{"id":3813,"date":"2021-05-18T21:44:59","date_gmt":"2021-05-18T13:44:59","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=3813"},"modified":"2021-05-18T22:03:41","modified_gmt":"2021-05-18T14:03:41","slug":"salleh-optimis-vaksinasi-jalan-penyelesaian-terbaik-kekang-pandemik-covid-19","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/05\/18\/salleh-optimis-vaksinasi-jalan-penyelesaian-terbaik-kekang-pandemik-covid-19\/","title":{"rendered":"Salleh Optimis Vaksinasi Jalan Penyelesaian Terbaik Kekang Pandemik Covid-19"},"content":{"rendered":"<div dir=\"auto\">KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak optimis vaksinasi merupakan jalan penyelesaian terbaik dan berkesan bagi membendung penularan Covid-19.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Beliau berkata pendapat itu selari dengan saranan Pakar Kesihatan Awam yang percaya bahawa &#8220;vaksin adalah satu-satunya pilihan yang kita ada bagi mengekang penularan pandemik ini&#8221;.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Sambil memberi contoh kejayaan di banyak negara maju, Salleh berkata suntikan vaksin ternyata mampu menurunkan angka kes lebih cepat.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">&#8220;Misalnya, di United Kingdom (UK), dari 36 juta orang penduduk- sebanyak 68% populasi penduduk telah menerima dos pertama mereka dan 19 juta orang telah lengkap menerima dua dos.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">&#8220;Program imunisasi mereka amat dikagumi kerana mampu memvaksin seramai seratus ribu orang dalam masa sehari. Ini kerana mereka tidak hanya tertumpu pada hospital sebaliknya diperluaskan lagi ke pusat keagamaan seperti gereja, pusat rekreasi dan kawasan pendalaman,&#8221; katanya dalam hantaran terbaharu diblognya.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Salleh yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata kejayaan membentuk imuniti berkelompok turut mempengaruhi keputusan UK kembali membuka pelbagai sektor untuk orang awam termasuk membenarkan 21,000 orang menghadiri perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley pada 15 mei lalu.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">&#8220;Justeru, kejayaan UK ini wajar dijadikan contoh dan aspirasi bagi pihak kerajaan untuk memperbaiki kelemahan sistem imunisasi kita.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">&#8220;Mulakan dengan menambah baik sistem agihan vaksin dan memastikan sistem pendaftaran bagi pengambilan vaksin kemas dan lancar,&#8221; katanya.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Salleh yang juga Adun Usukan mengesyorkan<\/div>\n<div dir=\"auto\">agar program vaksinasi di negara ini dipercepatkan.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Katanya ini kerana setakat ini, kira-kira 1.2 juta orang sahaja yang telah divaksin berbanding 32 juta orang populasi penduduk Malaysia.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">&#8220;Jika tidak, mustahil untuk kita mencapai 80% penduduk divaksin sebelum akhir tahun ini,&#8221; kata beliau.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Beliau difahamkan program itu bergerak perlahan antaranya disebabkan bekalan vaksin yang tidak mencukupi diterima oleh Malaysia kesan dari monopoli oleh kuasa-kuasa besar.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">&#8220;Bagaimanapun, kerajaan telah memberi jaminan yang masalah bekalan vaksin ini dapat dipulihkan menjelang Jun ini dan vaksinasi akan dijalankan secara besar- besar selepas itu.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">&#8220;Saya percaya kerajaan telah melakukan yang terbaik bagi program vaksinasi ini dan akan memperbaiki segala kelemahan yang ada secepatnya,&#8221; katanya.<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Salleh menyeru agar rakyat sama-sama menyokong usaha kerajaan mengekang pandemik covid-19, sekali gus membebaskan negara ini daripada ancaman Covid-19.<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak optimis vaksinasi merupakan jalan penyelesaian terbaik dan berkesan bagi membendung penularan Covid-19. Beliau berkata pendapat itu selari dengan saranan Pakar Kesihatan Awam yang percaya bahawa &#8220;vaksin adalah satu-satunya pilihan yang kita ada bagi mengekang penularan pandemik ini&#8221;. Sambil memberi contoh kejayaan di banyak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":211,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[40,144,166],"class_list":{"0":"post-3813","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan","8":"tag-covid-19","9":"tag-salleh","10":"tag-vaksin"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3813","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3813"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3813\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3814,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3813\/revisions\/3814"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3813"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3813"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3813"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}