{"id":33762,"date":"2025-01-28T14:22:29","date_gmt":"2025-01-28T06:22:29","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=33762"},"modified":"2025-01-28T14:22:30","modified_gmt":"2025-01-28T06:22:30","slug":"kuskop-salur-pembiayaan-rm1-084-bilion-kepada-pmks-dan-koperasi-di-sarawak-sepanjang-tahun-2024-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2025\/01\/28\/kuskop-salur-pembiayaan-rm1-084-bilion-kepada-pmks-dan-koperasi-di-sarawak-sepanjang-tahun-2024-ewon\/","title":{"rendered":"KUSKOP salur pembiayaan RM1.084 bilion kepada PMKS dan koperasi di Sarawak sepanjang tahun 2024 &#8211; Ewon"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>2<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>GEDONG, SIMUNJAN: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan pembiayaan sejumlah RM1.084 bilion kepada perusahaan, mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan Koperasi sepanjang tahun 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, pembiayaan itu memberikan manfaat kepada seramai 42,689 usahawan PMKS dan Koperasi di Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cManakala pada tahun 2023, KUSKOP telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM731.205 juta kepada 42,006 usahawan di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa disalurkan melalui tujuh agensi di bawah KUSKOP iaitu Bank Rakyat, SME Bank, Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Pernas, SME Corp dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis peluncuran Program Digital Desa Bank Rakyat 2025 di Gedong, Sarawak yang disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon yakin, susulan kerancakan pembangunan ekonomi di Sarawak, jumlah pembiayaan itu akan meningkat, tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya amat yakin kita boleh menambah lagi pembiayaan yang diperlukan oleh usahawan-usahawan PMKS dan koperasi di Sarawak di bawah inisiatif Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara kita.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDasar ini membolehkan kementerian kita memberi fokus tambahan kepada pembangunan usahawan dan koperasi di Sarawak dan Sabah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, antara geran pembiayaan yang disediakan untuk usahawan PMKS ialah geran khas usahawan Bumiputera Sabah dan Sarawak, premis Tamu Desa dan Program Digital Desa Bank Rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu ketika berucap Ewon berkata, Program Digital Desa Bank Rakyat merupakan inisiatif Bank Rakyat membawa perkhidmatan perbankan digital dan perkhidmatan digital lain kepada rakyat di luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSejak kunjungan hormat pertama saya kepada Premier Sarawak pada awal 2023 sebaik diberi amanah di kementerian ini, saya telah menyatakan tanpa mengurangkan fokus sedia ada di kementerian seluruh negara, saya mahu memberi fokus tambahan kepada Sabah dan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan kerjasama penuh kerajaan Sarawak, banyak inisiatif kita laksanakan di negeri ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata melalui Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara, kementerian memberi fokus tambahan di wilayah Borneo, antaranya melantik Ahli Lembaga Pengarah dari negeri ini untuk menganggotai lima agensi di bawah KUSKOP bagi memastikan perkhidmatan kementerian dan agensi-agensi itu dapat mencakupi keperluan di Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu katanya, KUSKOP buat pertama kali pada tahun lepas, melaksanakan projek premis Tamu Desa khusus untuk Sabah dan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetakat ini sebanyak 39 tapak melibatkan peruntukan RM7.6 juta telah dibina dan dinaiktaraf di Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cManakala di bawah geran khas usahawan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang juga diperkenalkan buat pertama kali oleh KUSKOP, sebanyak 50 usahawan Sarawak menerima geran melibatkan peruntukan sebanyak RM4.91 juta.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInstitut Keusahawanan Negara (INSKEN) juga telah membuka pejabat perkhidmatannya di Sarawak pada tahun 2023,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon mengulangi komitmennya untuk mengukuhkan kerjasama antara KUSKOP bekerjasama erat dengan Kerajaan Sarawak bagi membangunkan gerakan keusahawanan dan koperasi di negeri ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>2 GEDONG, SIMUNJAN: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan pembiayaan sejumlah RM1.084 bilion kepada perusahaan, mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan Koperasi sepanjang tahun 2024. Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, pembiayaan itu memberikan manfaat kepada seramai 42,689 usahawan PMKS dan Koperasi di Sarawak. \u201cManakala pada tahun 2023, KUSKOP telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM731.205 juta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":33763,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-33762","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33762","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33762"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33762\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33764,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33762\/revisions\/33764"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33763"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33762"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33762"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33762"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}