{"id":34411,"date":"2025-03-03T06:27:42","date_gmt":"2025-03-02T22:27:42","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=34411"},"modified":"2025-03-03T06:27:43","modified_gmt":"2025-03-02T22:27:43","slug":"baik-pulih-rumah-di-kampung-ulu-bukau-lokasi-pertama-singgah-jelajah-ramadan-rtm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2025\/03\/03\/baik-pulih-rumah-di-kampung-ulu-bukau-lokasi-pertama-singgah-jelajah-ramadan-rtm\/","title":{"rendered":"Baik Pulih Rumah di Kampung Ulu Bukau, lokasi pertama singgah Jelajah Ramadan RTM"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>BEAUFORT : Program \u2018Baik Pulih Rumah\u2019 di Kampung Ulu Bukau Beaufort merupakan salah satu lokasi persinggahan Jelajah Ramadan dianjurkan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) bermula 28 Februari sehingga 20 Mac 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Program Jelajah Ramadan bertemakan \u2018Seiring Sejalan\u2019 dilancarkan bermula di Kota Kinabalu berakhir berakhir di Sungai Udang, Melaka,<br>dilancarkan, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia, Nasaruddin Mutalib, di stesen minyak PETRON Ulam North Kota Kinabalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelajah Ramadan ini akan melibatkan 20 pelbagai lokasi di seluruh negara manakala Konvoi Jelajah Ramadan di Sabah, diketuai Pengarah Penyiaran Sabah, Mohd Yusni Mohd Ali, bersama pengurusan tertinggi RTM Sabah serta penyampai radio mewakili stesen radio RTM seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Konvoi bersama rakan-rakan strategik ini memilih Kampung Ulu Bukau Beaufort, sebagai lokasi persinggahan pertama konvoi membantu Noor Aisyah Raiman bersama ibunya membaiki rumah mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara terlibat dalam program \u2018Baik Pulih Rumah\u2019 ini dilaksanakan bersama penyampai SABAHVfm melalui sumbangan rakan strategik antaranya, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) serta Amanah Raya Berhad.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu ketika ditemui, Noor Aisyah berkata, beliau menganggap program \u2018Baik Pulih Rumah\u2019 ini merupakan hadiah bulan Ramadan kepada keluarganya sekali gus mampu meringankan sedikit beban mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami sekeluarga melahrikan perasaan rasa syukur serta terima kasih kepada MUIS, Amanah Raya Berhad serta RTM Sabah diatas sumbangan diberikan untuk membaiki rumah ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLebih mengembirakan, apabila rumah kami dipilih sebagai lokasi siri Jelajah Ramadan Bersama penyampai SabahVFM yang turut bersama-sama bergotong royong untuk membaik pulih ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Noor Aisyah berkata, dalam tempoh sama beliau bersama keluarganya dapat mengenali penyampai SabahVFM secara lebih dekat berikutan selama ini hanya mendengar suara namun tidak mengenali mereka secara lebih dekat.<\/p>\n\n\n\n<p>Konvoi Jelajah Ramadan sseterusnya bertemu Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) berikutan memilih salah sebuah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dalam Program Jelajah Ramadan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni merupakan penghargaan besar kepada kami di Kawasan DUN Lumadan, kerana dipilih sebagai lokasi pertama persinggahan dalam program ini sekali gus bersama-sama terlibat dalam program \u2018Baik Pulih Rumah\u2019 di kawasan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita berharap agar program ini dapat diperluaskan lagi pada masa depan, berikutan ia dapat memberi ruang serta peluang kepada masyarakat di DUN Lumadan untuk mengenali Penyampai SabahVFM,\u201d jelas Ruslan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, tujuan utama program itu adalah untuk menyentuh hati mereka serta paling penting dapat membawa misi menyebarkan kebaikan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jelajah Ramadan RTM ini akan berlangsung selama 20 hari dengan membawa misi menyebarkan kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan di pelbagai lokasi di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Namun, kita sedar bahawa dalam tempoh 20 hari ini, tidak semua pihak dapat disantuni, tidak semua tempat dapat dikunjungi serta tidak semua insan dapat menerima bantuan dapat salurkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Nasaruddin berkata, beliau yakin walaupun tidak dapat membantu semua orang namun sekurang-kurangnya ada pihak yang akan menerima manfaat hasil program Jelajah Ramadan dianjurkan Jabatan Penyiaran Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita nasihatkan agar pasukan konvoi sentiasa peka terhadap keperluan masyarakat, memberi layanan mesra kepada mereka kerana kehadiran kita bukan sekadar untuk memberi sumbangan tetapi juga untuk menyebarkan kegembiraan dan semangat Ramadan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Gunakanlah platform RTM untuk mempromosikan semangat kebersamaan serta keindahan Ramadan yang kita sebarkan melalui program ini,&#8221; jelas Nasaruddin.<\/p>\n\n\n\n<p>Program bermula 28 Februari sehingga 20 Mac 2025 dilancarkan di Kota Kinabalu, Sabah dijangka berakhir di Sungai Udang, Melaka.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia melibatkan 34 penyampai dari stesen radio RTM menjelajah 13 negeri, selaras dengan konsep 13 Negeri, 13 Golongan Sasaran menggunakan 25 kenderaan konvoi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BEAUFORT : Program \u2018Baik Pulih Rumah\u2019 di Kampung Ulu Bukau Beaufort merupakan salah satu lokasi persinggahan Jelajah Ramadan dianjurkan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) bermula 28 Februari sehingga 20 Mac 2025. Program Jelajah Ramadan bertemakan \u2018Seiring Sejalan\u2019 dilancarkan bermula di Kota Kinabalu berakhir berakhir di Sungai Udang, Melaka,dilancarkan, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":34412,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-34411","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34411","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34411"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34411\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34413,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34411\/revisions\/34413"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34412"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34411"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34411"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34411"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}