{"id":33012,"date":"2024-12-10T17:10:35","date_gmt":"2024-12-10T09:10:35","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=33012"},"modified":"2024-12-10T17:10:37","modified_gmt":"2024-12-10T09:10:37","slug":"ewon-lancar-buku-dyob-dan-laman-sesawang-national-mark-of-malaysian-brand-perkukuh-jenama-pmks","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/12\/10\/ewon-lancar-buku-dyob-dan-laman-sesawang-national-mark-of-malaysian-brand-perkukuh-jenama-pmks\/","title":{"rendered":"Ewon lancar buku DYOB dan laman sesawang National Mark of Malaysian Brand perkukuh jenama PMKS"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick melancarkan buku &#8220;Do Your Own Branding (DYOB)&#8221; dan laman sesawang National Mark of Malaysian Brand (NMMB) bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) membina dan mengukuhkan jenama mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, buku terbitan SME Corp. Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu menyediakan strategi praktikal dalam membina identiti jenama, memilih nama dan logo, serta merancang sistem jenama yang mampan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi samping itu, DYOB juga mengandungi kisah kejayaan PMKS dalam strategi penjenamaan, menjadikannya sumber penting untuk memperkasa PMKS dan membawa jenama mereka ke peringkat global.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cManakala laman sesawang baharu Program NMMB pula menyediakan maklumat terkini dan akses mudah kepada PMKS mendapatkan maklumat tentang program tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram NMMB merupakan program pensijilan yang dianugerahkan kepada syarikat yang memenuhi tahap pematuhan standard dan kualiti tinggi seterusnya membantu produk dan perniagaan menembusi pasaran serantau dan antarabangsa. Ini sejajar dengan salah satu Bidang Tumpuan di bawah Pelan Strategik Perniagaan SME Corp iaitu Pengantarabangsaan PMKS,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Brand Quest Forum (BQF) 2024 anjuran SME Corp Malaysia, di Mont Kiara, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>National Mark of Malaysian Brand (NMMB) diperkenalkan sejak 2009, iaitu program yang dilaksanakan oleh SME Corp dengan kerjasama SIRIM Malaysia melalui anak syarikatnya SIRIM QAS International.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, melalui program ini, jenama Malaysia dengan tanda dagangan MALAYSIAN BRAND telah didaftarkan di Australia, Brunei, Georgia, Hungary, Indonesia, Italy, New Zealand, Filipina, Turkiye dan United Kingdom.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, tanda dagangan itu juga sedang dalam proses pendaftaran di Kemboja, Kanada, Jerman, India, Mexico, Rusia, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.<\/p>\n\n\n\n<p>Setakat ini sebanyak 177 syarikat telah menerima persijilan oleh NMMB.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKUSKOP terus komited memperkasakan PMKS melalui pelbagai langkah strategik, termasuk meningkatkan penyertaan PMKS dalam eksport sehingga 15% daripada jumlah eksport negara menjelang 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui transformasi yang melibatkan pendigitalan, automasi dan penjenamaan yang kukuh, kita dapat memposisikan produk dan perkhidmatan Malaysia sekaligus menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan dan progresif,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu Pengerusi SME Corp. Malaysia Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata penjenamaan amat penting dalam usaha meningkatkan daya saing perniagaan sehingga ke peringkat global.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam dunia perniagaan yang kompetitif, jenama bukan sekadar tanda pengenalan, tetapi lambang kepercayaan dan kualiti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJusteru, forum ini menjadi platform untuk bersama-sama memartabatkan jenama Malaysia agar terus dikenali dan dihormati di arena antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai program itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia Rizal Dato\u2019 Nainy berkata, BQF 2024 bertujuan menyediakan platform kepada pemain industri terutamanya PMKS, memahami lebih mendalam kepentingan strategi penjenamaan yang berkesan dalam memperkukuh daya saing perniagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSesi perkongsian turut diberikan tumpuan ialah pengalaman dan kisah PMKS berjaya dalam aspek penjenamaan serta mendedahkan PMKS kepada perkembangan penjenamaan terkini untuk merangka strategi menembusi pasaran baharu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar &amp; Pemantauan) KUSKOP Noor Afifah Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Sdn. Bhd Hajah Nur Fadhilah Muhammad dan Ketua Pegawai Eksekutif DDEC YM Raja Muzafar Raja Hassan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick melancarkan buku &#8220;Do Your Own Branding (DYOB)&#8221; dan laman sesawang National Mark of Malaysian Brand (NMMB) bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) membina dan mengukuhkan jenama mereka. Beliau berkata, buku terbitan SME Corp. Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":33013,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-33012","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33012","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33012"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33012\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33014,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33012\/revisions\/33014"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33013"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33012"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33012"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33012"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}