{"id":4046,"date":"2021-06-05T21:04:42","date_gmt":"2021-06-05T13:04:42","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=4046"},"modified":"2021-06-05T21:04:42","modified_gmt":"2021-06-05T13:04:42","slug":"produk-ps-21-capsule-dikesan-mengandungi-racun-simvastatin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/06\/05\/produk-ps-21-capsule-dikesan-mengandungi-racun-simvastatin\/","title":{"rendered":"Produk PS 21 Capsule dikesan mengandungi racun simvastatin"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan supaya tidak membeli dan menggunakan produk\u00a0tradisional jenama\u00a0PS 21 Capsule kerana yang\u00a0dikesan mengandungi racun berjadual iaitu simvastatin, yang boleh memudaratkan kesihatan.<br \/>\nKetua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pendaftaran produk\u00a0itu\u00a0telah dibatalkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) berikutan pengesanan\u00a0racun\u00a0berjadual tersebut, yang tidak dibenarkan dalam formulasi produk tradisional.<br \/>\n\u201cSimvastatin merupakan sejenis ubat yang digunakan untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah dan pengambilan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti gangguan pencernaan, rasa lemah, sakit kepala, gangguan pada fungsi normal hati, otot terasa sakit apabila disentuh atau lemah otot.<br \/>\n\u201cPenjual dan pengedar produk ini perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta kerana ia melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<br \/>\nBeliau berkata\u00a0individu yang melakukan kesalahan\u00a0itu\u00a0boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga\u00a0tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi\u00a0kesalahan berikutnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata syarikat yang melakukan kesalahan\u00a0itu pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.<br \/>\nMereka yang sedang menggunakan produk itu juga\u00a0dinasihat supaya menghentikan segera penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan\u00a0\u2018advers\u2019.<br \/>\nOrang awam juga digalakkan menyemak status pendaftaran bagi sesuatu produk dengan melayari laman sesawang rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) www.npra.gov.my atau melalui aplikasi \u2018NPRA Product Status\u2019 yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan supaya tidak membeli dan menggunakan produk\u00a0tradisional jenama\u00a0PS 21 Capsule kerana yang\u00a0dikesan mengandungi racun berjadual iaitu simvastatin, yang boleh memudaratkan kesihatan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pendaftaran produk\u00a0itu\u00a0telah dibatalkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) berikutan pengesanan\u00a0racun\u00a0berjadual tersebut, yang tidak dibenarkan dalam formulasi produk tradisional. \u201cSimvastatin merupakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":4047,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-4046","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4046","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4046"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4046\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4048,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4046\/revisions\/4048"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4047"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4046"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4046"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4046"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}