{"id":3235,"date":"2021-04-12T17:19:47","date_gmt":"2021-04-12T09:19:47","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=3235"},"modified":"2021-04-12T17:19:47","modified_gmt":"2021-04-12T09:19:47","slug":"pks-sabah-terus-diperkasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/04\/12\/pks-sabah-terus-diperkasa\/","title":{"rendered":"PKS Sabah terus diperkasa"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU, 12 April 2021: Kerajaan akan terus memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bumiputera di Sabah melalui pelbagai program yang telah disusun.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim berkata, ini termasuk bantuan yang disalurkan melalui Geran Sepadan (Matching Grant) kepada beberapa syarikat bumiputera di negeri bagi membantu mereka kekal berdaya saing dalam industri.<\/p>\n<p>Selain itu katanya, Program Pengukuhan Enterprise Bumiputera (BEEP) adalah antara usaha untuk memastikan PKS di Sabah terus berjaya.<\/p>\n<p>Geran sepadan itu katanya, disalurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui Small Medium Enterprise Corporation Malaysia (SME Corp).<\/p>\n<p>\u201cSaya amat berterima kasih kepada pihak kementerian melalui  SME Corp  kerana meluluskan Geran Sepadan (Matching Grant) kepada beberapa syarikat bumiputera di Sabah. Ini adalah satu berita baik kepada rakyat sabah,\u201d kata Dr. Joachim. <\/p>\n<p>Sebelum itu beliau telah mempengerusikan mesyuarat bersama Jawatankuasa Kelulusan Sabah (JKS), BEEP  dengan Timbalan Ketua Executive SME Corp Dr. Mohd Rithaudden Makip di sini, hari ini. <\/p>\n<p>Dr. Joachim berkata, apa yang disalurkan itu membuktikan kerajaan prihatin dan mahukan majikan dalam kalangan pengusaha PKS di Sabah lebih berjaya. <\/p>\n<p>Setakat ini katanya, SME Corp telah meluluskan lima Geran untuk Sabah yang berjumlah RM864,000.00<\/p>\n<p>\u201cTahniah dan syabas saya ucapkan kepada lima syarikat bumiputera yang telah menerima Geran iaitu AQ Printing, Aleeya Enterprise, Syarikat Pembenaan Aminah, SM Auto Gear dan Services dan Sayria Jaya 2.<\/p>\n<p>\u201cPihak Kementerian Pembangunan Perindustrian melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan akan bekerjasama erat dengan pihak SME Corp untuk megenalpasti usahawan-usahawan yang perlu dibantu untuk meningkatkan produktiviti mereka. <\/p>\n<p>&#8220;Harapan saya, lebih ramai lagi usahawan bumiputera akan mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan,&#8221; katanya. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU, 12 April 2021: Kerajaan akan terus memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bumiputera di Sabah melalui pelbagai program yang telah disusun. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim berkata, ini termasuk bantuan yang disalurkan melalui Geran Sepadan (Matching Grant) kepada beberapa syarikat bumiputera di negeri bagi membantu mereka kekal berdaya saing dalam industri. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":3236,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-3235","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3235","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3235"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3235\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3237,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3235\/revisions\/3237"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3236"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3235"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3235"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3235"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}