{"id":34109,"date":"2025-02-16T15:08:59","date_gmt":"2025-02-16T07:08:59","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=34109"},"modified":"2025-02-16T15:09:01","modified_gmt":"2025-02-16T07:09:01","slug":"ewon-lancar-live-hub-tiktok-shop-x-tekun-pertama-di-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2025\/02\/16\/ewon-lancar-live-hub-tiktok-shop-x-tekun-pertama-di-malaysia\/","title":{"rendered":"Ewon lancar Live Hub TikTok Shop X TEKUN pertama di Malaysia"},"content":{"rendered":"\n
<\/p>\n\n\n\n
PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, hari ini, melancarkan Live Hub TikTok Shop X TEKUN yang pertama di Malaysia, bertempat di Pejabat TEKUN Nasional Cawangan Penampang.<\/p>\n\n\n\n
Beliau berkata, inisiatif Kerajaan MADANI melalui agensi Tekun Nasional di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu pastinya akan memberi manfaat besar kepada para usahawan mikro, khususnya di negeri ini.<\/p>\n\n\n\n
\u201cIni merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan, terutamanya kepada usahawan-usahawan TEKUN yang berjaya memanfaatkan platform digital, khususnya TikTok Shop, dalam meningkatkan jualan dan memperluaskan pasaran produk mereka.

\u201cPerkembangan teknologi digital sangat pesat dan penggunaan media sosial seperti TikTok semakin popular dan menjadi platform pilihan dalam aktiviti perniagaan.<\/p>\n\n\n\n
\u201cDengan kemudahan yang disediakan, para usahawan dapat memanfaatkan teknologi untuk mendekati pelanggan secara lebih interaktif, menjadikan perniagaan mereka lebih dinamik dan relevan dengan kehendak pasaran masa kini.

\u201cTahniah kepada semua usahawan TEKUN yang telah menunjukkan prestasi luar biasa dalam memanfaatkan TikTok Shop sebagai saluran jualan mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Live Hub TikTok Shop X TEKUN yang pertama di Malaysia, di Pejabat TEKUN Nasional Cawangan Penampang, hari ini.<\/p>\n\n\n\n
Ewon berkata sebelum fasa percubaan TikTok Shop Live Hub di Penampang, TikTok telah bekerjasama dengan TEKUN Nasional untuk melatih hampir 30 usahawan Sabah pada Januari 2025 dan 2 siri yang akan datang akan diadakan pada 25 sehingga 27 Februari ini.

\u201cLatihan TikTok Shop bagi usahawan Sabah dari Disember 2024 sehingga Januari 2025 telah meningkatkan jualan produk buatan Sabah sebanyak lapan kali ganda di platform TikTok Shop Malaysia,\u201d katanya.

Beliau berharap, kejayaan usahawan-usahawan TEKUN itu dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada usahawan lain untuk meraih kejayaan yang sama.<\/p>\n\n\n\n
\u201cAntara usahawan TEKUN yang berjaya meningkatkan jualan selepas mengikuti bimbingan TEKUN bersama TikTok Shop ialah, Encik Ahmad Hishamuddin Ahmad Khairuddin dari Kuala Langat Selangor.<\/p>\n\n\n\n
\u201cSebelum beliau mengikuti program bimbingan TEKUN bersama TikTok Shop jumlah jualan beliau hanya RM70 ribu sebulan, bagaimanapun kini beliau berjaya meraih jumlah jualan tertinggi sebanyak RM463 ribu dalam tempoh tiga bulan dengan menjalankan perniagaan audio, buku dan majalah.<\/p>\n\n\n\n
\u201cIni adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan dan menunjukkan potensi besar platform TikTok Shop dalam membantu usahawan kecil dan sederhana berkembang di pasaran yang lebih luas,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n
Selain itu katanya, melalui penganjuran Karnival TEKUN Madani yang dilaksanakan di beberapa lokasi sebelum ini turut membuktikan keberkesanan platform TikTok Shop.<\/p>\n\n\n\n
\u201cJualan melalui platform TikTok Shop dalam Karnival TEKUN Madani di Kuala Penyu, Pulau Pinang, Kuala Langat dan Hulu Langat, secara keseluruhannya berjaya merekodkan jumlah jualan sebanyak RM5.3 juta.<\/p>\n\n\n\n
\u201cIni membuktikan bahawa dengan sokongan yang betul dan kerjasama yang erat antara TEKUN dan platform digital seperti TikTok Shop, para usahawan lebih berdaya saing dan berjaya dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n
Ewon berkata, berikutan impak positif yang dihasilkan daripada penganjuran program terdahulu, kedua-dua pihak bersetuju mewujudkan kolaborasi strategik yang lebih menyeluruh dalam usaha membantu usahawan TEKUN.<\/p>\n\n\n\n
\u201cSkop kerjasama yang dipersetujui adalah Operasi Live Hub, Operasi Pusat Latihan, Bengkel Asas & Berbayar, Karnival TEKUN Madani dan Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT),\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n
Beliau berkata, pada tahun ini 12 studio dirancang untuk dibangunkan di enam negeri iaitu Sabah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n
\u201cOperasi Live Hub ini melibatkan penyediaan fasiliti penstriman langsung lengkap, bukan sahaja akan memberi peluang kepada usahawan IKS untuk menjual produk mereka dalam platform yang popular, tetapi juga meningkatkan visibiliti dan daya saing mereka dalam pasaran yang lebih luas.

\u201cFaktor utama yang akan difokuskan adalah untuk meningkatkan kadar tontonan semasa LIVE dan kadar kemasukan penonton dari FYF melalui konten LIVE yang berkualiti.  <\/p>\n\n\n\n
\u201cSejak 31 Januari sehingga 11 Februari 2025, 29 sesi jualan LIVE telah berlangsung, iaitu selama 58 jam yang menghasilkan 760,000 LIVE views dan lebih 200 produk Sabah terjual di TikTok Shop,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n
Selain itu katanya,, Bengkel Asas & Berbayar serta Karnival TEKUN Madani akan memberi peluang kepada usahawan untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang perniagaan secara praktikal.<\/p>\n\n\n\n
\u201cProgram ini akan membuka ruang untuk mereka belajar dan berkembang dalam dunia keusahawanan digital, terutama melalui penggunaan TikTok Shop sebagai saluran utama untuk pemasaran dan jualan.

\u201cKolaborasi ini juga menyediakan Pusat Latihan untuk memastikan para pelatih dan usahawan dapat dilengkapi dengan pengetahuan dan latihan yang tepat dalam mengendalikan perniagaan mereka di dunia digital,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, hari ini, melancarkan Live Hub TikTok Shop X TEKUN yang pertama di Malaysia, bertempat di Pejabat TEKUN Nasional Cawangan Penampang. Beliau berkata, inisiatif Kerajaan MADANI melalui agensi Tekun Nasional di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu pastinya akan memberi manfaat besar kepada para usahawan […]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":34110,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-34109","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34109","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34109"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34109\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34111,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34109\/revisions\/34111"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34110"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34109"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34109"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34109"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}