{"id":4083,"date":"2021-06-06T22:49:23","date_gmt":"2021-06-06T14:49:23","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=4083"},"modified":"2021-06-06T22:49:23","modified_gmt":"2021-06-06T14:49:23","slug":"kerajaan-sabah-agihkan-10000-komputer-riba-kepada-pelajar-tingkatan-5-6-bermula-19-julai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/06\/06\/kerajaan-sabah-agihkan-10000-komputer-riba-kepada-pelajar-tingkatan-5-6-bermula-19-julai\/","title":{"rendered":"Kerajaan Sabah Agihkan 10,000 Komputer Riba Kepada Pelajar Tingkatan 5, 6 Bermula 19 Julai"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan mengagihkan sebanyak 10,000 komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kepada pelajar Tngkatan 5 dan 6, \u00a0bermula 19 Julai hingga 18 Oktober ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPemberian komputer riba itu membabitkan pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), pada penghujung tahun ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nKetua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, berkata pemberian komputer riba itu yang dipersetujui oleh Kabinet, membabitkan peruntukan sebanyak RM15 juta<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cPengagihan akan mengambil masa selama kira-kira tiga bulan sehingga Oktober ini. Kerajaan negeri berharap pemberian komputer riba ini akan membantu pelajar yang tidak berkemampuan.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cIni adalah kaedah yang kita ambil untuk membantu agar pelajar yang \u00a0tidak berkemampuan tidak tercicir dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),\u201d katanya hari ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPengagihan komputer riba nenerusi BAIK untuk Fasa 1 ini membabitkan 9,842 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan 158 dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).<br \/>\n\u00a0<br \/>\nMenerusi Mesyuarat Kabinet sebelum ini, jemaah menteri bersetuju supaya satu jawatankuasa yang dipengerusikan bersama Menteri Tugas-Tugas Khas dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dibentuk untuk mencari kaedah membantu pelajar yang tidak berkemampuan, agar tidak tercicir dalam PdPR.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nKementerian Tugas-Tugas Khas bertanggungjawab menyediakan senarai pelajar yang terpilih mengikut kriteria ditetapkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Sabah.Manakala Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengenalpasti serta menentukan komputer riba yang akan diagih kepada pelajar yang layak.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nHajiji berkata mesyuarat memutuskan untuk Fasa 1, sebanyak 10,000 komputer riba diagihkan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6, yang akan mengambil peperiksaan tahun ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPemberian komputer riba untuk Fasa 1 itu, membabitkan ibu bapa atau penjaga pelajar yang termasuk dalam kategori e-kasih miskin tegar.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cKomputer riba daripada pelbagai jenama termasuk ACER, Lenovo dan DELL itu boleh digunakan sehingga melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPada awal tahun ini, Hajiji memaklumkan kerajaan akan berusaha menyediakan gajet kepada pelajar yang kurang berkemampuan berikutan pelaksanaan PdPD ketika PKP.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan mengagihkan sebanyak 10,000 komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kepada pelajar Tngkatan 5 dan 6, \u00a0bermula 19 Julai hingga 18 Oktober ini. \u00a0 Pemberian komputer riba itu membabitkan pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-4083","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4083","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4083"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4083\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4085,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4083\/revisions\/4085"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4083"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4083"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4083"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}