{"id":33099,"date":"2024-12-15T12:38:34","date_gmt":"2024-12-15T04:38:34","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=33099"},"modified":"2024-12-15T12:38:35","modified_gmt":"2024-12-15T04:38:35","slug":"penglibatan-penduduk-setempat-dalam-srs-jaga-keselamatan-komuniti-suhaimi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/12\/15\/penglibatan-penduduk-setempat-dalam-srs-jaga-keselamatan-komuniti-suhaimi\/","title":{"rendered":"Penglibatan Penduduk Setempat Dalam SRS Jaga Keselamatan Komuniti &#8211; Suhaimi"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>SANDAKAN: Program Jom Ronda Bersepadu Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah bukti bahawa penglibatan komuniti amat penting dalam memainkan peranan menjaga keselamatan masing-masing dan tidak hanya diserahkan bulat-bulat kepada pihak polis.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata SRS berperanan penting dalam memastikan keselamatan kesejahteraan dan keharmonian komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni termasuklah membantu keberkesanan usaha pihak keselamatan terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mengurangkan jenayah,\u201d katanya ketika merasmikan Program Jom Ronda Bersepadu SRS dan Kempen 1 Keluarga 1 Anggota SRS Peringkat Daerah Sandakan di PPR Taman Murni, mal;am semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Suhaimi berkata Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sentiasa terus memberi perhatian serius terhadap kaedah menjaga keselamatan komuniti menerusi Kempen 1 Keluarga 1 Anggota SRS yang diwujudkan di Kawasan Rukun Tetangga (KRT).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKempen ini adalah satu kaedah yang terbaik bagi menambah bilangan peronda yang sedia ada supaya bersama-sama mengemblengkan tenaga dalam menjaga keselamatan komuniti,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, beliau berkata Kementerian Perpaduan Negara telah memperuntukan RM 3.2 juta pada tahun ini bagi memperkukuhkan keselamatan dan ketahanan komuniti di bawah Inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga sebagai Penggerak Komuniti Progresif.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui peruntukan berkenaan, RM 837,500.00 disediakan bagi pembekalan dan penggantian fasiliti keselamatan SRS yang dijangka akan memberi manfaat kepada 119 Kawasan Rukun Tetangga.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLebihan peruntukan, RM 2.1 juta diperuntukan bagi pembekalan 69 buah kabin SRS baharu manakala RM 231,692.00 bagi pembaikan kabin sedia adan di kawasan SRS. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan keaktifan dan keberkesanan SRS dalam komuniti,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga ADUN Dilantik menyeru kepada semua penduduk setempat supaya mengambil bahagian dalam SRS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya juga yakin keselamatan dan kesejahteraan kawasan setempat akan lebih terjamin dengan pertambahan keanggotaan pasukan ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Suhaimi berkata setiap penugasan rondaan dapat diaturgerakkan dengan lebih lancer dan efisien disamping dapat mengeratkan hubungan serta saling mengenali antara satu sama lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama, Pegawai Perpaduan Bahagian Sandakan Nurfa Izah Mohamad, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Murni Norhamzah @ Amirhamzah Zakaria.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Program Jom Ronda Bersepadu Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah bukti bahawa penglibatan komuniti amat penting dalam memainkan peranan menjaga keselamatan masing-masing dan tidak hanya diserahkan bulat-bulat kepada pihak polis. Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata SRS berperanan penting dalam memastikan keselamatan kesejahteraan dan keharmonian komuniti. \u201cIni termasuklah membantu keberkesanan usaha pihak keselamatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":33100,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":{"0":"post-33099","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-belia"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33099","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33099"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33099\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33101,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33099\/revisions\/33101"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33100"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33099"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33099"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33099"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}