{"id":33564,"date":"2025-01-17T20:11:05","date_gmt":"2025-01-17T12:11:05","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=33564"},"modified":"2025-01-17T20:11:07","modified_gmt":"2025-01-17T12:11:07","slug":"sabah-electricity-perlu-berada-dalam-majlis-tenaga-sabah-ypnm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2025\/01\/17\/sabah-electricity-perlu-berada-dalam-majlis-tenaga-sabah-ypnm\/","title":{"rendered":"Sabah Electricity Perlu Berada dalam Majlis Tenaga Sabah: YPNM"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Pengerusi Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM), David Chan menyarankan agar Sabah Electricity dilantik sebagai sebagai anggota tetap Majlis Tenaga Sabah (MTS).<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, langkah itu penting untuk memastikan hal ehwal tenaga termasuk bekalan elektrik dapat ditangani dengan lebih berkesan selaras dengan keperluan dan realiti operasi ekosistem tenaga di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai entiti yang bertanggungjawab ke atas penjanaan, penghantaran, dan pembekalan elektrik, Sabah Electricity mempunyai pemahaman mendalam tentang cabaran dan keperluan sistem grid.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai contoh, krisis berkaitan keperluan bebas asas ataupun baseload, rizab margin, dan SAIDI (Indeks Purata Tempoh Gangguan Sistem) memerlukan kepakaran teknikal Sabah Electricity untuk mencari penyelesaian yang berdaya maju,\u201d katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>David berkata, Ketiadaan suara tetap Sabah Electricity dalam MTS menimbulkan risiko keputusan yang tidak berpaksikan data dan pengalaman operasi sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai makluman, di Sabah Electricity juga mempunyai entiti bebas dari segi operasi seperti Grid System Operator (GSO) dan Single Buyer (SB). Fungsi-fungsi ini memastikan integriti dan keberkesanan sistem grid.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa yang saya difahamkan, Sabah Electricity tidak diletakkan sebagai anggota tetap MTS kerana disifatkan boleh menimbulkan konflik kepentingan memandangan syarikat ini sebagai satu-satunya syarikat utiliti pembekal tenaga elektrik di Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi saya, perkara itu tidak sepatutnya timbul. Sabah Electricity merupakan antara tiga daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang telah mendapat pensijilan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems oleh (ABMS) daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu sebuah pensijilan yang memerlukan penilaian yang ketat dan berintegriti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada masa yang sama, mungkin ada pihak yang terlepas pandang bahawa sebagai sebuah syarikat GLC, syarikat utiliti ini juga secara langsung merupakan syarikat yang dimiliki dan menyumbang secara langsung kepada hasil kerajaan Sabah,\u201d jelas David.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru beliau memaklumkan, keanggotaan Sabah Electricity dalam MTS bukan sekadar keperluan teknikal, tetapi keperluan strategik.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, ia juga seiring dengan peranan MTS dalam menentukan dasar kritikal, termasuk tarif elektrik, pengagihan gas, dan strategi penjanaan kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKetika bekalan elektrik di Sabah masih lagi berada di bawah kawal selia Kerajaan Persekutuan, syarikat ini juga turut dimasukkan sebagai anggota tetap bagi Jawatankuasa Perancangan, Pelaksanaan dan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain Sabah Electricity, JPPPET turut dianggotai Suruhanjaya Tenaga (ST), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan beberapa pihak berkepentingan yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi saya, fungsi MTS juga berkait rapat dengan fungsi JPPPET. Persoalan saya, mengapa pula Sabah Electricity tidak dimasukkan sebagai anggota tetap?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh itu, saya menyeru kepada Kerajaan Sabah agar Sabah Electricity diberi tempat sebagai anggota tetap dalam MTS untuk memastikan segala keputusan berkaitan dasar-dasar dan perancangan adalah benar-benar menyeluruh dan berkesan dalam menangani hal ehwal tenaga khususnya bekalan tenaga di Sabah,\u201d tambah David lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pengerusi Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM), David Chan menyarankan agar Sabah Electricity dilantik sebagai sebagai anggota tetap Majlis Tenaga Sabah (MTS). Menurutnya, langkah itu penting untuk memastikan hal ehwal tenaga termasuk bekalan elektrik dapat ditangani dengan lebih berkesan selaras dengan keperluan dan realiti operasi ekosistem tenaga di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. \u201cSebagai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":33565,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-33564","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33564","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33564"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33564\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33566,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33564\/revisions\/33566"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33565"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33564"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33564"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33564"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}