{"id":3296,"date":"2021-04-16T12:26:57","date_gmt":"2021-04-16T04:26:57","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=3296"},"modified":"2021-04-16T12:26:57","modified_gmt":"2021-04-16T04:26:57","slug":"hentikan-sikap-jejaskan-pasukan-sabah-fc-bung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/04\/16\/hentikan-sikap-jejaskan-pasukan-sabah-fc-bung\/","title":{"rendered":"Hentikan Sikap Jejaskan Pasukan Sabah FC &#8211; Bung"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin memberi amaran kepada pemain-pemain Sabah FC supaya menghentikan sikap yang boleh menjejaskan pasukan itu.<\/p>\n<p>Katanya, sebarang permainan gosip perlu dihentikan kerana ia boleh menjejaskan pasukan.<\/p>\n<p>&#8220;Kita kena hentikan, cukup, cukuplah. Saya beri amaran yang terakhir,&#8221; katanya pada Majlis sungkai Sabah FC di Pusar Persidangan Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, semalam.<\/p>\n<p>Amaran beliau itu sebagai susulan tindakan beberapa pemain Sabah FC baru-baru ini dilaporkan memboikot latihan mereka yang ada kaitan dengan kelewatan pembayaran gaji mereka dan membiarkan isu berkenaan dimedia sosial.<\/p>\n<p>Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata beliau tidak boleh bertolakansur dengan tindakan sedemikian dan akan mengambil tindakan.<\/p>\n<p>Katanya, pemain-pemain seharusnya menunjukkan semangat patriotik terhadap pasukan sendiri  dengan menunjukkan   sifat-sifat kasih sayang, kesetiaan dan kecintaan dalam pasukan.<\/p>\n<p>&#8220;Jika tiada sifat-sifat kecintaan, ia boleh dianggap sebagai pembelot&#8221;.<\/p>\n<p>&#8220;Jangan main-main, saya tidak main politik apabila saya mahu rombak SAFA dan Sabah FC,&#8221; tegas Bung Moktar.<\/p>\n<p>Pemangku Presiden SAFA itu menjelaskan pihaknya sedar risiko apabila dia mengambil keputusan untuk menerajui persatuan bolasepak itu termasuk untuk merombak Sabah FC.<\/p>\n<p>&#8220;Saya telah melakukan pengorbanan termasuk wang ringgit, masa dan pengetahuan. Namun tiada siapa yang tahu,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Ketika ditanya wartawan kemudian, Bung Moktar meminta pemain Sabah FC mempunyai kesatuan dalam pasukan dan tidak memikirkan soal-soal kepentingan peribadi yang boleh menjejaskan pasukan.<\/p>\n<p>&#8220;Matlamat kita bukan untuk menang semata-mata tetapi persembahan yang terbaik pasukan suapaya para penyokong berpuas hati,&#8221; tegasnya.<\/p>\n<p>Katanya, jangan lagi ulangi sikap yang menjejaskan pasukan sebaliknya pasukan Sabah FC perlu terus maju menjadi pasukan yang kuat.<\/p>\n<p>&#8220;Perkara yang tidak sewajarnya jangan lagi ditimbulkan. Jangan belum main lagi, pasukan sudah kalah,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Mengenai dengan perlawanan menentang pasukan UITM FC di Stadium Likas, Sabtu ini, Bung Moktar berkata, pihaknya berkeyakinan Sabah FC mampu untk mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri.<\/p>\n<p>Katanya, berdasarkan situasi perlawanan dengan Penang FC di luar minggu lalu, Sabah FC boleh mengutip mata dalam perlawanan tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin memberi amaran kepada pemain-pemain Sabah FC supaya menghentikan sikap yang boleh menjejaskan pasukan itu. Katanya, sebarang permainan gosip perlu dihentikan kerana ia boleh menjejaskan pasukan. &#8220;Kita kena hentikan, cukup, cukuplah. Saya beri amaran yang terakhir,&#8221; katanya pada Majlis sungkai Sabah FC di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":3297,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-3296","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3296","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3296"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3296\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3298,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3296\/revisions\/3298"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3297"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3296"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3296"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3296"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}