/>\nBagi kes penculikan untuk wang tebusan pula,\u00a0ESSCom telah\u00a0berjaya mematahkan dua cubaan KFR sehingga Mei tahun ini (2021) serta\u00a0 mematahkan\u00a0lima cubaan KFR sepanjang\u00a0tahun 2020.<br \/>\nJelas Ahmad Fuad, penculikan\u00a0untuk\u00a0wang tebusan dari Selatan Filipina ini juga mempunyai kaitan\u00a0dengan kumpulan Abu Sayyaf yang sering menyasarkan komuniti\u00a0di perairan ESSZone sebagai mangsa mereka.<br \/>\nJusteru, bagi mengekang cubaan pencerobohan di perairan dan daratan ESSZone, sistem keselamatan yang\u00a0 berteknologi tinggi amat diperlukan bagi meningkatkan keupayaan kawalan keselamatan dan antara peralatan yang diperlukan adalah\u00a0sistem radar terkini dan ini termasuklah binokular serta kamera jarak jauh yang berkeupayaan mengesan, menjejak serta\u00a0mengenal sasaran setiap cubaan menceroboh, kata Ahmad Fuad.<br \/>\nBeliau yang memulakan tugas sebagai Komander ESSCom pada 4 September tahun lepas,\u00a0menjelaskan pemasangan\u00a0radar seumpama itu di setiap lokasi strategik, membolehkan pengawasan lebih efisien\u00a0dan meluas sekali gus menutup sebarang\u00a0titik buta\u00a0yang ada.<br \/>\nSelain itu, operasi maritim\u00a0di ESSZone juga memerlukan aset\u00a0seperti aset mobiliti laut (bot peronda) yang mempunyai ketahanan tinggi dan sesuai dengan keadaan\u00a0ombak kuat serta\u00a0berkemampuan untuk\u00a0digunakan bagi\u00a0operasi 24 jam.<br \/>\n\u201cAset mobiliti untuk operasi daratan pula, perlu bersesuaian dengan rondaan serta\u00a0\u00a0pengawasan kawasan\u00a0berbukit yang\u00a0dilitupi hutan tebal.<br \/>\n\u201cDengan aset pengawasan berkualiti tinggi, (pastinya) akan\u00a0dapat membantu keberkesanan operasi pasukan keselamatan dalam menangani pelbagai jenayah rentas sempadan,&#8221; ujarnya yang turut mengharapkan\u00a0Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi\u00a0keutamaan kepada\u00a0proses kelulusan perolehan peralatan baharu\u00a0yang\u00a0dimohon\u00a0ESSCom.<br \/>\nBiarpun begitu,\u00a0ESSCom akan terus memantau dan melumpuhkan segala kegiatan jenayah rentas sempadan yang sering mengubah modus operandi mereka bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Khatijah Jistoh LAHAD DATU: Sejak tahun lepas, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom),\u00a0berdepan \u2018cabaran berganda\u00a0yang luar daripada kebiasaannya\u2019 dalam usaha memastikan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) terus terjamin dan terlindung daripada pelbagai ancaman tidak diingini. Ini kerana, cabaran yang dihadapi ketika ini tidak lagi sekadar\u00a0mengawal, memantau ataupun menghalang mana-mana kehadiran\u00a0pendatang tanpa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":4165,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-4164","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4164","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4164"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4164\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4166,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4164\/revisions\/4166"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4165"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4164"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4164"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4164"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}