{"id":33724,"date":"2025-01-25T15:38:50","date_gmt":"2025-01-25T07:38:50","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=33724"},"modified":"2025-01-25T15:38:52","modified_gmt":"2025-01-25T07:38:52","slug":"grs-kerja-untuk-sabah-kita-tidak-ada-masa-layan-publisiti-murahan-fairuz","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2025\/01\/25\/grs-kerja-untuk-sabah-kita-tidak-ada-masa-layan-publisiti-murahan-fairuz\/","title":{"rendered":"GRS kerja untuk Sabah, kita tidak ada masa layan publisiti murahan: \u00a0Fairuz"},"content":{"rendered":"\n
\u00a0

\u00a0
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH-Plus) yang diterajui oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor terlalu sibuk dalam menyusun atur, melaksanakan, menyampaikan, merealisasikan dan berusaha keras untuk negeri Sabah dan rakyat Sabah.
\u00a0
Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Datuk Fairuz Renddan berkata, fokus utama Kerajaan Negeri khasnya Hajiji masa ini adalah untuk memberikan semua yang termampu kepada Sabah dan tidak ada masa untuk memandang isu remeh yang berbaur sifar dengki serta publisiti murahan daripada mana-mana pihak.
\u00a0
\u201cKita tengok dan nilai sendiri macam mana Ketua Menteri kita bergerak dan bekerja sejak awal mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Sabah dan tidak dinafikan ada cabaran serta dugaannya.
\u00a0
\u201cTapi itu adalah lumrah kerana untuk berdiri sebagai seorang pemimpin, lebih-lebih lagi sebagai ketua yang mengemudi sebuah bahtera kepimpinan yang dibarisi ramai wakil rakyat dengan pelbagai ragam, tidak mudah.
\u00a0
\u201cJadi jika ada pihak yang cuba memainkan sentimen busuk hati menghentam beliau (Hajiji), sedangkan pihak mereka sendiri lebih teruk dan terkutuk, ini pesanan saya ikhlas dari hati, sudahlah, jangan buang masa anda, kami tidak ada masa layan publisiti murahan anda!,\u201d katanya.
\u00a0
Fairuz berkata demikian dalam sebuah kenyataan media di sini, pada Sabtu.
\u00a0
Menurut Fairuz yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Muhammad Affan Jumahat berkenaan Hajiji menunggang isu \u2018palui\u2019 demi untuk mengalih perhatian rakyat Sabah terhadap kegagalan pimpinan Kerajaan Negeri itu adalah tidak wajar.
\u00a0
\u201cAssalamualaikum saudara, semoga anda baik-baik dan tenang di sana, boleh fokus atur strategi menempuh Pilihan Raya Negeri (PRN) mulai sekarang jika saudara mahu, tapi tidak perlulah jadi \u2018palui\u2019 sampai menampakkan diri sendiri macam tidak habis sekolah.
\u00a0
\u201cBaru setahun jagung berpolitik, kita sama-sama masih muda dan perlu banyak belajar, kita petik pesanan pemimpin senior saya baru-baru ini, yang mana Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berpesan, kita berpolitik untuk pilihan raya ini kita \u2018open\u2019, ini bukan pertandingan mahu bertumbuk, lebih kurang beginilah pesanan beliau.
\u00a0
\u201cJadi saya rasa wajar saudara Affan, seorang anak muda yang baru berjinak dengan bidang politik dan mahu jadi pemimpin, tolonglah tonjolkan intelektual sikit dalam percakapan dan buka mata dulu sebelum cakap orang lain yang kering idea dan tidak reti mentadbir negeri, ok jelas saudara?,\u201d kata Fairuz lagi.
\u00a0
Tambah Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah itu juga, sebagai generasi baru dan anak muda yang bekecimpung dalam bidang politik, Affan seharusnya mempunyai adab sopan dan belajar untuk jadi lebih \u2018bijak\u2019 jika ingin berhujah sesuatu isu atau perkara.
\u00a0
\u201cDulu sebelum GRS ada, saudara Affan ni bersama kita dalam Bersatu, ketika zaman kita semua sama-sama dalam Bersatu, apa agaknya saudara Affan sumbangkan kepada pergerakan pemuda dan parti ketika itu ya?
\u00a0
\u201cMungkin ada idea atau buah fikiran bernas untuk diusahakan bersama bagi manfaat rakyat dan negeri Sabah\u2026 saya cuba fikir dan fikir dan rasanya memang tidak ada, jadi saudara Affan, janganlah pula sekarang kerana kita berlainan ideologi, kita mahu bermusuh hingga sanggup pergadaikan tali silaturahim sesama kita, hilang hormat pada seseorang yang kita ikut, kita sanjung umpama persona seorang ayahanda.
\u00a0
\u201cJika nak kongsi kenyataan atau pandangan, tidak salah, silakan tapi biarlah perkongsian itu ada hala tuju dan motif yang positif, bukan main hentam, serbu tidak pakai helmet, begitu kan biasa kata orang,\u201d jelasnya.
\u00a0
Fairuz juga berkata isu bekalan air, isu bekalan elektrik dan infrastruktur jalan raya seluruh Sabah tidak pernah sama sekali dipinggirkan dari perbincangan dan pelaksanaan pihak kepimpinan Kerajaan Negeri.
\u00a0
Katanya, masalah sedia ada itu masalah yang \u2018diwarisi\u2019 dan mustahil dapat diselesaikan sekelip mata kerana semua perlaksanaan memerlukan masa dan pelbagai proses.
\u00a0
\u201cMahu cakap banyak, tapi nanti jadi macam syarahan, apa-apapun, ringkasnya saya ingin nyatakan bahawa kita di barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah, tidak pernah mainkan isu \u2018palui\u2019 apatah lagi dengan tujuan untuk menutup kelemahan diri, dan lebih tidak logik lagi mengheret rakyat Sabah, seperti bangkai gajah tidak akan mampu ditutup dengan daun nyiru, begitu katanya saudara Affan.
\u00a0
\u201cSaya mohon orang yang keluarkan kenyataan itu, buka mata buka minda semula, jika ingin berjuang soal lain-lain untuk rakyat, kita tidak kisah, bahkan kita berbesar hati untuk bergerak bersama, ayuhlah saudara, kita pernah sama-sama juga, kalau ikhlas mahu ubah Sabah, mari kita buat sama-sama.
\u00a0
\u201cKita anak muda, banyak idea baru dan tidak rugi jika kita bekerja beramai-ramai untuk Sabah, itu pun kalau betullah saudara mahu bekerja untuk rakyat Sabah dan menyelesaikan semua masalah-masalah di Sabah, macam yang saudara cakap,\u201d ujar Fairuz lagi.
\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
\u00a0 \u00a0KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH-Plus) yang diterajui oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor terlalu sibuk dalam menyusun atur, melaksanakan, menyampaikan, merealisasikan dan berusaha keras untuk negeri Sabah dan rakyat Sabah.\u00a0Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Datuk Fairuz Renddan berkata, fokus utama Kerajaan Negeri […]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":33725,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-33724","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33724","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33724"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33724\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33726,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33724\/revisions\/33726"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33725"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33724"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33724"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33724"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}