{"id":32885,"date":"2024-12-04T21:51:47","date_gmt":"2024-12-04T13:51:47","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=32885"},"modified":"2024-12-04T21:51:49","modified_gmt":"2024-12-04T13:51:49","slug":"letak-jawatan-demi-rakyat-suhaimi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/12\/04\/letak-jawatan-demi-rakyat-suhaimi\/","title":{"rendered":"Letak jawatan demi rakyat &#8211; Suhaimi"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir menegaskan kenyataan Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Sabah, yang cuba untuk mengaitkan skandal rasuah di Sabah ini dengan kes pelaburan FELCRA, kedua-dua isu ini adalah berbeza dari segi konteks dan skop.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerlu difahami bahawa dalam kes pelaburan FELCRA Berhad, secara dasarnya, keputusan untuk membuat pelaburan kepada Public Mutual Unit Trust telah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah FELCRA yang kemudiannya telah mengemukakan kepada Kementerian Kewangan dan akhirnya mendapat kelulusan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada masa yang sama, kes ini hanya melibatkan tuduhan ke atas individu dan maklumat adalah berasaskan saksi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerbanding dengan skandal rasuah Sabah, ianya melibatkan tuduhan yang lebih serius dengan bukti video yang menunjukkan pemimpin Gagasan Rakyat Sabah (GRS) didakwa menerima wang sogokan untuk pelaksanaan projek kerajaan negeri,\u201d katanya dalam satu kenyataan, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Suhaimi menjelaskan Video-video tersebut, yang kini tular, didakwa merakamkan pengakuan dan interaksi melibatkan pemimpin-pemimpin berprofil tinggi seperti Menteri Kewangan Negeri, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri serta Menteri Kerja Raya merangkap Timbalan Ketua Menteri termasuk dakwaan bahawa Ketua Menteri Sabah turut terlibat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeadaan ini membangkitkan persoalan tentang kewujudan kartel atau jenayah terancang dalam pentadbiran negeri, dengan objektif mengaut habuan dari projek kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSkandal rasuah Sabah ini mencadangkan penyalahgunaan kuasa secara sistematik dan ianya berpotensi menggugat integriti pentadbiran awam<br>Sebagai seorang wakil rakyat, hati saya begitu pedih melihat penderitaan rakyat Sabah yang seakan tidak berkesudahan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Suhaimi berkata Mereka masih terus dikhianati oleh pemimpin GRS yang diketuai oleh Ketua Menteri yang sepatutnya melindungi mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSkandal demi skandal terus menjadi tajuk utama, sedangkan rakyat masih bergelut untuk mencari sesuap nasi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKetika rakyat terus dihimpit dengan kemiskinan dan kos sara hidup yang melambung, pemimpin yang diberi mandat memimpin negeri ini terpalit pula dengan tuduhan rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi desa-desa, anak-anak kecil berjalan berkaki ayam ke sekolah kerana ibu bapa mereka tidak mampu membeli kasut. Di bandar pula, keluarga bergelut dengan kos sara hidup yang kian meningkat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata Isu yang melibatkan Ketua Menteri dan beberapa pimpinan GRS dalam tuduhan kes rasuah adalah tamparan hebat kepada kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tidak berniat untuk menuding jari, tetapi sebagai seorang yang menyaksikan secara dekat kehidupan<br>rakyat Sabah, saya perlu bersuara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTidak wajar bagi seorang Ketua Menteri yang terpalit dengan skandal besar untuk terus memegang jawatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Suhaimi menjelaskan Ini bukan soal politik semata-mata, tetapi soal integriti dan tanggungjawab terhadap rakyat yang telah memberikan mandat kepada beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai Ketua Menteri, kuasa yang dipegang beliau sangat besar. Namun kuasa itu seolah-olah digunakan untuk kepentingan sendiri dan kelompok kecil dan bukannya untuk rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApabila isu rasuah seperti ini timbul, bagaimana rakyat boleh yakin bahawa beliau akan bertindak adil?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji bin Hj Noor masih memegang jawatan Ketua Menteri. Ini bermakna beliau boleh menggunakan kuasa itu untuk mempengaruhi siasatan, menyembunyikan dokumen, atau melindungi pihak-pihak tertentu yang mungkin terlibat. Ini bukan sekadar tuduhan, tetapi persoalan besar tentang integriti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKuasa yang beliau ada ini, jika disalahgunakan, boleh mempengaruhi siasatan yang sedang dijalankan.<\/p>\n\n\n\n<p>Suhaimi memperaoalkan Bagaimana rakyat boleh yakin bahawa siasatan akan berjalan secara telus jika individu yang disiasat masih berada di posisi tertinggi dalam pentadbiran?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeliau (Ketua Menteri) mempunyai akses kepada dokumen-dokumen kerajaan yang mungkin berkait rapat dengan kes ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBayangkan, bagaimana kepercayaan kepada institusi<br>kehakiman dan pihak berkuasa dapat dipulihkan jika situasi seperti ini terus berlaku?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLebih merunsingkan, isu ini bukan hanya melibatkan seorang pemimpin, tetapi melibatkan 4 pemimpin bertaraf Menteri, 5 Pembantu Menteri serta 5 Pengerusi GLC Sabah yang juga adalah pempinan tertinggi di dalam Parti GRS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni bukan sekadar individu tetapi melibatkan kepimpinan sebuah gabungan yang memerintah negeri Sabah.