{"id":32527,"date":"2024-11-18T07:25:36","date_gmt":"2024-11-17T23:25:36","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=32527"},"modified":"2024-11-18T07:25:38","modified_gmt":"2024-11-17T23:25:38","slug":"sapawi-pertahan-jawatan-yang-dipertua-usia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/11\/18\/sapawi-pertahan-jawatan-yang-dipertua-usia\/","title":{"rendered":"Sapawi pertahan jawatan Yang Dipertua USIA"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada mesyuarat agung tahunan pertubuhan itu pada 6-7 Disember depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, keputusan itu bertujuan merealisasikan visi dan misinya menerusi Pelan Strategik Pembugaran USIA 2022-2024 ke arah mengembalikan kegemilangan USIA tercapai, seiring Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya mempertahankan jawatan Yang Dipertua USIA untuk memastikan pelaksanaan visi dan misi itu berjalan lancar bagi kepentingan ummah keseluruhannya,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Pusat Pembangunan Komuniti (PPK) Wanita USIA Negeri Sabah di Tanjung Aru, dekat sini kelmarin.<\/p>\n\n\n\n<p>Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Samad Jambri merasmikan pusat berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sapawi mengulangi komitmennya meneruskan agenda pembugaran USIA yang mana sebahagian daripadanya sudah siap, manakala sebahagian lagi sedang dalam peringkat pelaksanaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara visi dan misi itu termasuk memperkasa, membugar dan menggilap imej USIA, mempelbagaikan aktiviti dakwah dan mengukuhkan pengurusan organisasi, aset dan kewangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, beliau berkata program jerayawara bagi memperjelaskan mengenai pencapaian Indek Prestasi Utama (KPI) menerusi pelan strategik itu, kini sedang berjalan mengikut zon yang ditetapkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Terbaru diadakan kelmarin bagi Zon Kota Kinabalu, dan akan disusuli Zon Sandakan, Lahad Datu dan Tawau selepas ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Menerusi program jerayawara ini, kita memberi penjelasan mengenai kemajuan dan prestasi pelaksanaan program USIA seperti digariskan dalam pelan strategik itu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pelaksanaan pelan strategik ini memerlukan kesinambungan kepimpinan, ketelusan dan keikhlasan serta kesediaan bekerja keras sebagai satu pasukan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini penting supaya USIA dapat terus berperanan membangunkan masyarakat selari dengan Hala Tuju SMJ, yang bermaksud kita sentiasa relevan dengan keadaan semasa,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sapawi berkata pelan strategik yang diperkenalkannya itu cukup komprehensif sifatnya, merangkumi semua aspek termasuk pembangunan sumber manusia dari segi teknologi maklumat serta pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, semua perancangan strategik itu perlu diteruskan oleh siapapun yang diberikan amanah untuk menggalas kepemimpinan USIA, demi kepentingan ummah keseluruhannya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada mesyuarat agung tahunan pertubuhan itu pada 6-7 Disember depan. Katanya, keputusan itu bertujuan merealisasikan visi dan misinya menerusi Pelan Strategik Pembugaran USIA 2022-2024 ke arah mengembalikan kegemilangan USIA tercapai, seiring Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":32528,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-32527","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32527","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=32527"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32527\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":32529,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32527\/revisions\/32529"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/32528"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=32527"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=32527"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=32527"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}