{"id":34000,"date":"2025-02-11T17:52:05","date_gmt":"2025-02-11T09:52:05","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=34000"},"modified":"2025-02-11T17:52:07","modified_gmt":"2025-02-11T09:52:07","slug":"ewon-cadang-sabah-bangunkan-pelancongan-religius","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2025\/02\/11\/ewon-cadang-sabah-bangunkan-pelancongan-religius\/","title":{"rendered":"Ewon cadang Sabah bangunkan Pelancongan Religius"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick mencadangkan agar Sabah membangunkan Pelancongan Religius sebagai antara tarikan baharu pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, ia pastinya akan menyerlahkan lagi keunikan dan kemajmukan rakyat Malaysia, khususnya di Sabah yang sudah lama dikenali sebagai tempat di mana keharmonian, perpaduan dan kebersamaan rakyat pelbagai etnik dan agama dapat dilihat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita boleh melihat keunikan Sabah, di mana Masjid, Gereja, Kuil Hindu dan Kuil Buddha boleh wujud bersebelahan dengan penuh rasa hormat, misalnya di Bukit Padang, Kota Kinabalu dan di beberapa daerah lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni adalah satu nilai yang boleh kita serlahkan melalui pelancongan relegius, supaya para pelancong dari dalam dan luar negara memahami kebersamaan rakyat Malaysia bermula daripada toleransi dan rasa hormat sesama agama yang datangnya daripada pelbagai kaum,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengunjungi Tampel di Lok kawi, sempena sambutan Thaipusam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, beliau akan mencadangkan kepada rakan-rakan kepimpinan terutama di Kementerian Pelancongan untuk melihat Ziarah atau Pilgrimage Religius di Sabah dibangunkan menjadi tarikan pelancongan yang utama di negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya akan mengangkat cadangan ini untuk perhatian dan penelitian Kementerian Pelancongan, bagaimana ianya dapat dibangunkan dan dimasukkan dalam pakej Tahun Melawat Malaysia ataupun Tahun Melawat Sabah sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya percaya ini boleh dibangunkan di Sabah dan akan menjadi kekuatan baru,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sekiranya cadangan itu dapat dibangunkan, beliau pasti agensi-agensi kementerian boleh menyediakan sokongan pembiayaan kepada industri pelancongan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi peringkat kementerian, kita telah menyediakan beberapa program sokongan antaranya program Jejak Koperasi. Sekiranya pakej pelancongan atau tempat peranginan itu diuruskan oleh koperasi, kita sudah ada dana yang kita boleh salurkan untuk menyokong usaha itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cCuma dari segi pakej dan program itu, saya percaya Kementerian Pelancongan boleh melihat lebih jauh bagaimana menarik pelancong dalam dan luar negara ke Sabah untuk religious pilgrimage supaya kita serlahkan lagi keunikan dan keharmonian kaum dan agama Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBukan hanya setakat keindahan gunung, pulau dan tarikan lain tetapi rasa hormat dan toleransi antara penganut agama yang ada di Sabah boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, sebagai wakil rakyat kawasan itu, pada tahun lepas beliau telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada kuil di Lok kawi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTahun ini saya akan teruskan sumbangan saya sebagai sebahagian daripada tanggungjawab untuk melihat keperluan semua penganut agama yang ada di kawasan Parlimen Penampang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya juga telah membantu kuil ini mendapatkan dana sebanyak RM150,000 daripada pejabat Perdana Menteri tahun lepas dan seterusnya pada tahun ini saya telah dimaklumkan dengan beberapa keperluan dan saya akan membantu kuil ini mendapatkan dana yang diperlukan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Cumanya saya berpendapat kementerian pelancongan boleh melihat bagaimana religious pilgrimage ini boleh dibangunkan lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan saya nampak ada kekuatan yang kita boleh cairkan menjadi pendapatan kepada sabah, pendapatan kepada pengusaha pelancongan Traveling agent, penginapan, restoran termasuk rumah-rumah ibadat ini Di Masjid Bandaraya pun ada berlaku kunjungan pelancong yang tinggi bergambar dengan Masjid Bandaraya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tapi kalau pelancong itu juga dibawa melihat rumah-rumah ibadat yang lain Itunya akan menyerlahkan rasa hormat mereka kepada keberadaan rumah ibadat yang bersebelahan dengan rasa hormat penganutnya dengan agama di jiran mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya fikir ini yang kita perlu serlahkan lagi di Sabah Dan saya sangat menghargai masyarakat India, penganut agama Hindu dan hari ini meraihkan Taipusam kerana mereka menjadi sebahagian daripada pembangunan negara Sebahagian daripada perpaduan keharmonian dan toleransi agama<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan kita lupa ada pemimpin masyarakat India juga menandatangani perjanjian Malaysia Dan apabila peranan itu diangkat sehingga hari ini bererti harus ada peranan yang besar Tanggungjawab yang sama dipikul oleh masyarakat India dalam negara ini bersama-sama dengan masyarakat etnik lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Negara ini milik bersama kita dan kita ada tanggungjawab yang sama, peranan yang sama untuk membangunkan negara ini Bermula dengan memberi rasa hormat, toleransi, menjaga sensitiviti sesama penganut agama supaya kita ada kerjasama yang lebih baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan melalui kerjasama itu kita ada fokus yang lebih besar untuk membangunkan keperluan sebenar negara kita Dan terutama Sabah iaitu pembangunan ekonomi, pembangunan infrastruktur dan yang lain-lain.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick mencadangkan agar Sabah membangunkan Pelancongan Religius sebagai antara tarikan baharu pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Beliau berkata, ia pastinya akan menyerlahkan lagi keunikan dan kemajmukan rakyat Malaysia, khususnya di Sabah yang sudah lama dikenali sebagai tempat di mana keharmonian, perpaduan dan kebersamaan rakyat pelbagai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":34001,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-34000","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34000","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34000"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34000\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34002,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34000\/revisions\/34002"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34001"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34000"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34000"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34000"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}