{"id":3745,"date":"2021-05-12T13:35:36","date_gmt":"2021-05-12T05:35:36","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=3745"},"modified":"2021-05-12T13:35:36","modified_gmt":"2021-05-12T05:35:36","slug":"pilihan-raya-negeri-bukan-keutamaan-buat-masa-ini-abang-johari","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/05\/12\/pilihan-raya-negeri-bukan-keutamaan-buat-masa-ini-abang-johari\/","title":{"rendered":"Pilihan Raya Negeri bukan keutamaan buat masa ini &#8211; Abang Johari"},"content":{"rendered":"<p>KUCHING: Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak menjadi keutamaan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) buat masa ini dan ia memberi tumpuan kepada usaha untuk mengekang COVID-19 yang masih menjadi ancaman.<br \/>\nKetua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata keutamaan diberi untuk membendung COVID-19 memandangkan penyakit itu telah banyak mengorbankan banyak nyawa di Sarawak dan \u201charga setiap nyawa tidak dapat dinilai.\u201d<br \/>\n\u201cKerajaan GPS memberi keutamaan kepada usaha untuk memerangi COVID-19. Perkara-perkara lain seperti pilihan raya negeri dikemudiankan sehingga keadaan mengizinkan,\u201d kata beliau dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut esok.<br \/>\nMenurutnya peningkatan kes penyakit itu sejak kebelakangan ini membimbangkan dengan Sarawak menjadi antara negeri teratas dari segi jumlah kes harian mengatasi negeri-negeri lain untuk beberapa minggu.<br \/>\n\u201cKeadaan yang agak terkawal sebelum ini dengan jumlah kes berada pada tahap dua angka bertukar menjadi keadaan yang mendatangkan keresahan kepada kita. SDMC (Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak) telah menerima kritikan awam,\u201d katanya.<br \/>\nNamun Abang Johari yakin kritikan itu tidak akan mematahkan semangat ahli jawatankuasa berkenaan untuk terus melakukan yang terbaik untuk mengekang penularan COVID-19 dengan mengambil kira data dan faktor yang berkaitan.<\/p>\n<p>Menurutnya JPBN telah mengambil langkah untuk meneruskan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di tempat-tempat berlakunya kes-kes jangkitan, sejajar dengan dasar \u201cJejak, Uji, Kuarantin, Sisih\u201d yang didapati lebih praktikal.<br \/>\nKerajaan Sarawak juga, kata beliau, terus berusaha untuk mendapatkan bekalan vaksin mencukupi, termasuk melalui perundingan dan pemerolehan sendiri daripada pembekal dalam usahanya untuk menyelesaikan program imunisasi di negeri ini menjelang Ogos depan.<br \/>\n\u201cDi samping itu, kerajaan negeri juga perlu mendapat kebenaran kerajaan persekutuan untuk mewartakan hospital-hospital swasta sebagai pusat pemberian vaksin untuk mempercepatkan proses imunisasi khususnya di kawasan bandar,\u201d katanya.<br \/>\nBeliau berkata sambutan tahun ini akan menjadi kali kedua Aidilfitri dirayakan dalam keadaan yang terhad dari banyak segi, namun beliau percaya kekangan yang terpaksa ditempuhi tidak akan melemahkan iltizam umat Islam di negeri ini.<br \/>\n\u201cKita faham, hasrat dan rasa hati untuk meraikan kemenangan (selepas sebulan menunaikan ibadah puasa) ini bersama ahli keluarga dan sahabat handai, namun dalam keadaan penularan wabak ini, ajaran agama mengajak kita agar memberi keutamaan kepada keselamatan nyawa dan kesihatan tubuh badan,\u201d katanya.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUCHING: Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak menjadi keutamaan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) buat masa ini dan ia memberi tumpuan kepada usaha untuk mengekang COVID-19 yang masih menjadi ancaman. Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata keutamaan diberi untuk membendung COVID-19 memandangkan penyakit itu telah banyak mengorbankan banyak nyawa di Sarawak dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":3746,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-3745","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3745","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3745"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3745\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3747,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3745\/revisions\/3747"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3746"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3745"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3745"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3745"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}