<br>GRS kini berada dalam keadaan yang sangat rapuh kerana terlalu ramai pemimpin yang terlibat atau terpalit,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Suhaimi berkata Konflik kepentingan pasti wujud, dan keadaan ini menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan rakyat yang sudah muak dengan permainan politik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagaimana rakyat Sabah boleh percaya kepada sebuah kerajaan yang kelihatannya hanya sibuk memperkayakan diri, sedangkan rakyat terus menderita?.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cCuba kita renungkan. Anak-anak di pedalaman Sabah masih belajar di sekolah yang serba daif. Ada yang tiada elektrik, tiada bekalan air bersih, malah ada guru yang terpaksa menggunakan gaji sendiri untuk membeli buku.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetiap tahun, peruntukan yang diberikan kepada Sabah meningkat secara konsisten. Bagi tahun 2024 contohnya, peruntukan yang telah<br>disediakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi Negeri Sabah adalah sebanyak RM 6.67 billion. Namun begitu, hanya RM 3.1 billion yang telah dibelanjakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPersoalannya sekarang adalah, sejauh mana peruntukan tersebut dikawal selia secara efektif oleh Kerajaan Negeri Sabah dibawah GRS?<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, Tidak ada guna jika kerajaan meluluskan peruntukan yang besar tetapi kegagalan dalam pelaksanaan di peringkat Kerajaan negeri dibawah pimpinan GRS menyebabkan rakyat negeri Sabah terus ketinggalan. Apa logiknya ini? Di mana keadilan untuk rakyat Sabah?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHakikatnya, selagi YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji bin Hj Noor dan pemimpin GRS memegang jawatan, kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran Negeri Sabah akan terus hancur.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRakyat tidak akan yakin kepada sistem jika individu yang sedang disiasat masih memegang kuasa. Ini adalah asas keadilan!<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, katanya kes ini memberi kesan langsung kepada ekonomi negeri kita.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSabah memerlukan pelabur untuk membangunkan infrastruktur dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun, skandal ini mencalarkan imej negeri kita di mata dunia. Pelabur akan berfikir dua kali untuk melabur di sebuah negeri yang kepimpinannya diragui integritinya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Suhaimi berkata Kita tidak boleh biarkan perkara ini berlaku, kerana ekonomi Sabah tidak mampu menanggung kerugian lebih besar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika pelabur menjauhkan diri, siapa yang akan menanggung akibatnya? Rakyat, seperti biasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai seorang wakil rakyat, saya berasa bertanggungjawab untuk mempertahankan rakyat Sabah dan ingin melihat Sabah maju ke hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau tidak akan duduk diam melihat rakyat terus dikhianati oleh pemimpin yang sepatutnya membela mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKetua Menteri mesti meletakkan jawatan! Ini bukan soal politik atau pengakuan bersalah, tetapi soal tanggungjawab moral kepada rakyat yang telah memberikan mandat kepada beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni bukan soal pengakuan bersalah, tetapi soal tanggungjawab moral kepada rakyat Sabah. Rakyat Sabah sudah cukup lama bersabar. Tetapi kesabaran itu ada hadnya. Mereka tidak akan terus diam melihat pemimpin yang mereka percayai mengkhianati mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menyeru kepada Ketua Menteri, jangan tunggu sehingga rakyat bangkit dengan lebih lantang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBertindaklah sekarang! Letakkan jawatan demi rakyat, demi keadilan, dan demi maruah negeri Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRakyat Sabah berhak mendapat pemimpin yang ikhlas dan bersih. Negeri ini sudah cukup lama bergelut dengan kemiskinan dan ketidakentuan. Jangan biarkan kepentingan politik menambah derita rakyat yang kita sayangi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNegeri ini memerlukan kepimpinan yang mampu membawa perubahan, bukan yang membebani rakyat dengan isu-isu peribadi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSabah milik kita semua. Jangan biarkan kesilapan individu menghancurkan impian rakyat untuk melihat negeri tercinta ini berdiri megah di persada dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSabah bukan milik pemimpin, tetapi milik rakyat! Jangan khianati amanah mereka!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir menegaskan kenyataan Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Sabah, yang cuba untuk mengaitkan skandal rasuah di Sabah ini dengan kes pelaburan FELCRA, kedua-dua isu ini adalah berbeza dari segi konteks dan skop. \u201cPerlu difahami bahawa dalam kes pelaburan FELCRA Berhad, secara dasarnya, keputusan untuk membuat pelaburan kepada Public Mutual [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":32886,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-32885","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32885","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=32885"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32885\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":32887,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32885\/revisions\/32887"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/32886"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=32885"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=32885"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=32885"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}