{"id":33363,"date":"2025-01-02T17:33:33","date_gmt":"2025-01-02T09:33:33","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=33363"},"modified":"2025-01-02T17:33:35","modified_gmt":"2025-01-02T09:33:35","slug":"dr-gaim-lunkapis-santuni-komuniti-setempat-kulangi-campsite-di-dun-tamparuli","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2025\/01\/02\/dr-gaim-lunkapis-santuni-komuniti-setempat-kulangi-campsite-di-dun-tamparuli\/","title":{"rendered":"Dr Gaim Lunkapis santuni komuniti setempat Kulangi Campsite di DUN Tamparuli"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>TUARAN: Tokoh pembangunan komuniti luar bandar Dr Gaim James Lunkapis berkesempatan menyantuni keluarga dan penduduk setempat di sekitar Kulangi Campsite berhampiran Kampung Gontung dalam DUN Tamparuli baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Dr Gaim, aktiviti eko dan agro pelancongan berpotensi besar untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat setempat, terutama<br>dalam usaha memperkasakan ekonomi luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengambil contoh potensi Kulangi Campsite, beliau berkata ia merupakan destinasi pelancongan yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan pengalaman agro yang memberi impak positif kepada keluarga dan komuniti setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Terletak berhampiran Kampung Gontung, Kulangi Campsite hanya mengambil masa sekitar satu jam setengah perjalanan dari Kota Kinabalu melalui jalan berturap, katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kawasan ini bukan sahaja menawarkan pemandangan indah tetapi juga aktiviti pelancongan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Antaranya termasuklah camping, seminar, pelancongan agro, mandi sungai,, hiking dan lain-lain aktiviti,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Dr Gaim berkata Kulangi Campsite jsesuai dijadikan sebagai lokasi untuk siri pembelajaran kepada pelajar dari dalam dan luar negara.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tempat ini menawarkan peluang untuk memahami budaya komuniti setempat serta keafiran tempatan yang mencerminkan kekayaan tradisi dan nilai-nilai masyarakat luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Aktiviti seperti lawatan pendidikan, bengkel budaya, dan interaksi bersama komuniti setempat mampu memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar dalam dan luar negara,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam acara yang berlangsung bersama komuniti setempat, Dr. Gaim memberikan kata-kata motivasi yang menginspirasi penduduk di situ.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menekankan pentingnya memanfaatkan sumber semula jadi dan potensi tempatan untuk mencipta peluang ekonomi baru.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kawasan seperti Kulangi Campsite menunjukkan bagaimana keindahan semula jadi dan hasil tani tempatan boleh digabungkan untuk mencipta pengalaman pelancongan yang unik.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Apa yang penting ialah bagaimana kita menguruskan sumber ini secara mampan untuk manfaat jangka panjang komuniti kita,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Gaim turut memberikan idea praktikal untuk memperkasa ekonomi komuniti luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mencadangkan agar Kulangi Campsite memperluaskan tawaran mereka dengan menambah program pendidikan seperti bengkel agro pelancongan dan kursus kemahiran berkaitan pelancongan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, pendidikan mampu meningkatkan daya saing komuniti dalam pasaran yang lebih luas.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pendekatan ini bukan sahaja memberikan peluang pendapatan tambahan kepada komuniti Kampung Gontung tetapi juga membantu memelihara warisan alam dan budaya tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dengan sokongan pelbagai pihak, Kulangi Campsite kini berada di landasan yang tepat untuk menjadi model pembangunan luar bandar berasaskan eko dan agro pelancongan di Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagi pelancong yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota dan merasai pengalaman luar biasa, Kulangi Campsite adalah destinasi yang perlu dipertimbangkan,&#8221; tambah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kesempatan itu, Dr Gaim yang juga bekas Profesor Madya UMS sempat memperkenalkan salah satu parti yang ingin bertanding di DUN Tamparuli iaitu Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).<\/p>\n\n\n\n<p>Selain GRS dan KDM, turut mengintai kerusi DUN Tamparuli yang kini diwakili oleh Datuk Jahid Jahim daripada PBS ialah UPKO.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TUARAN: Tokoh pembangunan komuniti luar bandar Dr Gaim James Lunkapis berkesempatan menyantuni keluarga dan penduduk setempat di sekitar Kulangi Campsite berhampiran Kampung Gontung dalam DUN Tamparuli baru-baru ini. Menurut Dr Gaim, aktiviti eko dan agro pelancongan berpotensi besar untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat setempat, terutamadalam usaha memperkasakan ekonomi luar bandar. Mengambil contoh potensi Kulangi Campsite, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":33364,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-33363","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33363","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33363"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33363\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33365,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33363\/revisions\/33365"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33364"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33363"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33363"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33363"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}