{"id":32393,"date":"2024-11-13T20:24:09","date_gmt":"2024-11-13T12:24:09","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=32393"},"modified":"2024-11-13T20:24:11","modified_gmt":"2024-11-13T12:24:11","slug":"cadangan-pengurangan-kadar-parkir-penampang-sudah-diangkat-kepada-majlis-perbandaran-penampang-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/11\/13\/cadangan-pengurangan-kadar-parkir-penampang-sudah-diangkat-kepada-majlis-perbandaran-penampang-ewon\/","title":{"rendered":"Cadangan pengurangan kadar parkir Penampang sudah diangkat kepada Majlis Perbandaran Penampang: Ewon"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, cadangan untuk mengurangkan kadar caj tempat letak kereta di Donggongon telahpun diangkat kepada Majlis Perbandaran Penampang.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berharap, pewartaan baharu untuk mengurangkan kadar parkir itu dapat dilaksanakan tahun depan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mendengar (keluhan caj tempat letak kereta) daripada rakyat dan pengguna di Penampang. Saya telah menyampaikan pandangan saya kepada Presiden (Majlis Perbandaran Penampang) untuk mempertimbangkan supaya dapat diturunkan kadarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tahu Presiden dan Majlis Perbandaran juga telah mendengar dan mudah-mudahan pada tahun hadapan akan ada pewartaan untuk kadar parking itu dapat dikurangkan sedikit.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni kerana, kita maklum cabaran ekonomi masih berlaku dan dengan pemindahan (Tamu Donggongon) sementara ini kesesakan pasti berlaku,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis ringkas penyampaian sumbangan kanopi kepada wakil penjaja dan peniaga kecil-kecilan Tamu Donggongon, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada majlis ringkas itu, Ewon menyampaikan sumbangan kanopi bernilai lebih RM66,000 kepada 434 peniaga kecil dan penjaja Tamu Donggongon.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesemua peniaga itu yang sebelum ini berniaga di Tamu Donggongon dipindahkan sementara di tapak baharu berdekatan Tugu Peringatan Datuk Peter Mojuntin bagi memberi laluan kepada kerja-kerja awal penaiktarafan Tamu Donggongon.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, beliau turut menyokong Majlis Perbandaran mencipta sumber baru termasuk pelaksanaan caj tempat letak kereta untuk membangunkan kawasan Donggongan dan bandar Penampang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni kerana tanpa hasil baru, tidak mungkin kita boleh membangunkan bandar Penampang. Tetapi dalam masa yang sama, kita harus meneliti, mendengar dan menangani dengan sewajarnya pandangan daripada semua pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh itu saya sedang berjuang dan telah meminta supaya caj parkir itu dapat dikurangkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, cadangan untuk mengurangkan kadar caj tempat letak kereta itu telah dikemukakan kepada Majlis Perbandaran dan yakin ahli-ahli Majlis Perbandaran Penampang dapat memberikan keputusan sewajarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeputusan perjanjian untuk menetapkan caj parking ini dibuat sebelum saya menjadi Ahli Parlimen Penampang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai Ahli Parlimen hari ini, saya meminta supaya pandangan semua pengguna dapat diteliti oleh ahli-ahli Majlis Perbandaran Penampang yang telah dilantik baru-baru ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai projek-projek pembangunan lain di kawasan Penampang yang melibatkan peruntukan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, Ewon berkata, beliau akan terus memantau semua pelaksanaan termasuk penaiktarafan jalan Terian-Buayan agar dapat disiapkan mengikut jadual.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIanya dibincang secara tetap sebulan sekali dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah yang saya hadir dan dipenguruskan oleh Presiden Majlis Perbandaran,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Majlis Perbandarann (Francis Chong) kerana telah memastikan semua projek yang dibiayai oleh kerajaan dibincangkan setiap bulan dalam jawatankuasa itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni termasuklah kelewatan penyiapan Stadium Penampang yang sedang ditangani sekarang dan sub station SESB yang juga sedang ditangani sekarang selepas ianya dibincangkan secara tetap dijawatankuasa tindakan daerah,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, cadangan untuk mengurangkan kadar caj tempat letak kereta di Donggongon telahpun diangkat kepada Majlis Perbandaran Penampang. Beliau berharap, pewartaan baharu untuk mengurangkan kadar parkir itu dapat dilaksanakan tahun depan. \u201cSaya mendengar (keluhan caj tempat letak kereta) daripada rakyat dan pengguna di Penampang. Saya telah menyampaikan pandangan saya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":32394,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-32393","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32393","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=32393"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32393\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":32395,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32393\/revisions\/32395"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/32394"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=32393"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=32393"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=32393"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}