{"id":33396,"date":"2025-01-05T10:17:47","date_gmt":"2025-01-05T02:17:47","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=33396"},"modified":"2025-01-05T11:07:01","modified_gmt":"2025-01-05T03:07:01","slug":"kuskop-melalui-ybr-laksana-program-pembangunan-khas-pendidikan-di-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2025\/01\/05\/kuskop-melalui-ybr-laksana-program-pembangunan-khas-pendidikan-di-sabah\/","title":{"rendered":"KUSKOP melalui YBR laksana program pembangunan khas pendidikan di Sabah"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>TENOM: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Yayasan Bank Rakyat (YBR) akan melaksanakan program pembangunan khas pendidikan, di Sabah, bermula tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, program Ehsan@KUSKOP itu telahpun dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor pada Program Santuni MADANI Kuskop Bersama Komuniti Kota Belud sempena Rumah Terbuka Krismas Kadamaian, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, YBR telah menyalurkan peruntukan sejumlah RM3 juta untuk tujuan itu dan tempoh pelaksanaan adalah setahun, bermula tahun ini.<br>&nbsp;<br>Ehsan@KUSKOP adalah program pembangunan pendidikan bertujuan menoktahkan kemiskinan melalui pendidikan. Inisiatif ini juga bertujuan meningkatkan mutu pendidikan di kalangan pelajar kurang bernasib baik terutamanya di kawasan luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya agak kecil hati setiap kali mendengar Sabah dilaporkan memiliki daftar kemiskinan tegar yang tinggi, tetapi daripada saya mencari ruang siapa silapnya, saya mengambil pendekatan untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah kemiskinan di Sabah dengan memperkenalkan Ehsan@KUSKOP.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui peruntukan daripada YBR, kita akan membiayai kos pengangkutan para pelajar yang tersenarai dalam e-Kasih supaya tiada lagi alasan ibu bapa tidak menyekolahkan anak mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu, kita juga akan memberikan bantuan awal pengajian, bantuan awal persekolahan, tuisyen dan bantuan-bantuan lain yang diperlukan oleh pelajar berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai pilot projek, kementerian memilik tiga daerah yang dikategorikan mempunyai daftar kemiskinan tegar yang tinggi iaitu Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu 2025 UPKO Melalap, di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, melalui Program Ehsan@KUSKOP, kementerian melalui agensi-agensinya akan membantu membangunkan ahli-ahli keluarga yang produktif menjadi usahawan kecil.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita akan menggerakkan semua agensi kementerian kita untuk membantu membangunkan mereka yang tersenarai dalam e-Kasih menjadi usahawan supaya suatu hari nanti, mereka bukan sahaja terkeluar daripada belenggu kemiskinan tetapi akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, beliau juga telah memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur di KUSKOP bagi memastikan tiada golongan usahawan, penjaja, peniaga kecil dan koperasi di Sabah dan Sarawak tercicir daripada menerima manfaat program dan pembiayaan yang disediakan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDasar ini adalah antara pendekatan kepimpinan saya kerana saya percaya pemimpin Sabah yang diberi ruang untuk menganggotai Kabinet Persekutuan dan mengetuai kementerian boleh membuktikan keupayaan memberikan fokus kepada Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebab itu saya perkenalkan Dasar Pandang Ke Timur untuk memberi ruang kepada kementerian memberikan perkhidmatan terbaik di Malaysia Timur, seperti yang diperlukan oleh rakyat khususnya usahawan, penjaja, peniaga kecil, koperasi dan pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu, kita juga telah memperkenalkan inisiatif khas antaranya Skim Geran Usahawan Bumiputera iaitu BEEP Plus khusus untuk Sabah dan Sarawak, Skim Pembiayaan Usahawan Tamu, Premis Tamu Desa dan membuka lebih banyak pejabat agensi-agensi kementerian di Sabah dan Sarawak,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai majlis ini, Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, ini adalah antara pendekatan UPKO menyantuni rakyat di seluruh Sabah, bukan sahaja di kawasan bandar tetapi di luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita telah memulakan program seumpama ini sejak beberapa tahun lepas sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu, Hari Raya dan Pesta Kaamatan atau perayaan-perayaan kebudayaan lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita laksanakan program ini sepanjang tahun sebagai antara sumbangan UPKO kepada perpaduan rakyat dan keharmonian kaum di mana kita mahu memupuk kebersamaan bukan hanya di kalangan pemimpin Malaysia daripada Sabah tetapi lebih penting memupuk kebersamaan rakyat di peringkat akar umbi,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TENOM: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Yayasan Bank Rakyat (YBR) akan melaksanakan program pembangunan khas pendidikan, di Sabah, bermula tahun ini. Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, program Ehsan@KUSKOP itu telahpun dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor pada Program Santuni MADANI Kuskop Bersama Komuniti Kota Belud sempena Rumah Terbuka Krismas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":33397,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-33396","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33396","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33396"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33396\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33398,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33396\/revisions\/33398"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33397"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33396"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33396"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33396"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}