{"id":34094,"date":"2025-02-15T15:58:40","date_gmt":"2025-02-15T07:58:40","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=34094"},"modified":"2025-02-15T15:58:42","modified_gmt":"2025-02-15T07:58:42","slug":"kelab-wiki-kent-ipgm-kampus-kent-laksana-bengkel-wikikamus-etnik-kadazandusun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2025\/02\/15\/kelab-wiki-kent-ipgm-kampus-kent-laksana-bengkel-wikikamus-etnik-kadazandusun\/","title":{"rendered":"Kelab Wiki Kent, IPGM kampus Kent laksana bengkel Wikikamus Etnik Kadazandusun\u00a0"},"content":{"rendered":"\n<p><br>TUARAN: Kelab Wiki Kent dengan kerjasama Jabatan Bahasa Kadazandusun, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kent telah melaksanakan satu bengkel Wikikamus Etnik Kadazandusun di sini baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Bengkel itu, antara lain bertujuan<br>memperbanyakkan lagi kosakata dalam platform Wikikamus bagi mendigitalkan bahasa Kadazandusun.<\/p>\n\n\n\n<p>Program sehari itu merupakan inisiatif baru dalam &nbsp;memelihara dan memperkayakan lagi bahasa Kadazandusun melalui pendigitalan bahasa yang disertai para ilmuan yang terdiri daripada siswa guru PISMP BKD ambilan September 2021-2026 dan PPISMP BKD Jun 2024-2029.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara fokus bengkel tersebut,<br>termasuk menyunting dan menyumbangkan halaman baru di platfom Wikikamus dengan memasukkan perkataan dan audio bunyi perkataan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui pendekatan visual dan audio ini, pengguna yang bukan penutur bahasa Kadazandusun mahupun penutur bahasa Kadazandusun sendiri dapat mempelajari dan bertutur dalam bahasa ini dengan lebih mudah.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, ia memudahkan pengguna memahami penggunaan Wikikamus, pengolongan kata dan contoh penggunaan ayat telah ditambah pada halaman yang telah dihasilkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bengkel Wikikamus Etnik Kadazandusun itu bukan sahaja bertujuan memasukan kosa kata semata-mata tetapi pertandingan memasukkan kosa kata terbanyak juga turut dijalankan dan ianya akan berlanjutan sehingga 21 Februari.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekurang-kurangnya 19 peserta berjaya membuat suntingan terbanyak akan layak untuk menyertai bengkel Wikikamus Momogun yang akan diadakan di Kudat, Sabah pada Mac depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Objektif utama pelaksanaan bengkel itu ialah mewujudkan lebih banyak lagi rujukan kamus yang dapat diakses secara percuma dalam bahasa Kadazandusun serta membantu dalam usaha untuk mempertahankan dan memelihara bahasa ibunda.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah IPGM Kampus Kent Dr. Norafidah binti Noralidin berkata aktiviti penambahan lema bahasa Kadazandusun dalam platform Wikikamus memainkan peranan penting dalam melestarikan bahasa Kadazandusun di era yang semakin moden.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau percaya bahawa impak dari bengkel ini akan memberikan manfaat kepada generasi kaum Kadazandusun di masa akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Encik John Bin Gitom, Ketua Jabatan Bahasa Kadazandusun pula berkata program sebegini merupakan projek yang relevan dan penting kerana dapat meluaskan lagi perbendaharaan kata bagi para peserta.<\/p>\n\n\n\n<p>Encik John Gitom juga berharap agar projek Wikikamus tersebut diteruskan kerana teknologi berperanan penting dalam kemajuan bahasa ibunda ke peringkat antarabangsa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TUARAN: Kelab Wiki Kent dengan kerjasama Jabatan Bahasa Kadazandusun, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kent telah melaksanakan satu bengkel Wikikamus Etnik Kadazandusun di sini baru-baru ini. Bengkel itu, antara lain bertujuanmemperbanyakkan lagi kosakata dalam platform Wikikamus bagi mendigitalkan bahasa Kadazandusun. Program sehari itu merupakan inisiatif baru dalam &nbsp;memelihara dan memperkayakan lagi bahasa Kadazandusun melalui [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":34096,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-34094","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34094","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34094"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34094\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34097,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34094\/revisions\/34097"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34096"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34094"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34094"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34094"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}