{"id":3345,"date":"2021-04-19T00:21:01","date_gmt":"2021-04-18T16:21:01","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=3345"},"modified":"2021-04-19T00:21:01","modified_gmt":"2021-04-18T16:21:01","slug":"bung-mahu-sabah-fc-kekalkan-momentum-kemenangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/04\/19\/bung-mahu-sabah-fc-kekalkan-momentum-kemenangan\/","title":{"rendered":"Bung Mahu Sabah FC Kekalkan Momentum Kemenangan"},"content":{"rendered":"<p>Oleh: Jaafar Abd Wahid <\/p>\n<p>KOTA KINABALU: Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pemain-pemain Sabah FC meneruskan momentum kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini.<\/p>\n<p>Katanya, kemenangan bergaya 4-0 ke atas pasukan UiTM FC semalam harus menjadi pembakar semangat kepada pasukan itu untuk meraih kemenangan dalam perlawanan-perlawanan selepas ini.<\/p>\n<p>&#8220;Kejayaan mengutip tiga mata penuh di Stadium Likas semalam membolehkan pemain-pemain lebih bersemangat mengharungi perlawanan berikutnya,&#8221; katanya di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Pertemuan dengan UiTM FC merupakan perlawanan kesembilan yang dilalui Sabah FC setakat ini.<\/p>\n<p>Pemangku Presiden SAFA itu berharap kemenangan itu dapat  menyemarakkan lagi  semangat pemain-pemain Sabah FC untuk memburu kejayaan dalam perlawanan lain.<\/p>\n<p>&#8220;Kita sudah mula merasakan momentum untuk mencapai kemenangan dan pasukan patut meneruskannya dengan penuh bersemangat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Tiga hari lepas, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri mengingatkan pemain-pemain Sabah FC supaya bangkit dan menunjukkan semangat berpasukan serta kesetiaan terhadap pasukan di samping mengetepikan elemen kepentingan peribadi.<\/p>\n<p>Sungguhpun beliau tidak menyaksikan perlawanan di Stadium Likas semalam namun Pemangku Presiden SAFA itu menonton siaran secara langsung di kaca televisyen untuk berkongsi kegembiraan dengan pemain-pemain Sabah membelasah pasukan pelawat itu.<\/p>\n<p>&#8220;Anggap kemenangan selesa ini sebagai pencetus semangat kepada pemain-pemain untuk terus mencipta kejayaan selepas ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Hasil kemenangan itu, Sabah FC melonjak ke tangga kelapan takhta liga selepas mencatat dua kemenangan dan tiga kali seri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Jaafar Abd Wahid KOTA KINABALU: Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pemain-pemain Sabah FC meneruskan momentum kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini. Katanya, kemenangan bergaya 4-0 ke atas pasukan UiTM FC semalam harus menjadi pembakar semangat kepada pasukan itu untuk meraih kemenangan dalam perlawanan-perlawanan selepas ini. &#8220;Kejayaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":3346,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[34],"tags":[],"class_list":{"0":"post-3345","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-sukan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3345","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3345"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3345\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3347,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3345\/revisions\/3347"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3346"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3345"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3345"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3345"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}