{"id":3994,"date":"2021-06-03T15:04:11","date_gmt":"2021-06-03T07:04:11","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=3994"},"modified":"2021-06-03T15:04:11","modified_gmt":"2021-06-03T07:04:11","slug":"puns-pandang-serius-kes-eksploitasi-peserta-unduk-ngadau-2021","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/06\/03\/puns-pandang-serius-kes-eksploitasi-peserta-unduk-ngadau-2021\/","title":{"rendered":"PUNS Pandang Serius Kes Eksploitasi Peserta Unduk Ngadau 2021"},"content":{"rendered":"<div id=\":ra\" class=\"ii gt\">\n<div id=\":r9\" class=\"a3s aiL \">\n<div dir=\"auto\">\n<div dir=\"auto\">KOTA KINABALU: Persatuan Unduk Ngadau Sabah (PUNS) memandang serius terhadap kes tular baru-baru ini mengenai isu seorang individu mengeksploitasikan peserta Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri 2021.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">&#8220;Sungguhpun perkara ini masih diperingkat siasatan, namun kami ingin menyatakan bahawa kami bersedia memberikan segala sokongan kepada mana-mana peserta yang mengalami perkara tersebut.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">&#8220;Kami (PUNS) juga ingin menyatakan bahawa, \u2018kami mendengar suara anda dengan jelas dan akan menyokong usaha anda untuk memperolehi keadilan yang sewajarnya,&#8221;<\/div>\n<div dir=\"auto\">kata Pengerusi Persatuan Unduk Ngadau Sabah (PUNS) Ellyanti P. Nelson dalam satu kenyataan pada Khamis.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Beliau berkata PUNS berasa bangga dengan keputusan yang diambil untuk tampil menyuarakan insiden yang berlaku kerana &#8220;keputusan tersebut sememangnya bukan mudah dan telah meletakkan anda di posisi yang amat sukar dan mencabar&#8221;.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">&#8220;Namun, PUNS berpandangan bahawa semua wanita Unduk Ngadau (UNK) perlu berganding bahu dan saling menyokong dalam usaha untuk menyuarakan apa-apa bentuk gangguan atau perbuatan jenayah yang dilakukan terhadap wanita,&#8221; katanya.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Katanya perkara itu perlu dijadikan contoh oleh semua wanita Unduk Ngadau agar berani untuk bersuara demi memelihara maruah dan martabat wanita KDMR.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">&#8220;Suminundu pun pada satu ketika dahulu pernah mengalami cabaran dan berani mengambil tindakan yang wajar bagi menyelamatkan masyarakat KDMR sehingga diangkat sebagai wanita yang mulia yang dikenali sebagai Huminodun,&#8221; katanya.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">\u00a0Ellyanti berkata PUNS menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa yang melaksanakan siasatan secara telus bagi memastikan hak individu terpelihara.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">PUNS turut berharap agar masyarakat menghormati keputusan peserta Unduk Ngadau itu dan memberikan ruang untuk memperolehi keadilan yang sewajarnya, katanya.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">&#8220;Di samping itu, PUNS menyeru agar tiada sebarang gangguan ataupun pengaruh oleh mana-mana pihak ke atas peserta UNK ini sepanjang proses siasatan dijalankan.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">&#8220;Sebagai masyarakat KDMR kita memegang prinsip dan nilai \u2018Mitabang\u2019 atau semangat kekitaan dan berganding bahu dalam setiap aspek kehidupan seharian.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">&#8220;Kami merayu kepada seluruh warga KDMR untuk saling berusaha dan berganding bahu untuk memperkasakan peranan wanita UNK agar mereka terus diberikan hak bersuara dalam semua aspek serta menyokong usaha untuk membina keyakinan semua wanita KDMR,&#8221; katanya.<\/div>\n<\/div>\n<div class=\"yj6qo\"><\/div>\n<div class=\"adL\"><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<div id=\":s3\" class=\"hq gt a10\"><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Persatuan Unduk Ngadau Sabah (PUNS) memandang serius terhadap kes tular baru-baru ini mengenai isu seorang individu mengeksploitasikan peserta Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri 2021. &#8220;Sungguhpun perkara ini masih diperingkat siasatan, namun kami ingin menyatakan bahawa kami bersedia memberikan segala sokongan kepada mana-mana peserta yang mengalami perkara tersebut. &#8220;Kami (PUNS) juga ingin menyatakan bahawa, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":3995,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-3994","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3994","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3994"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3994\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3996,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3994\/revisions\/3996"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3995"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3994"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3994"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3994"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}