{"id":33839,"date":"2025-02-03T19:52:46","date_gmt":"2025-02-03T11:52:46","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=33839"},"modified":"2025-02-03T19:52:47","modified_gmt":"2025-02-03T11:52:47","slug":"menyokong-penangguhan-perpindahan-penduduk-kg-likas-lama-berdasarkan-tanggungjawab-bukan-sensasi-politik-azhar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2025\/02\/03\/menyokong-penangguhan-perpindahan-penduduk-kg-likas-lama-berdasarkan-tanggungjawab-bukan-sensasi-politik-azhar\/","title":{"rendered":"Menyokong penangguhan perpindahan penduduk Kg. Likas Lama berdasarkan tanggungjawab bukan sensasi politik &#8211; Azhar"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU : Keputusan kerajaan menangguhkan projek pengorekan Sungai Likas bagi Projek Tebatan Banjir di Kampung Likas Lama merupakan satu tindakan paling wajar sekali gus tepat pada masanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Darau, Azhar Matussin berkata, keputusan menangguhkan projek ini diumumkan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan memberi nafas lega kepada penduduk yang terlibat.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, tindakannya membangkitkan isu notis perobohan rumah penduduk ini berlandaskan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, bukan untuk mencipta polemik politik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa perasaan kita, apabila melihat orang kampung menangis, merayu meminta tolong agar wakil rakyat berbuat sesuatu untuk mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalah dalam kenyataan saya hanya merayu agar kerajaan terutamanya Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor untuk mempertimbangkan semula keputusan yang telah diambil sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalahan saya tidak pernah memanggil penduduk kampung untuk berkumpul dan membawa sepanduk membuat bantahan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa yang berlaku adalah penduduk kampung datang berjumpa saya apabila menyedari kehadiran saya pada hari tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeprihatinan kerajaan terhadap masalah rakyat ini adalah perkara sangat penting\u2026Saya menyatakan penghargaan atas keputusan kerajaan negeri untuk mendengar suara rakyat sekali gus menangguhkan projek tersebut,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Azhar berkata, beliau menekankan isu ini tidak boleh dipandang ringan, sebagai wakil rakyat, beliau tidak boleh berdiam diri apabila penduduk menerima notis perobohan secara tiba-tiba.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTindakan diambil ini berdasarkan atas faktor kemanusiaan serta tanggungjawab untuk melindungi hak asasi penduduk yang terjejas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka sudah mendiami tanah ini sejak turun temurun melebihi usia 100 tahun lalu, kebanyakannya penduduk ini adalah keluarga bekerja sebagai nelayan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni bukan soal politik, tetapi soal keadilan dan maruah hidup rakyat. Protes dalam kalangan penduduk merupakan isu kemanusiaan tiada kaitan politik,\u201d jelas Azhar.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya kebimbangan ini menyebabkan penduduk Kampung Likas Lama menimbulkan keresahan kerana ketidakpastian masa depan kediaman mereka, apabila notis perobohan dikeluarkan tanpa perbincangan menyeluruh terlebih dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika projek ini penting untuk tebatan banjir, ia perlu dirancang dengan teliti agar tidak menyusahkan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cParti Warisan tidak menolak pembangunan, tetapi kita mesti memastikan tiada pihak yang tertindas dalam proses tersebut,\u201d kata Azhar.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan komitmen Parti Warisan adalah agar projek ini disemak semula terutama membabitkan Rancangan Tebatan Banjir atas perspektif rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWarisan akan bekerjasama dengan pakar teknikal, NGO, dan wakil komuniti untuk mengkaji semula perancangan projek tebatan banjir tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cFokus utama adalah mencari penyelesaian yang seimbang antara keperluan infrastruktur dan hak penduduk,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, pihaknya akan memastikan kajian semula ini menitikberatkan dua aspek, iaitu pertama, keberkesanan sistem saliran untuk mengurangkan risiko banjir makala kedua perlindungan terhadap rumah sedia ada.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPendekatan \u2018manusia di atas konkrit\u2019 harus menjadi teras dalam sebarang perancangan. Seruan ke arah kerjasama serta kematangan berpolitik adalah penting.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita menyeru semua pihak, termasuk kerajaan negeri, untuk mengutamakan dialog inklusif dan secara terbuka dalam menangani isu ini,\u201d tambahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, beliau mahu semua pihak agar meletakkan kepentingan rakyat menjadi perkara utama dalam menyelesaikan isu perobohan rumah penduduk bukan sahaja di Kampung Likas Lama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalah juga membabitkan penduduk di sepanjang pinggiran Sungai Likas antanya Kampung Gusung, Cenderamata Satu sebahagian Kampung Cenderamata Dua, Cempaka dan Kampung Seroja.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKematangan berpolitik bukanlah tentang siapa menang atau kalah, tetapi tentang bagaimana kita bersama-sama menyelesaikan masalah tanpa mengorbankan nilai kemanusiaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai Wakil Rakyat yang berpihak kepada rakyat bersedia sedia berkorban masa serta tenaga untuk memastikan suara rakyat tidak dipinggirkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cParti Warisan akan terus menjadi \u2018tali penyelamat\u2019 bagi mereka yang memerlukan, kerana inilah inti pati perkhidmatan awam yang sebenar,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Azhar berharap agar semua pihak dapat bekerjasama mencari penyelesaian mampan serta memelihara kedua-dua kemajuan infrastruktur dan keharmonian hidup masyarakat khususnya membabitkan penduduk di Kampung Likas Lama ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Keputusan kerajaan menangguhkan projek pengorekan Sungai Likas bagi Projek Tebatan Banjir di Kampung Likas Lama merupakan satu tindakan paling wajar sekali gus tepat pada masanya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Darau, Azhar Matussin berkata, keputusan menangguhkan projek ini diumumkan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan memberi nafas lega kepada penduduk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":33840,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-33839","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33839","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33839"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33839\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33841,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33839\/revisions\/33841"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33840"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33839"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33839"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33839"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}