{"id":34285,"date":"2025-02-25T19:14:20","date_gmt":"2025-02-25T11:14:20","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=34285"},"modified":"2025-02-25T19:14:22","modified_gmt":"2025-02-25T11:14:22","slug":"kuskop-laksana-inisiatif-bantu-pmks-adaptasi-digitalisasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2025\/02\/25\/kuskop-laksana-inisiatif-bantu-pmks-adaptasi-digitalisasi\/","title":{"rendered":"KUSKOP laksana inisiatif bantu PMKS adaptasi digitalisasi"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini mengadaptasi digitalisasi dalam perniagaan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, antara inisiatif terbaru kementerian ialah menyediakan Studio TikTok Shop.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, studio itu yang disediakan oleh TEKUN Nasional dengan kerjasama TikTok Malaysia membolehkan para usahawan mengadakan penstriman langsung dengan teknologi terkini untuk meningkatkan jualan dan memperluaskan pasaran produk mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelaras dengan pelancarannya di Penampang, Sabah pada 16 Februari lalu, sebanyak 12 Studio TikTok Shop Live Hub lagi akan disediakan di pejabat-pejabat TEKUN Nasional di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cStudio Tik Tok Shop Live Hub kedua akan dirasmikan pada 17 Mac ini,\u201d katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Titah Diraja bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Dewan Rakyat, Parlimen Ke-15, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, inisiatif lain yang dilaksanakan oleh KUSKOP untuk menggalakkan dan membantu usahawan mengadaptasi digitalisasi ialah menerusi pembiayaan melalui agensi-agensinya seperti SME Bank, TEKUN Nasional, SME Corp Malaysia dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSME Technology Transformation Fund (STTF) oleh SME Bank menyediakan pembiayaan kepada PMKS untuk mengadaptasi digitalisasi dan automasi operasi perniagaan menggunakan aplikasi IR4.0.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSepanjang tahun 2024, seramai 212 usahawan telah menerima pembiayaan STTF berjumlah RM278.09 juta.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cManakala melalui Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) oleh TEKUN Nasional pula, menyediakan modal pembiayaan secara mudah dan cepat untuk usahawan yang menjalankan perniagaan secara dalam talian bagi mendapatkan peranti dan peralatan berteknologi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBermula tahun 2022 sehingga 2024, seramai 2,184 usahawan telah menerima pembiayaan SPOT berjumlah RM17.58 juta,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, SME Corp. Malaysia juga menyediakan bantuan geran padanan melalui Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS (BAP) serta Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni untuk membantu PMKS meningkatkan pengeluaran produk, penjimatan masa dan kos melalui adaptasi digitalisasi dan automasi serta teknologi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, selain sokongan dari segi pembiayaan dan pemasaran, kementerian juga menyediakan bimbingan keusahawanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, dalam hal ini, INSKEN melaksanakan program bimbingan keusahawanan dengan menerapkan elemen digitalisasi seperti penggunaan platform penghantaran makanan, sistem Point of Sales (POS) dan pemasaran menggunakan platform-platform digital.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, KUSKOP turut melaksanakan Program Pembudayaan dan Pemerkasaan Keusahawanan Penjaja dan Peniaga Kecil (EmpowerPPK) untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penjaja dan peniaga kecil menjalankan transaksi perniagaan secara digital.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada tahun 2024, seramai 618 penjaja dan peniaga kecil telah menerima manfaat daripada program ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, bagi membantu usahawan PMKS memasarkan produk atau perkhidmatan mereka secara dalam talian, KUSKOP menyediakan ruang pemasaran secara online dalam Platform MyMall.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini mengadaptasi digitalisasi dalam perniagaan mereka. Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, antara inisiatif terbaru kementerian ialah menyediakan Studio TikTok Shop. Beliau berkata, studio itu yang disediakan oleh TEKUN Nasional dengan kerjasama TikTok Malaysia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":34286,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-34285","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34285","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34285"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34285\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34287,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34285\/revisions\/34287"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34286"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34285"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34285"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34285"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}